Kisah Rakyat

Rindu tak trtahan. Lps ayah xcident, mak sorang gigih sara kami. Lps brpenat lelah, nmpak mak gembira. Tp tuhan lbih sygkan dia.

Assalamualaikum. Aku Ari (bukan nama sebenar). Aku seorang isteri berkerjaya, Alhamdulillah dikurniakan suami yang baik dan anak anak yang sihat dan baik.

Aku masih teringat memori 23 tahun lepas, saat tu aku masih di bangku sekolah rendah. Waktu dah hampir Maghrib. Aku ingat lagi masa tu hari Isnin, ada kawan aruwah abah datang bagitahu abah kemalangan.

Zaman tu bukan secanggih sekarang, lima minit accident dah masuk facebook. Aruwah abah aku kem4langan pagi pukul 7, 7 malam baru dapat berita. Aku masih ingat lagi mak aku dengan berstokin, waktu tu mak aku genap sebulan pantangkan adik bongsu aku.

Kuatnya mak aku, air mata pun tak tumpah. Telefon hospital sana sini untuk tahu hospital mana abah aku dimasukkan. Fast forward, abah aku sejak kemalangan tu jadi lupa ingatan. Bertahun tahun nak recover, tapi memang tak macam dulu.

Cerita yang sama akan diulang cerita berkali kali ibarat kau boleh hafal skrip. Bertitik tolak dari tu, mak aku jadi pencari nafkah utama. Mak aku memang berkerja tapi bergaji kecil. Bayangkan duduk di pinggir Bandar Kuala Lumpur, dengan anak anak kecil yang ramai.

Waktu tu kami semua masih bersekolah, yang kecil pun baru sebulan. Pencen SOCSO hilang upaya kekal abah sikit sangat sebab aruwah abah pun bergaji tak besar.

Hakikatnya sebelum abah kemalangan pun kami bukan lah orang senang. KF-C setahun sekali pun belum tentu. Makan luar memang tak pernah, berkereta jauh sekali. Masa tu ayat pertama yang keluar dari mulut aruwah abah lepas dia sedar, “kenapalah abah tak mati je masa xccident tu, kalau korang anak yatim banyak bantuan boleh dapat”.

Sedih tp hakikatnya begitulah, Alhamdulillah dapat zakat walaupun sekadar bantuan di awal persekolahan. Dari situ, aku azam dalam diri untuk satu hari nanti aku bukan penerima zakat tapi pembayar zakat. Make it short, hampir berbelas tahun mak aku jaga aruwah abah. Jarang aku dengar keluh kesah mak. Mak aku ni sabar sangat.

Jaga orang sakit ni lain dugaan dia. Tambah tambah aruwah abah aku ni jenis lupa ingatan. Aku ingat lagi pagi pagi seawal lepas subuh mak aku gerak ke tempat kerja.

Sebab nak naik bas. Dari tempat turun bas nak ke pejabat pun jauh sangat berjalan. Ada nasib baik, orang tumpangkan. Jawatan mak aku ni perlukan mak aku hantar surat dari satu bangunan ke bangunan. Jauh guys, tapi mak aku kayuh basikal je mak aku sebab itu satu satunya kenderaan yang mak aku pandai.

Mak aku ada basikal yang dia tinggalkan kat tempat kerja dia. Hihi. Sedihnya aku ingat kesusahan mak aku masa tu. Makanan abah, mak aku siap masak masak untuk tengahari. Bila aku dah start sekolah menengah, dah pandai bawak motorsikal, selalu mak aku tulis nota pesan apa apa pesanan untuk abah aku.

Balik kerja tak tanggal baju kerja, mak aku dah kisahkan hal rumah. Masa tu adik abang aku dah masuk asrama. Kakak aku dah masuk universiti. Tinggal aku dengan dengan yang bongsu je kat rumah.

Aku sibuk dengan SPM, sekadar bantu mak yang mana mampu. Mak aku ni sangat pentingkan pendidikan anak anak. Alhamdulillah aku rasa berkat kerja mak aku, kami semua berjaya. Mudah mudahan bukan sahaja di dunia tapi di akhirat nanti.

Bukan mendabik dada tapi hakikatnya kami semua sekarang memegang jawatan professional dalam bidang masing masing. Masing masing ke IPTA dengan biasiswa.

Soon, adik aku in sha Allah dapat doktorat. Dari sekolah rendah, mak aku setiap tahun akan pergi sekolah untuk tengok kami ambil hadiah di pentas.

Saat paling bahagia, konvo aku mak aku dapat special seat sebab aku salah satu penerima anugerah terbaik.

Aku nampak muka kegembiraan mak aku lepas berpenat lelah. Zaman aku belajar dulu, adik beradik tak pernah minta duit. Aku, asal masa terluang semester break aku kerja.

Lepas SPM kerja mencari duit nak sambung belajar. Aku, kakak dengan abang berjimat cermat. Ibarat berpusing pusing duit siapa ada lebih bantu yang lain.

Aku masih ingat lagi abang aku datang dari universiti dia kat Skudai semata mata nak bagi aku duit 20 ringgit masa aku study. Waktu tu zaman transfer transfer tak ada lagi. Aku nak keluar untuk withdraw pun susah. Naik motor kapcai dia yang jugak dia beli hasil titik peluh sendiri.

Seingat aku jarang kami meminta minta duit dengan mak. Alhamdulillah direzekikan adik beradik yang sampai saat ini aku rasa tidak pernah berkira dari apa jua.

Berkat kesusahan hidup nilai kekeluargaan aku pelajari. Aku sendiri masa foundation jauh di selatan negeri, mak aku teman naik bas tengah malam. Sampai subuh tukar baju dekat tandas terus lapor diri. Allah besar pengorbanan mak aku. Masa aku futher degree, mak aku dah rasa yakin biarkan aku pergi seorang diri.

Habis degree pack barang hantar guna keretapi ja. Prinsip aku selagi aku mampu berdikari paling penting tak menyusahkan mak aku. Lepas 4 tahun aku habis belajar baru mak aku dapat tengok tempat aku belajar. Aku nampak muka sebak mak.

Kesenangan aku memang bermula dari titik kesusahan. Hidup mak lebih bermakna dan nampak senang bila kami tiga beradik yang atas dah start bekerja. Alhamdulillah rezeki mak jugak ada kawan sekerja duduk dekat rumah mak.

Jadi mak dapat tumpang kawan pergi dan balik. Dah tak bersusah payah naik bas. Sebab laluan kerja kakak aku tak sehala dengan mak. Aku pula ditakdirkan bekerja jauh dari mak.

Mak juga nampak lebih ceria bila aku dah kahwin dan dapat anak. Lepas abah meningal, adik adik aku yang belum berkahwin duduk dengan mak. Direzekikan sebab univerisiti mereka dekat juga dengan rumah mak.

Alhamdulillah mak nampak ceria bila makin ramai cucu sejak abang dan kakak aku berkahwin. Selalu kami bawak mak ke sana ke sini berjalan walaupun mak sebenarnya lebih suka duduk rumah.

Kota London pun mak pernah sampai. Kami pun selalu buat birthday surprise untuk mak. Betul kadang kala memang duit sangat perlu untuk membahagiakan seseorang selain dari kasih sayang.

Hotel hotel yang dulu mak tak pernah jejak kami bawak mak. Lepas mak bersara mak duduk rumah rehatkan minda. Solat, makan, mengaji, tengok drama dan main games. Bila cucu datang, layan cucu dan masak makan sedap sedap.

Aku nampak kepuasan hati seorang mak di sisa usia. Mak aku ni agak konservatif. Tak pandai pakai handphone smartphone. Tapi setahun lepas kakak aku paksa jugak mak aku pakai. Belikan. Boleh bervideo call dengan anak cucu.

Akhirnya mak aku pandai tengok youtube ceramah ceramah agma, drama drama yang dia minat. Mak aku jugak suka main games. Tapi bukanlah PUBG ke. Ala games tembak temmbak guli tu.

Anak aku suka menempek nenek dia bila balik rumah mak aku. Aku bahagia bila tengok mak aku ada masa untuk diri sendiri lepas bersusah payah untuk org sekeliling. Rezeki aku 4 tahun kebelakangan ni suami aku kerja cuti di hujung minggu.

Kerap aku dapat jengah mak. Tapi betullah kan. Allah ambik apa yang paling kita sayang. Mak aku dah tinggalkan aku. Tak sampai sebulan yang lepas. Sampai saat ni aku rasa susah nak sebut aruwah mak.

Aku masih rasa macam mimpi. Pagi tu aku jamah makanan mak masak. Petang tu mak aku masih lambai aku nak balik rumah aku, tengah malam adik aku call mak aku jatuh sakit dan sampai hospital mak aku krit1kal.

Tak lama lepas tu mak aku pergi tinggalkan aku. Mak, mak memang tak suka menyusahkan orang lain. Dari saat mak hidup sampai mak pergi. Pergi mak di hari Jumaat dengan suasana redup damai.

Rehatlah mak setelah berpenat lelah di dunia. Adik adik, hargailah kesusahan sebab kau pasti menikmati rasa kesenangan. Sygilah ibu bapa kalian sementara hayat mereka masih ada. Saat ini aku masih terkilan sebab rasa masih tidak puas berbakti, jarang bertelefon atas kesibukan kerja dan keluarga.

Hanya video mak yang aku mainkan setiap kali datang rasa rindu yang terlalu sakit. Buat pembaca, Doakan dan hadiahkan al fatihah untuk aruwah mak dan abah aku, doakan diberikan syurrga terindah buat mereka.

Doakan juga diberi kekuatan untuk menahan rindu yang terlalu menyakiti ini. Yang benar, Ari.

Antara Reaksi Reaksi Warganet.

Sya Nysya – First time nangis baca confession. Moga kedua ibu bapa kita mendapat syurrga di sana.

Ibu bapa tak menyusahkan anak anak dan anak anak yang tak menyusahkan ibu bapa adalah nikmat Allah tak terhingga.

Noor Filzati Zulkepli – I feel you. Sakitnya menahan rindu. Takkan mampu nak diungkap dengan apa kata sekali pun.

Rasa terkilan sebab aruwah abah meninggal masa saya final semester. Tak sempat nak bagi abah rasa 1st gaji, tak sempat tengok saya kahwin dan ada anak. Miss you abah.

Rose Ejai – Sebagai seorang ibu. Sumpaah saye rase macam diri saya jauh langit dengan bumi dengan aruwah mak confessor.

Mak, mak memang tak suka menyusahkan orang lain. Dari saat mak hidup sampai mak pergi. Pergi mak di hari Jumaat dengan suasana redup damai. Rehatlah mak setelah berpenat lelah di dunia.

Syurga Sis, Syurrga.. Indahnye Sabar itu.

Nur Nisa –Nanggis bila baca. Saya betul betul terinspirasi bila baca cerita sis Ari. Kuat dan cekalnya pengorbanan seorang ibu dan dikurniakan dengan anak anak yang sangat membahagiakannya.

Setiap kepayahan pasti akan ada kemanisan dipenghujungnya, alhamdulillah kan. Semoga ibu sis Ari ditempatkan di dalam syurga.. amin.

En Abah – Rindu pada yang telah tiada memang rindu yang tak terucap. Hanya doa sebagai penghubung antara 2. Saya pada tahun 2003 kehilangan ayah dan tahun 2020 kehilangan kakak sulung. Confessor seorang yg berduit.

Nanti bila dah tamat c0vid, saya cadangkan kerja kan umrah dan haji untuk Allahyarhamah ibu puan, insyaAllah semoga r0hnya sentiasa dicucuri rahmat Allah.

Sumber – Ari (Bukan nama sebenar) via IIUMC.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *