Kisah Rakyat

Slps akad nikah, suami sering tanye benda yg sama, ungkit prkara yg tk patut dia tanye.

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Salam.. saya sekadar ingin meluahkn bukan untuk mengaibkan sesiapa.. Sekarang saya ada di Selangor, di kampung halaman suami, menyewa rumah berdekatan dengan mertua.

Kampung saya jauh nun di penghujung pantai timur. Saya berkahwin pada tahun 2014 di usia 22 thun dan telah dikurniakan seorng anak laki yang berusia setahun lebih. Beza umur saya dan suami hampir 10 thun. suami tak habis-habis mengungkit duit hantaran 10k yang kononnya disebut hantaran untuk saya dari selepas akad nikah sehingga sekarang.

Cerita begini, saya seorang pelajar di salah sebuah ipta semasa saya kenal suami tapi saya tidak dapat menghabiskan pengajian saya kerana keadaan keluarga saya yang tak mampu. Ditambah lagi saya merupakan anak sulong dari 7 beradik, saya mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan bekerja.

Selepas 5 bulan bekerja, dalam keadaan saya yang terkontang kanting sendirian, kadang mampu bayar sewa bilik kadang tak, kadang menangis sendirian. Kadang berkejaran sendirian, saya memilih untuk berkahwin dengan harapan untuk hidup yang lebih baik.Maka sebulan lepas tu berlangsungla majlis perkahwin kami yang serba ringkas.

100% perbelanjaan ditanggung oleh suami saya, sebab saya dengan family mmg tdk berduit, cukup2 makan. Oleh kerana saya sedar dan tahu saya tak mengeluarkan duit, maka duit hantaran yang suami lafazkan masa akad, saya serahkan kepada suami untuk menyelesaikan semua urusan.

Tapi sebaik saje selesai semua, saya balik ke rumah sewa, suami tak habis2 ckap, banyak nya mak awak mintak hantaran tu, apa yang awak beli, abang tak nampak pun gelang ke rantai. Ke mak awak simpan buat belanja dia”walaupun hati saya terguris saya cuba bersabar sebab tahu saya tak ada apa2.

Tapi lepas hmpir berpuluh kali di ungkitnya, dikata macam2 tntg mak saya, kesabaran saya juga ada hadnya. Bila saya menjawab setiap kali tu dia akn cakap saya isteri yang tak reti menghargai, dia akan pukul saya sekuat yang dia mahu, akan menutup mulut saya semahu dia.

Selepas 2 3 jam kejadian , dia akqn mohon maaf, dibelai dipujuk saya..saya yang sayangkn hubungan cuba lupakan. Benda yang sama berulang hingga ke hari ni. Masalah kedua saya, mertua.. saya bukan la benci mertua saya, saya tahu dia ibu yang melahirkan ayah kepada anak saya.

Tapi dalam bab masuk campur kewangan saya betul2 terasa. Suami saya bergaji 3k , gaji saya pulak hanya 1400. Dah nak masuk 3 tahun benda yang sama setiap bulan. Setiap bulan suami saya akan bayar rumah sewa 500, bil api dan astro 100, pengasuh anak 300, hutang perabot 200,kereta 900 , dan dia akan bagi dekat mak ayah dia 800 sebulan.

Gaji saya pulak 460 personal loan, insurans saya dan anak 300, barang dapur pamperS susu anak rm 600.. baki rm 60, duit tambang lrt saya pergi baliK kerja. Saya tahu gaji suami saya tak la cukup untuk semua, jadi dengan ikhlas saya guna gaji saya untuk beli brg dapur, saya halalkan duit nafkah yang suami tidak pernah hulur sepanjang perkahwinan.

Tapi baru2 ni saya dapat tahu jumlah duit yang suami bagi setiap bulan dekat mak ayah dia, saya menangis, saya rasa macam orang bodh. Saya dapat tahu pun bila suami listkan kemana gaji dia dh habis sebab dia cakap dia dah tak ada duit belanja.

Saya Tanya mak dia betulke, jawab mak dia ye la betul, kenapa? Dia anak aku, anak yang aku kandung yang aku lahir yang aku jaga…ok, saya faham.. Tapi buat suami saya, sungguh saya terasa hati smpai hati saya tawar dengan abang , kenapa?

Sebab dalam saya ikat perut, saya korbankan perasan mak ayah saya di kampung yang sudah berapa lama saya tak kirimkan belanja demi bantu abang, dah berapa lama tak balik kampung kononnya tak nak abang susah. Abang tahu sarapan dan lunch saya di ofis biskut kering yang ada di pantry ofis, hujung bulan tak ckup tambang LRT.

Kudrat kaki saya gunakan, susu anak tak cukup saya campur dengan nestum tapi suku dari gaji abang abang hulur dekat mak ayah abang. Selama ni saya ingat. abang bagi 200 sebulan kat mak ayah abang. abang tahu ke saya dengan anak bawah tangungjawab abang.

Mak abang kehulur kehilir, beli barang dapur smpai buang guna duit abang tapi saya, dah lama tak merasa duit gaji lebih hingga hjung bulan. bila saya cakap, abang mengamok, abang maki abang pukol saya, tak boleh sentuh pasal mak abang.

Ok, saya pun wanita, saya pun ada keinginan nak berbaju baru, nak merasa emas seketul dua, nak balik kampung 2 3 kali setahun, nak makan itu ini. Sebelum ni saya ikhlas tapi abang buat saya macam orang b0doh, ibarat saya bekerja bantu mak abang. Mak abang bukan kategori orang susah, berbijik rumah sewa, bukan abang sorang anak dia.

mak saya di kampung orang susah, orang miskin… berulang2 abang ungkit anak perempuan tak perlu bagi duit dkt mak, klu macam tu saya nak ckp orang prempuan tak perlu kerja nak pikir mslh suami. Saya dah buat keputusan, saya akan pergi, ada kehidupan yang lebih layak untuk saya dan keluarga.

Seeloknya abang tak perlu berkahwin, tunaikan saje tngungjawanb abang dekat mak. Wasalam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *