Kisah Rakyat

Aku hnya kain burok mak. KuIit aku hittam. Semua krna mak. Tp mak lyn aku mcm kuIi. Aku ciom tgn bapak, terus aku kluar.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nampaknya ramai orang mengeluh kena jadi hmba abdi buat kerja rumah yang sebeban tu. Samalah kita. Aku bukan takat jadi orang Suruhan lelaki dalam rumah aku je, aku jugak kena jadi orang suruhan sanak saudara yang datang menyemak dekat rumah aku ni.

So bagi aku raya is no other than tempoh yg menyakitkan hati. Aku bennci musim raya. Dah 8 tahun aku tak beraya. Sekarang ni pun aku tak duk dekat rumah. Pukul 8 tadi aku naik motor datang ke pantai cuba tuk cool down sebab tadi aku bertekak dengan mak.

Kesian dia menangis kecik hati dengan aku. Kesian lagi aku. Kenapa? Bacalah dulu. Aku merupakan anak Ketiga. So kakak dan abang aku memang mak aku sayang giila la sebab diorang penyumbang kewangan utama family.

Adik adik aku pulak tersangat manja So family aku layan diorang macam anak raja. Aku? aku ni hama je. Dah berkali kali aku plan nak lari rumah tapi sejak bapak aku sakit, aku nekad untuk bertahan je.

Tapi sekarang ni aku yg menanggung sengsara dari segi emosi dan fizikal. Selama ni adik beradik lelaki aku tak pernah consider kudrat aku tu sepadan ke tak dengan beban kerja di rumah. Bagi diorang, cukuplah diorang ada dekat rumah tak pergi mana mana.

So mak ayah tak perlu risau pasal apa yang diorang buat dekat luar. Tapi aku sebenarnya lagi senang hati kalau diorang tak duk dekat rumah. At least sinki tak penuh dengan pinggan kotor, toilet tak tersumbat dengan puntung rkok, rumah tak bersepah, duit aku tak banyak abis, Aku pun tak penat sangat.

Mak aku ni seorang caterer tapi dia tak nak hire pekerja sebab dulu dia pernah kerugian sebab staf dia bawak lari semua duit dia.

So yes aku dengan mak yang handle semua tempahan tanpa bantuan daripada orang lain. Kenapa aku kata terpaksa? Bukan aku tak bersyukur masih lagi punya mak or tak bersyukur sebab Tuhan masih nk bagi peluang tuk buat pahala.

Tapi mak jarang bagi upah. Dah la bagi sikit je kasih sayang, upah tak nak bagi. Abih aku ni Bukan anak dia ke? Aku paham kalau dia save duit tu untuk modal. Tapi aku jugak perlukan duit tuk perbelanjaan harian, bayar yuran sem depan, kos tuk buat lesen kereta, kos perubatan aku, duit simpanan kecemasan pun aku at least kena ada walaupun sikit. Nak harapkan family memang tak lah.

Family aku didik aku dengan kasar sejak kecik lagi. Aku kena cari duit sendiri kalau nak beli apa apa. Aku tak boleh menangis depan diorang walau apa pun jadi. So sejak kecik aku tak pernah merasa apa apa yan dibeli dengan duit family.

Yuran belajar je partly supported by kakak aku. Yang lain sume aku tanggung sendiri dengan buat kerja part time. Selain tu, adik beradik lelaki aku jugak memang takde kesedaran langsung nak tolong mak aku jadi driver beli barang dekatt pasar ke apa.

Jadi caterer bukan takat beli ikan seekor dua tapi berpuluh puluh kilogram. Beras pulak kena beli dengan kilang. So dalam sehari aku memang dua tiga kali pusing satu daerah dengan mak naik motor pergi beli semua tu.

Even nak bawak bapak pergi hospital pun aku kena tebalkan muka mintak tolong dengan kawan bapak aku. Kalau ada duit lebih baru aku upah transporter. Diorang si lelaki buat apa? Membuta dekat bilik sampai ke petang. Bangun je tak lain tak bukan melahap macam setan.

Aku takde lesen kereta. Dulu masa aku nak buat, mak Kata tak payah sebab duit tu dia nak bagi dekat adik adik buat lesen kereta. Pastu mak bagi pulak sebuah kereta untuk diorang pakai (bergilir). Mak terlalu manjakan adik adik sampai dia tak nampak keselamatan aku tu penting atau tak.

Dia tak foresee yang kalau adik adik takde, nak harapkan sape bawak kereta tu sume? Takde sapa pernah ajar aku. Takpelah. Pandai pandailah nak hidup. Hari tu Selama dua minggu pertama ramadhan aku kerap kali pengsan. Mula mula mak keras hati paksa jugak aku buat kerja.

Bayangkanlah dalam sehari aku tak rehat langsung. Aku bangun seawal pukul 5 pagi masak bahan basic tuk masakan. Pastu aku kena mandikan bapak aku yang sakit tu. Dalam pukul 7 aku kena siapkan anak anak Abang aku ke sekolah, masak breakfast untuk diorang, hantar diorang ke sekolah.

Dalam pukul 8 aku bawak mak gi pasar beli barang, dalam pukul 10 bawak bapak gi hospital pulak settle hal rawatan. Balik rumah je kena basuh baju, pinggan, kemas rumah, pastu masuk dapur tolong mak masak tuk bisnes dia pulak.

Petang kehulu kehilir pegi ambil anak anak sedara dekat sekolah, COD tempahan makanan dekat rumah customer, etc. Kalau hari biasa je aku rasa penat giila. Masa bulan puasa hari tu aku rasa nak bnuh diri pun ada. Semua kerja aku sorang kena settle.

So lepas cod barang, aku balik masak tuk family berbuka pulak. Lepas dah makan semua tinggal camtu je dalam sinki. Kadang kadang budak budak muntahkan makanan bawah meja tak pun sorok makanan dekat bawah meja. Bila tikus, lipas, semut mula naik ke rumah, aku jugak yang dipersalahkan pastu aku jugaklah yang kena cari lubang sarang and taruk r4cun.

Bila aku bising dekat mak suh nasihatkan adik adik tolong aku, mak marah aku. Dia kata aku kakak sepatutnya aku kena tabah buat kerja. Ok aku tahan lagi. Sebab aku malas nak bertekak dengan mak dan adik beradik lagi dah. Bagi diorang, perempuan buat kerja berat berat nanti bila kahwin sama jugak buat untuk suami.

So aku kena berterima kasih dekat diorang sebab aku takkan pandai buat semua tu kalau bukan sebab diorang. Geram je nak kata terima kasih dan sila pergi mampos. Family aku semua tahu aku ada masalah kesihatan. Tapi macam biasalah sendiri sakit sendiri merangkak pergi hospital.

Berkali kali doktor pesan jangan buat kerja berat tapi semua tu family tak paham. okay takpe aku buat jugak. Aku try mintak dengan mak nak duit buat beli supplemen tambahan macam jus delima dan pil vitamin. Mak kata membazir je semua tu. Esoknya pulak adik adik mintak duit nak beli baju raya. Laju je mak hulur rm200 seorang.

Mak aku siap kata lagi dekat aku, kau punya tak Payah beli baju raya takpe kan sebab duit dah banyak habis dekat adik adik. Aku menangis dekat dalam bilik sebab kecik hati dengan mak. Tak sangka penampilan adik adik lagi penting daripada kesihatan aku.

Baju raya takde takpa. At least cakaplah elok elok. Takpelah aku kumpul duit sikit sikit hasil cod hari tu dapat jugak duit tips daripada customer. Duit tu aku simpan elok lagi sampai hari ni.

Kot la ada kecemasan ke apa kan. Then kat sinilah bermulanya kisah pertengkaran antara aku dan mak pagi tadi. Tiga hari lepas, tah dari mana datangnya tiga orang saudara yang aku tak kenal. Buat semak je. Dah la buat rumah aku macam rumah sendiri. Geram betul.

Sorang tu bajet solehah pakai purdah bagai tapi time orang duk masak ke tengah kemas rumah ke dia selamba je duk tergolek depan tv layan cerita.

Aurat dekat dalam rumah takyah cakap la. Baju asek nak londeh je. Suh solat pun macam nak kena cungkil dari katil. Pemalas nak mampos. Masa makan je berdesup ke dapur makan Sampai perut buncit. Lepas makan tinggal camtu je dalam sinki tak berbasuh.

Anak dia dok meraung lapar ke apa dia buat derk je. Aku jugak yang kena suap. Owh, kami sebaya tau. Bezanya dia tu subhanallah cantik tapi astaghfirullahal’azim pemalas nak mampos. Heee. Semalam satu family letih layan tetamu datang beraya.

Aku pulak makan dekat luar sorang sorang takde mood nak makan dengan diorang sume. Bila balik je aku bengang gila la kucing kucing takde sapa bagi makan. Masa aku dekat dapur tengah bagi kucing makan dia masuk ke dapur tanya kenapa tak masak? Taktau ke dia lapar? Aku dah tak tahan terus m4ki dia.

Aku tanya dia kau ingat aku ni tukang jaga kandang b4bi ke? Kau ni manusia ke apa? Masak malas tidur je keja. B4bi je perangai camtu. Pakai purdah kepala hOtak perangai cam siial. Dia terus keluar mengadu dekat mak bapak aku. Mak aku marah giila dengan aku. Dari riak muka bapak aku, jelas dia kecik hati dengan perangai aku.

Baru aku tahu pompuan tu anak sedara yang dia paling syang. Sebab cantik, pakai sopan, lembut tapi perangai macam iblis. Aku yang depan depan macam iblis ni tak hadap pulak bangga rajin buat kerja ke apa. k fine. Semoga iblis mak dengan bapak ni tak jadi hip0krit macam perempuan tu.

Pastu mak face to face dengan aku cakap dia kecewa aku biadap camtu. Aku terus terang cakap, “kalau camtu bagilah duit. Nak balik Gombak. Kerja dekat sana sampai sem depan start.

Kalau perangai mak camni, saya tak payah balik pun takpe. Biar saya kerja sampai dah dapt kerja tetap. Nanti saya cari rumah sendiri. Mak hiduplah dengan family mak yang membosankan ni”. Mak blah camtu je. mesti dia taknak. Nanti sape nak tolong dia kan.

Seorang lagi saudara aku tu.. Dia ni buat jugak kerja rumah tapi kalau dia buat salah ke apa direct je dia salahkan aku. Contohnya mak aku tak taruk gula garam dan semua bahan masakan dalam bekas kecik. Biasalah caterer. Pastu dia tak tutup semua bekas tu. Semua. Gula rosak sebab semut masuk. Keropok jadi lemau.

Ikan jadi busuk dan berulat sebab dia letak dekatt luar. Dapur bersepah dengan sisa makanan yang basi. Tuhan je tau itu dapur ke tempat memuja setan. Mak marah marah aku salahkan aku. Tak pasal pulak aku kena cuci semua tu. Padahal aku tak tahu langsung apa yang diorang buat dekat dapur sebab aku jaga bapak aku.

Pastu subuh tadi aku join diorang masak. Mak aku okay siket la ngan aku. Pastu mak suh aku tolong dia siram bunga. Aku keluar ikut pintu depan dan senyap senyap pergi ke pintu belakang saje nk spy apa yang sedara sedarw lehnet tu dok sembang. Kecik hati aku dengar diorang sembang pasal aku. Umur dah 24 . Muka tak terurus.

KuIit hitam. Perangai macam jntan. Tah anak sape tah sebab lain daripada adik beradik sendiri. Spesies tak laku la apa la. Tiba tiba aku meluru ke pintu belakang dengan air mata. Aku tanya apa yang diorg tak puas hati dengan aku? Diorang tunjuk riak muka celaka dekat aku. Aku dah tak sanggup nak pendam.

Aku katalah ye aku hitam sebab aku berpanas hujan dekat luar tolong mak cari rezeki. Anak anak d4ra lain cantik gebu makan supplemen pakai set kecantikan mahal mahal. Aku ni satu apa pun tak de. Diri aku Selekeh sebab aku tak pernah shopping. Nak merasa baju baru tu jauh sekali. Kalau aku ada duit beribu dalam poket, aku takkan jadi camni.

Pastu mak masuk. Mak ingat aku cari pasal dengan diorang. Mak tuduh aku macam macam. Sketsa apa la ni…. Aku try nak sabar tapi tak mampu. First thing aku buat, aku buang cincin di jari terus campak dekat mak. Tu cincin pertunangan aku. Mak aku tunangkan aku dengan anak kawan dia tahun lepas.

Tah sapa je lelaki tu. Aku tak kenal dan tak pernah cari ikhtiar nak mengenali dia. Dia pun sama. Menyakitkan hati jugak jadi tunang orang ni. Aku cakap dekat mak,

“Nah amik balik. Hari ni jugak saya putuskan pertunangan ni. Jangan nak guna kuasa veto wali ye. Lelaki tu tak sekufu dengan saya. Elok elok mak buat saya macam kain buruk.

Mak nak pass saya dekatt orang yang saya tak kenal. Betullah diorang kata saya ni tak laku. Kahwin pun ikut pilihan mak. Padanlah mak dapat anak hitam tak terurus nacamni. Sebab anak mak yang cantik handsome semua mak simpan dekat dalam rumah. Takut kena cahaya matahari sangat kan.

Salah saya apa mak? Mak cari bila mak nak. Mak buang tepi bila mak taknak. Mak simpan saya dekat rumah jadi apa! Jadi kuli je kan? Maaf sbb saya derrhaka dengan mak hari ni tapi mak patut tahu tiada siapa yang maksum didunia kecuali n4bi.

Mak layan saya macam sampah nanti mak jawablah dengan Tuhan sendiri. Mak ingat saya tak makan hati ke bila mak layan anak anak lain macam raja. Saya diam sebab saya taknak derrhaka dengan mak. Mak tahu saya kena buat surgery tapi mak lagi sanggup utamakan adik adik daripada saya.

Sekarang ni orang luar lagi tinggi darjat daripada saya. Kalau camtu saya berambus dari hidup mak la senang kan?. Saya lagi rela mampos dekat celah hutan sana daripada tanggung sakit hati sebab mak tak sayangkan saya.

Mak duduk lah dekat rumah ni dengan biawak hidup ni semua.” Aku tengok mak tunduk je menangis. Sedara aku sume tergamam sebab tak sangka jadi macamni. Aku blah masuk bilik amik sweater , helmet, tudung dan kunci motor.

Masa aku lalu dekat depan bapak aku cium tangan dia. Aku taknak jadi camni pun tapi aku bukan hamba abdi manusia. Aku ada hati dan perasaan. Aku deserve kebahagiaan sendiri. Kesian bapak. Raya raya ni kena layan drama celaka camni. Dia genggam tangan aku taknak aku pergi.

Tapi aku blah jugak. Mak tak call pun aku. Pujuk ke apa. Takde. Kakak je sibuk sibuk call and whatsapp aku suh balik. Aku dah tawar hati. Petang nanti aku baliklah. Tapi aku nak balik kemas barang then blah balik Gombak. Ego mak tinggi sangat. Dia lupa ke dia lahirkan aku? Takpelah.

Lantaklah korang pikir aku anak derhaka ke apa. Takde sape dekat tempat aku Dari dulu sampai ke hari ni. Aku ni manusia yang membesar dalam tekanan. Aku takde kawan.

Tak pernah lagi la orang peluk aku and kata ” don’t worry. You’ll be fine” or “it’s okay. I’m here for you”. Kelakar kan hidup aku. Takpelah.

Satu semester je lagi dekat UIA and i will be away from here but dont worry mak, tangggungjawab anak tetap wajib ditunaikan. I love you so much and I’m sorry because i have to behave like an a***ole this time. Maybe mak sayang saya cuma mak tak tahu nak express camne kan?

Selamat hari raya mak. Maaf sejuta kali maaf. Yang ikhlas, daripada anak mak yang paling tak sempurna…

Part 2 – “Krn aku kain burok mak”. Mlm lps maghrib, br aku balik. Tiada yg tegur. Mlm tu kakak berjanji. Tp ada syaratnya.

Salam, readers. Ini Shuya. Terima kasih di atas nasihat dan sokongan semua tu. Menangis aku baca komen korang yanng baik baik tu. Kepada yang senasib, tabahkan hati ye.

Ada yang siap offer carikan kerja lagi. Sumpah terharu. Tapi janganlah sampai sumpah seranah mak. Semua manusia buat silap kan. Silap dia cuma satu, dia terlepas pandang pasal hati dan perasaan aku.

Maybe aku kebal dengan kerenah adik beradik yang lain so dia assume aku ni sentiasa okay je. Silap aku jugak sebab aku lemah tak membantah atau melawan sebab aku sayang mak. Sayaaaang sangat. Memang normal lah bila jadi anak tengah kan.

Ini last post daripada aku memandangkan ramai nak tahu sambungannya. Tapi mana ada endingnya kan melainkan aku m4ti. Aku pun taktau dugaan apa lagi nak datang. So aku pilih apa yang terbaik je untuk masa sekarang ni.

Semalam lepas maghrib aku balik rumah. Tu pun sebab taktau nak kemana. Kalau ada kawan boleh jugak menumpang. Sampai je dekat rumah semua tak berani tegur aku. Aku terus masuk bilik pikir nak blah ke tak.

Minggu depan sume dah start kerja balik, nanti sapa nak jaga bapak dan bawak dia pergi hospital. Lagipun hal rawatan dia tu sume aku je yang tau. Selalunya bila aku dekat UIA, nurse dekat klinik yg berdekatan akan datang ke rumah check apa yang patut.

Nasib baik dulu tergerak hati nak tanya dekat klinik ada tak bantuan klinik bergerak macamni and yes nasib baik ada. Kalau aku cuti ke balik ke, aku yang kena bawak bapak pergi hospital unttuk further check up. So any perkembangan daripada klinik aku kena inform dekat hospital pulak.

Hari tu adik bawak bapak pergi hospital sebab aku dmam. Abih sume date untuk temujanji clash dengan tarikh temujanji dekat unit lain.

Aku suruh tukar ubat dia kata malas nak menunggu sebab orang ramai sangat. The hell hal ubat ubat dia buat main camtu? Satu apa pun tak boleh diharap. Aku jugak yang kena tebalkan muka pergi settle semua tu. Kena marah dengan nurse plak.

Allah.. nak lari rumah pun kena amik kira semua ni jugak. Bukan senang tau nak jaga orang tua. Tapi aku ikhlas jaga bapak. Dapat peluang potong kuku dia pun aku rasa happy weh. Tidur dekat sebelah dia pun boleh rasa tenang. Tah kenapa.

Peluang buat pahala katakan. Kalaulah bapak sihat macam dulu . Takpelah. Lepas bapak sakit lah aku betul betul belajar berdikari. Itulah hikmahnya kut. Tengah dok termenung tu, anak anak sedara masuk bilik tanya kenapa aku keluar lama sangat?

Diorang tak suka cara sedara sedara aku tu layan diorang. Kasar tak bertempat. Diorang request nak makan nasi goreng pun kena marah. Amboi. Tinggal kejap dh besar kepala pulak setan2 tu. Aku cakap aku pergi jumpa kawan jap. Diorang pelok aku, suruuh aku janji jangan keluar lama sangat lagi dah.

Alahai manja sungguh. aku layan je kerenah diorang. Budak budak biasalah. Sampai dua dua tertidur dekat tepi aku. Tengah malam baru aku ke dapur nak masak sebab aku tak makan langsung semalam. Then kakak datang dekat aku. Dia tak mrah aku.

Dia cuma kata tindakan aku tu betul tapi mak bapak memang terkejut. Ye lah selama 20 tahun lebih tak pernah memberontak tup tup mengamok abih keluar semua yang terpendam sapa tak terkejut kan. Tapi kakak tak bagi aku balik Gombak. Dia suruh aku kerja dekat mana manaa dan akan carikan bilik sewa tuk aku tapi dengan syarat aku kena selalu balik jenguk mak bapak.

Kakak jugak janji akan tolong aku buat rawatan. Hal ub4t ke apa kakak akan ikhtiarkan. Kakak aku ni baik sangat tapi dia ni jenis workah0lic so dia taktau cerita pasal aku. Biarlah aku pun taknak kacau dia. Bila mak mengadu dekat dia baru dia tahu aku ni happy dekat depan dia je tapi hati rentung terbakar dengan sikap pilih kasih mak.

Aku tak pikir panjang pun. Aku terus counter- offer cakap boleh tapi syaratnya, aku taknak sesiapa pandai pandai atur urusan hidup aku lagi dah. Pasal tunang tu, aku mintak kakak je pegi rumah lelaki tu pagi ni dan mintak putus elok elok.

Nak kawin apenye, macam bertunang dengan tunggul kayu. Tak pernah tanya khabar pasal aku. Tapi pelik. Mak dia sayang giila dekat aku. Mak je baik tapi anak, hati dingin tak guna gak. Tah tah lepas kawen. Aku jadi kain buruk dia pulak. Eh tolong lah. Aku pun nak upgrade diri jadi kain baru pulak.

Kain chiffon ke, sutera ke.. Haha.. Mesti dia stress kan kena bertunang dengan aku. Dahlah tak cantik. Tak moden plak tuh. Muslimah sejati jauhhhhh sekali. Hahaha

Adik beradik lelaki semua tak kata apa. Nasib baik jugak. Kalau tak haru biru jadinya. Tapi aku harap bila aku keluar dari rumah ni nanti diorang tak buat mak macam kuli. Kesian mak nanti. Pagi ni pun aku tak ke dapur. Aku dengar suara mak bising itu belum buat ini belum buat tapi aku tawar hati nak masuk ke dapur.

Lepas mandikan bapak, bagi dia makan ubat tu sume aku terus keluar pusing pusing kampung, beli sarapan then ke pantai pulak. Hari ni nak baca novel dekat tepi pantai je. Hehe.. Dah lama tak rehat camni. Rasa kekok pulak sebab tak kalut dengan kerja rumah.

Mesti kesian mak. Tapi ada baiknya aku ajar sikit family aku tu. Mak still taknak bercakap dengan aku. Ego tinggi lagi. Tiga ekor setan tu pun belum tunjuk tanda tanda nak berambus lagi. Berbulu bijik mata betul aku tengok kerenah diorang.

Ikutkan hati nak je tabur serbuk lada dekat tempat tido diorang tapi sia sia je. Tak pasal pulak mak sumpah aku macam macam. Aku dah buat keputusan nanti aku nak mintak maaf dengan mak elok elok tapi aku nak tunggu bila semua dah takde so nanti takde ibliis penyibuk yang jadi pihak ketiga antara kami.

Aku nak luah semua yang terbuku tapi aku kalau boleh nak elakkan dari salahkan mak sepenuhnya. Paling penting, aku nak tau kenapa dia buat aku camtu? Kenapa aku sorang je yang dia layan teruk? Kenapa dia tak pernah pelok aku macam dia buat dekat yang lain?

Lastly, aku nak dia izinkan aku ikut haluan sendiri dan dia tak boleh harapkan aku sepenuhnya. Lambat laun aku memang tinggalkan rumah jugak kan. Semoga Allah lembutkan hati mak. Sayang mak. Shuya takkan derhaka ngan mak. Cuma shuya nak mak tau Shuya juga ada hati dan perasaan. Sekian.

Sumber – Shuya via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *