Kisah Rakyat

Satu rumah ada 3 org ibu mertua. Baru je kawen dah rasa diduakan. Sy hampir kena tinggal dgn suami. Semuanya gara2 mertua ikut suami prgi outst4tion.

Assalamualaikum. Selamat berpuasa semua. Semoga semua baik-baik saja ya. Saya cuma nak minta nasihat daripada semua. Saya baru berkahwin 3 bulan. Dan saya menetap di kampung suami jauh dari rumah saya. Sebelum berkahwin, saya bersetuju untuk duduk dengan beliau di rumah beliau.

Rupa-rupanya, rumah beliau itu adalah rumah pusaka. Bukan itu sahaja, rumah itu didiami oleh oleh lain juga. Bukan hanya dia.Tetapi, dua orang ibu saudaranya yang lain tinggal bersama di dalam rumah itu tetapi bukan ibunya sendiri.

Iaitu maklong seorang yang bujang hingga tua dan makngah ibu tunggal yang ada 4 orang anak. Ibu dan ayah suami saya tinggal berasingan di rumah sebelah. Walaupun berasingan, makan minum semua adalah daripada rumah pusaka itu.

Jadi, ibunya akan sentiasa naik ke rumah itu sama ada untuk makan sahaja, atau untuk masak kalau belum ada makanan di meja. Selalunya, makan minum akan disediakan oleh maklong. Bukan makngah. Makngah pulak akan menyapu.

Dan mereka berdua itu, tidak berlaga angin. Begitu juga, hubungan maklong dan ayahnya. Ayahnya hanya baik dengan makngah tetapi tidak dengan maklong. Ayahnya pula tidak akan pernah lagi jejak kaki ke rumah pusaka itu gara-gara maklong. Mereka tidak bercakap antara satu sama lain.

Tidak akan duduk sekali. Tidak akan makan sekali. Tidak akan mengambil berat antara satu sama lain. Itu yang saya saksikan sepanjang duduk di situ. Aku aku. Dia dia. Buat hal masing-masing walaupun di bawah satu bumbung yang sama. Yang membuatkan saya runsing sekarang ialah

saya terpaksa tinggal di sebuah rumah yang boleh dikatakan mempunyai 3 orang ibu mertua. Semua tahu, kita tidak digalakkan duduk bersama dengan keluarga mertua dan sebaiknya adalah tinggal di rumah sendiri bersama suami sekalipun ia hanyalah rumah sewa.

Jadi, semua boleh bayangkan tak apa yang saya perlu hadap hari-hari. Semua berumur 70 ke bawah. Masih sihat. Boleh ke sana sini. Cuma tak boleh bawa kereta sahaja. Yang lain boleh buat kerja sendiri.

Boleh masak, mengemas, buat semua kerja rumah. Malah lebih baik daripada kita sekarang. Almaklumlah. Orang lama. Serba serbi pandai. Dan saya pula, sudah tidak tahan lagi berada di dalam rumah itu.

Apa yang saya buat, semua diperhatikan. Apa yang saya buat, dipertikaikan. Apa yang saya buat, dibandingkan. Bab penatnya. Bab auratnya. Bab privasinya. Hmm nak duduk dalam bilik sendiri pun dikatakan duduk dalam sarang.

Jenuhla nak duduk luar saja. Nak kena sembang. Nak kena pakai tudung. Tak boleh baring. Satu hal. Kalau saya duduk rumah sendiri? Mesti takde kena fikir semua tu. Rumah itu pulak, hari-hari ada tetamu.

Sepupu hari-hari datang. Nenek saudara hari-hari datang. Ibu saudara yang lain pun hari-hari datang. Jadinya, hari-hari kita kena melayan tetamu. Kalau tak duduk sekali. Ada la kena tegur. Pergi mana tak nampak. Dan mesti kena sediakan air.

Mesti kena sediakan makanan walaupun simple. Tetamu kan? Kena rai lah. Tapi, kalau hari-hari? Tak selesa la juga kan. Nak juga buat hal sendiri. Kadang-kadang saya dah nak keluar, tiba-tiba kena buatkan makanan. Kena jamu. Dah ambil masa saya.

Kalau saya di rumah sendiri? Tak perlu pun orang ambil masa saya. Saya yang atur sendiri bila, apa, dimana, kemana, yang saya nak buat. Ini tidak. Nak kemana pun tanya. Beli apa pun nak tahu. Dah la nak makan luar pun tak boleh. Cakap membazir. Boleh buat makan di rumah. Makanan dah ada di rumah.

Dan kalau kita beli apa-apa, kena sorok. Balik dari shopping kena terus bawa masuk bilik. Kalau tak, diorang kalut tanya beli apa. Kalau tau kita beli, mula la nak berleter. Membazir lah. Dekat rumah dah ada la. Kadang-kadang tu, barang yang ada semua yang lama-lama.

Siapa ja yang nak. Then, nak order Foodpnda? Kena melalui pintu belakang. Kena bawa masuk bilik. Kalau tak, kena berleter lagi. Letak diluar? Hilang. Dimakan orang atau disembunyikan. Ye la kan. Hari-hari ada orang lain dalam rumah tu. Kita last-last, tak dapat nak makan. Dah terpaksa jadi kedekut.

Nak beli banyak-banyak. Jenuh juga la kan. Ramai penghuni rumah tu. Untuk diri sendiri pun sekali sekala je boleh beli. Terlalu banyak saya nak ceritakan. Tapi berbalik kepada topik asal. Jadinya, saya minta untuk tinggal di rumah sewa. Bukan rumah sesiapa pun. Rumah ibunya sendiri.

Yang telah disewakan sebelum ini kepada orang lain. Cuma kali ni, kami pulak yang akan duduk situ. Semua dah lengkap. Tunggu masuk kaki saja. Tapi, suami saya berat hati. Dia cakap dia SUKA dan SELESA duduk di rumah pusaka itu. Rumah dia membesar.

Dia juga katanya nak jaga maklongnya yang dianggap sebagai ibunya. Maklongnya sahaja. Bukan makngahnya. Dia takmau kisah pasal makngah. Dan yang menjadi satu kemusykilan lagi, ibunya sendiri dia pun dia tidak kisah.

Katanya, ibunya dah duduk dengan ayahnya. Kalau ikutkan, kalau nak duduk rumah mertua, seeloknya duduk kalau ibu dan ayah sakit. Masalahnya, ibu ayah sihat. Cuma di rumah lain. Tapi, kenapa mesti juga nak kena duduk rumah maklong yang bukan ibunya dan masih sihat itu.

Kenapa? Yang maklong pulak, selalu perli cakap budak-budak taknak duduk dah dengan orang tua. Orang tua ni nak m4ti dah. Masalahnya, maklongnya sihat. selalu ikut berjalan sana sini. Kuat saja. Dah kalau orang tua, tak sihat. Duduk rumah. Ini dia sihat saja. Serius takde sakit apa-apa.

Cuma sakit badan cara orang tua. Gitu saja. Nak bakar sampah masak makan itu ini semua kuat lagi. Barang keperluan rumah ibunya dan ayahnya yang keluar beli. Dia hanya duduk di situ. Buat apa yang dia nak buay. Tapi still, suami saya nak duduk dengan maklong. Sedih sangat.

Dia pun kadang tidur dengan maklong. Sebab kesian katanya. Tidur sorang-sorang. Dia tinggal kita sorang tidur dalam bilik. Menangis kot tidur sendiri. Rasa macam diduakan. Pernah sekali, suami ada kerja outstation. Suami boleh je pergi dengan saya seorang.

Tapi, maklong tu tetap nak ikut. At the end, saya isteri dia terpaksa duduk sorang di belakang. Maklong? Sebelah suami saya. Sedihnya waktu sepanjang dalam kereta tu. Sampai sana pun sedih. Kami baru je kahwin. Kenal selepas kahwin.

Nak juga rasa berdua-duaan. Tapi ada maklong tu. Haritu pun, pernah sekali saya hampir kena tinggal dengan suami. Gara-gara maklong dan ibunya ikut suami pergi outstation. Saya isteri dia kot. Kenapa saya yang terpaksa mengalah? Saya luahkan di whatsapp. Ayat tersirat saja. Tapi, abang ipar saya baca.

Terus marah kenapa tinggalkan sy. Akhirnya, mereka tak jadi pergi. Abang ipar saya yang pergi. Mereka ni bekerja company sendiri. Company ibu dan ayah. Anak-anak bekerja sekali.

Tapi, maklong tu. Takde kaitan langsung pun. Nak juga ikut. Saya lebih suka dan tak kisah kalau yang berkaitan sahaja pergi iaitu ibunya. Ini antara maklong dengan saya, kenapa mesti maklong. Diorang kata diorang dah biasa pergi mana maklong ikut. Okay, masalahnya itu dulu.

Sekarang suami dia dah ada isteri. Dah kena ada kehidupan sendiri. Kenapa masih lagi nak ada di tengah-tengah antara hubungan kami? Kami nak duduk rumah sendiri pun tak boleh. Saja je buat orang bersalah nak tinggalkan dia. Padahal, ibu dan ayah pun tak kisah kami duduk di rumah sendiri.

Dan suami saya pulak, anggap maklong itu ibu dia. Macam jadi tanggungjawab dia yang hakiki pulak. Sedangkan syurrganya bukan di bawah maklong itu. Lainlah kalau dia nak berbakti dekat ibu dan ayah dia.

Geram sangat. Isteri dia yang str3ss hari-hari dia sekadar fikir tapi tindakan tak ambil. Dah berapa kali makan hati. Kadang nangis, sampai nak pecah kepala otak pun dia masih tak bertindak.

Nak juga duduk di rumah pusaka tu. Gara-gara ada maklong di rumah tu. Nak jaga katanya. Ya Allah, rasa macam nak doakan cepat-cepat la Allah ambil maklongnya. Supaya saya tidak diduakan lagi. Sampai macam tu sekali saya fikir. Dah jadi negatif sangat.

Dan mungkin juga suami saya itu terlalu suka duduk di dalam rumah tu. Kerana apa? Pejabat hanya di sebelah. Makan minum ada. Bil elektrik air semua, wifi semua tak perlu bayar. Mungkin dia tak bayar. Atau dia bayar saya tak tau. Kalau dia tak perlu keluarkan duit apa apa.

Mungkin itu yang menjadi keselesaan bagi dia. Tak perlu keluar duit minyak pergi kerja. Tak perlu keluar awal pagi hadap jem pergi kerja. Tak perlu masuk awal pergi kerja sebab company sendiri sebelah rumah pulak. Jadi, dia selesa. Saya? Terus makan hati.

So, mohon pandangan dan tips dari rakan semua untuk saya keluar daripada semua ini . Terima kasih. – Efa (Bukan nama sebenar).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *