Kisah Rakyat

Suami hari2 main game, seronok tk keje. Rasa aku yg bdoh gigih keje sara dia. Hr tu dia mintak ssuatu aku xnak bagi.

Harap cerita ini memberi pengajaran pada semua diluar sana, untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki dan laksanakan tanggungjawab kita sebaik mungkin.

Saya ringkaskan cerita, usia perkahwinan hampir 4 tahun, saya (isteri) penjawat awam dan dia (suami) tidak bekerja. Seawal perkahwinan kami seperti pasangan lain juga, hidup bahagia. Namun hari bukan sentiasa cerah kan?

Bermula dengan dia tiada sumber pendapatan daripada perniagaan online, dan makin lama dia rasa selesa dgn perbelanjaan rumahtangga yang semua saya tanggung. Kenapa? Saya sebagai isteri dah tentulah bantu suami bila dia susah kan. Dengan harapan, ada rezeki dan perniagaan semakin maju.

Namun, dia tiada inisiatif. Sehari-hari hanya mengadap komputer dan bermain games. Anak diletak didepan TV, kemudian sambung main. Ada ketika, anak seharian tak mandi kerana dia leka dengan games.

Perkara ini berlanjutan sehinggalah sekarang dan dah mempunyai 2 cahaya mata. Komitmen makin meningkat, duit tak cukup hingga buat pinjaman bank dan asyik overlapping. Dia? Sama.. tiada tindakan.

Lagi menyakitkan saya, Tanpa segan silu boleh meminta duit daripada saya untuk membeli barangan atau gadjet komputer yang tak penting pun. Kalau tak bagi, diungkitnya berhari-hari. Kata saya berkira sedangkan saya ada duit dalam bank.

Padahal gaji saya setiap bulan cukup makan sahaja. Nak mewah-mewah tak dapat. Nak membeli pencuci muka satu set trial pun berkira duit takut tak cukup nak isi minyak kereta. Nak membeli biskut-biskut untuk anak pun kena kira.

Setiap hari menangis kerana keperluan sendiri pun tak boleh beli. Dah tentu la nak ganti kasut koyak untuk ke pejabat, tapi takde bajet untuk itu. Dia tak pernah nak ambil tahu. Setiap bulan saya lah yang membayar sewa rumah, loan kereta,belanja barang dapur, membeli susu dan pampers anak, membayar pengasuh, membayar bil api,air, internet, minyak kereta.. sekecil-kecil barang pendek kata semuanya saya.

Selama ni saya redha sebab percayakan dia akan berusaha mencari rezeki. Bila disuruh mencari kerja saya pula dimarahnya dan kadang ada tanda uguttan nak pukol saya.

Sampai satu tahap saya minta, biarlah saya kerja, dia uruskan anak-anak dan pastikan rumah terurus sementara saya pergi kerja. Tapi kata-kata saya seolah-olah, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sudahnya saya juga yang mengemas rumah, termasuk ruang “bekerja” dia tu, sayalah yang membasuh baju,jemur dan lipat, sayalah yang urus anak.

Sayalah yang uruskan dapur, saya jugak yang kena fikir makan minum pakai dia. Sekarang saya terlalu penat, penat membuat pelbagai kerja demi mencari pendapatan tambahan untuk bayar semua tunggakan loan,hutang.

Dia SANG SUAMI senang lenang menghabiskan masa dengan Med1a sos1al T1k T0k.

Bukan niat mengaibkan, tetapi biarlah kisah saya ini dijadikan teladan. Lelaki, silalah menjadi seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab pada isteri dan anak. Dan pada perempuan, pilihlah lelaki yang benar sebelum dijadikan suami.

Ya,ini takdir saya. Saya hanya berharap agar Allah memberi petunjuk, melembutkan hati dia dan tetapkan hatinya menjadikan seorang khalifah yang bertanggungjawab pada diri,ibu bapa, isteri, anak-anak dan agma. Nukilan,

– Isteri Malang (Bukan nama sebenar).

Antara komen komen ntizen.

Norizan Mamat : Salam, Makcik rasa nak komen pun macam serba salah. Tetapi ini bukan teladan. Ini sepatutnya jadi SEMPADAN. Kita sebagai perempuan jangan sabar macam TT.

JANGAN ! Jadikan pengalaman TT ni sebagai sempadan. Kita perempuan jangan lembek, jangan sabar sampai jadi tak cerdik, lepas tu layan saja suami yang kita sendiri kata D4YUS. Ades…

Kalau nampak macam tak berubah, macam tak patut kita teruskan, cari jalan untuk selesaikan masalah kita. Kalau kita susah ubah orang, kita ubah diri kita. Bahagiakan diri kita.

Hmmm… semoga TT jumpa jalan bahagia. Jangan jadi bodo terlalu lama yer…

Marla Ramley : Boleh buat confession seterusnya saya nak faham kenapa stay? Saya tak boleh nak faham, kenapa stay? Lebih baik jadi single yang bahagia berbanding punya suami yang tak patuh agma.

Jika single lebih mudah ke syurrga, tak perlu berdua menempah neraka dunia. Suami d4yus? Obviously.bTapi adakah Puan sedang bertindak bijak?

Ya… I really need to understand, why stay?

Nur Cahaya : Jadi kau tunggu apa dengan biawak hidup yg tak menguntungkan dunia akhirat kau? Sebab anak? Anak kau perlukah ayah sedemikian untuknya membesar secara normal dan baik?

Kalau kau anak, kau perlukah bapa sedemikian yg mendera mental dan kebas segala penat lelah mak kau? Kalau kau memilih bahagia, keluarlah dari kemelut ini.

Tapi kalau kau memilih sabar, taat, dan berkorban jiwa raga demi biawak hidup itu, maka sabarlah sayang. Jangan mmbunoh dirimu. Lelaki itu takkan ceraikan kau dik, sebab kau mata wangnya, ATM-nya. Jadi jangan kau minta cerrai darinya, terajjang ja kau dapat. Kumpul bukti kau ke mhkamah terus isi borang fasakh.

Kau jangan ke Pejabat Agma, nanti kau kena kaunseling oleh ustzah palatoa yg buat kau mental ilIness. Itu kalau kau nk bahagialah. Kalau kau nak kekal dalam rumah tangga demikian, usah dengar nasihat ini. Kau menangis ja di bucu katil, biar hujan ja dengar sementara laki kau mencurah bara.

Kamariah Salleh : Pengajaran yg boleh saya simpulkan di sini ialah Jgn jadi mcm tt ni. Dah tahu dok tanggung bIawak hidup tapi masih rela lagi hidup bersama.

TT merelakan diri (w/pun dlm keadaan terpaksa) dipergunakan oleh suami yg tdk bertanggungjawab & tak tahu hukom agma.

TT tahu dia tanggung bIawak hidup tapi masih setia menanggungnya. Byk lagi nak letak point tapi nanti kena kec4m pulak. Maaf la kalau ayat saya ni kej4m sikit ye sbb nak bagi kesedaran sikit kat tt ni supaya cepat2 ambil tindakan sebelum terlambat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *