Kisah Rakyat

Dirasok semasa memandu. Mujur kami tak kemlangan mavt di LPT. Ini pesanan ustz hamid pd aku.

Foto sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Cerita aku bukan lah luahan, tapi pengalaman yang bagi aku pengalaman yang tak boleh aku lupakan. Sekali gus aku aku harap ada pengajaran dalam kisah aku ini untuk korang ambil jikalau ada.

Okay direct tentang tajuk, aku dan kawan aku bertolak dari Kelantan ke Kuala Lumpur pada lewat petang atas urusan kerja.

Kami bertugas sebagai penjawat awam di tempat kerja yang sama, perjalanan diteruskan hinggalah sampai di lebuh raya pantai timur pada jam 2 pagi.

Sebelum masuk lebuh raya perjalanan semua nya okay. Memang aku tak tidur dengan niat nak teman borak dengan kawan aku.

Lupa nak bagitau, yang memandu kereta kawan aku dan aku pula duduk di sebelah. Sedang asyik aku borak tentang macam macam perkara, tiba tiba kawan aku diam.

Aku bercerita pun dia tak respon hinggalah aku nampak muka dia dah berubah lain macam, mata tak berkelip.

Aku tanya dia “kau okay tak? diamm je?”. Hati dah rasa tak sedap hati, tapi aku perasan pergerakan kereta semakin perlahan.

Hinggalah dia buka mulut, keluar suara garau macam orang tua, “jom kita pergi atas bukit sana”

Berderau drah aku waktu tu boleh kata macam takde drah dah.. Kecut abes perut ni.

Aku sorok ketakutan aku, kot kot kawan aku ni nak kenakan aku. Aku tengking kawan aku, “oi kau nak ngantuk biar aku lah yang bawak pulak!” Tapi mujurlah kereta makin perlahan, kepala kawan aku ni tertunduk dekat stearing. Kereta berhenti tengah tengah jalan dalam gelap.

Aku kecut perut jangan cerita lah, aku bukan lah pemberani sangat. Tapi dah takde pilihan, nak lari cari orang pun tengah tengah hutan, mana ada orang! Aku keluar dari kereta terus terkam dekat kawan aku.

Aku tolak dia ke tempat duduk sebelah. Nak tak nak aku kena gerakkan kereta ni. Takkan nak tunggu sini tengah gelap tepi hutan?

Dalam keadaan kaki tengah lembik tu aku gagahkan jugak tekan pedal. Dalam kepala aku fikir kena keluar dari LPT ke kawasan bandar cari kawasan yang ramai penduduk. Tengah aku memandu kawan aku tu tegur, “kau nak bawak aku pergi mana, naik bukit belah sana”. Mata nya berlalak pandang aku, aku tengok sekali terus alih muka.

Benda paling aku risau kalau kawan aku bertindak agresif pada aku yang sedang memandu.

Perjalanan nak keluar ke kawasan bandar Kemaman nak dekat setengah jam jugak.
Takut sangat sangat lemah habis tangan dan kaki, makin kecut bila “orang tua” tu bukak suara sambil bedehem sesekali ketawa kecil.

Alhamdulillah akhirnya berjaya keluar ke kawasan penduduk. Tapi jam 3 pagi mana ada orang, aku fikir nak pergi balai p0lis tapi tak jadi lepas jumpa stesen minyak. Sampai stesen minyak, cepat cepat aku matikan enjin berlari ke kaunter mintak tolong abang kaunter stesen minyak.

Aku cuba tanya dia ada tak kenal ustz ustz yang boleh tengokkan orang kena sampuk.

Syukur ayah saudara dia Ustz yang pandai berubat dan syukur jugak ayah saudara dia tu angkat call jam 3 pagi, kalau tak aku dah tak tahu nak buat apa.

Dipermudahkan, Ustaz Hamid sudi datang ke stesen minyak tu ambik kami, terus di bawa ke rumah ustz.

Hati dah lega sangat sangat ya AIIah berbanding masa dekat survive nak keluar dari LPT, AIIahu.

Tak cukup sampai dekat situ, sampai dekat laman rumah Ustz, aku nampak dengan jelas seorang perempuan berbaju kebaya klasik, pegang payung kain macam payung raja raja dan orang kahwin tu pandang tepat dekat aku.
Dia berdiri bawah pokok luar pagar, jam 3 pagi datang dari mana? Tengok sekali terus aih muka buat buat tak nampak.

Kawan aku makin bengis, “orang tua misteri” tak mau di bawa masuk rumah, mujurlah anak anak Ustaz Hamid pun ada sekali bantu usung dia masuk rumah. Pendek cerita, syukur kawan aku sedar tapi lemah badan.

Kata Ustaz Hamid, biasalah mungkin ada terlanggar hak dia masa lalu mana mana jalan, sebab itu lah sebelum perjalanan biar ada pendinding. Sekurang kurangnya baca lah ayat kursi.

Kata Ustaz Hamid, mujurlah masa kawan kena rasuk tu dia tak tekan minyak dan pulas stearing bagi terbabas kereta, kalau benda tu buat macamtu mungkin boleh jadi kemalangan mavt.

Moralnya dekat sini buat pemandu kenderaan, jangan kita tinggal doa atau pendinding dengan ayat ayat alqvran sebelum mulakan perjalanan. Tak mustahil kemalangan mavt yang dah berlaku di luar sana pun terjadi dari gangguan makhluk makhluk ghaib jhat ini, sebagai orang IsIam jangan kita tinggalkan doa.

Tak dinafikan sebelum perjalanan hari tu memang aku tak de langsung ingat nak doa mintak perjalanan selamat.

Bila jadi peristiwa ni ianya begitu beri pengajaran pada aku. Sekarang memang doa keluar rumah dah tak tinggal, tawakal pada Allah.

Sekurang kurangnya andai kita ditakdirkan mti sekalipun diluar sana, kita mti dalam keadaan bertawakal kepadanya.

Reaksi Warganet

Salina Berahim – Teringat dulu masa kursus dekat Pahang.. Lupa dah nama tempat tu tapi memang terkenal untuk team building dan seangkatan dengan nya lah.

Masa tu kami stay tingkat 3, bangunan tu semua 3 tingkat so kami paling atas.

Aku dengan kawan nak pergi toilet. Letak nya dekat hujung koridor tu.. So aku pun masuk lah dengan kawan tu.

Bila da selesai urusan dalam toilet tu aku pun keluar panggil nama kawan tu, Rose nama dia.

Senyap langsung takde menyahut, aku fikir dia da keluar lah so aku pun terus jalan masuk bilik.

Kurang lebih 15 minit tu Rose balik pastu trus dia jerit kat aku.. “Akakkkk !!”.. Terkejut aku dah kenapa pulak.

Dia kata dia nampak aku dekat toilet tapi panggil aku langsung tak pandang. Dia pun rase lain so trus keluar.. Sekali tengok aku dah dekat dalam bilik dah adoiii.

Malam tu nak tido memang tak mti kan lampu walau ramai lagi dalam bilik tu ada. Tapi kami tak cerita pun dekat kawan kawan lain.
Korang kalau nak pergi toilet, lagi lagi tempat yang tak biasa memang kena bawak teman lebih dari sorang.. Bila teringat balik memang meremang roma dibuat nya.

Nor Diana – Dekat Kemaman nak dekat dh tu dengan Perasing. Memang keras cikit area tu. Saya kalau gune memang elakkan memandu or masuk LPT2 time tengah malam.

Kalau boleh elak , kita elak tapi kalau dah terpaksa nak buat macam mane kan.

Jangan lupe bace doa menaiki kenderaan dan ayat kursi.. BTW bace ceta confessor nie sambil meremang bulu roma sampai ke kepala….

Unknown –LPT 1 masa balik ke Terengganu. Dari Pahang msuk je sempadan Terengganu enjin keta panas.

Masa tu sudah msuk waktu maghrib. Berhenti sekejap sejukkan enjin. Tunggu dalam 5-10 mnit kemudian sambung perjalanan.

Tak lama dari tempat berhenti tadi tiba ada ‘follower’ yang masuk ke dalam badan mak sya. (mak saya jenis yang mudah entiti menumpang)..’nak balik’ katanya berulang ulang dalam keadaan menangis nangis ke tempat kami berhenti tadi.

Kami yang lain dalam kereta cuba bercakap dengan entiti tersebut. Minta dia balik sendri kerana nak pusing semula agak terlajak jauh juga.

Akhirnya entiti tersebut dari mulut mak saya suruh buka tingkap kereta agar dia boleh keluar.

Alhamdulillah selepas buka tingkap entiti tersebut keluar dengan izin Allah. Kemudian mak saya tersedar. Dan tak ingat apa yang berlaku.

Cuma kami diamkan sahaja. Keesokkan baru kami ceritakan pada mak. Mak pon bagitahu semasa berhenti tu mak rasa tak sedap badan, seram sejuk.

Alhamdulillah, semua dimudahkan Allah. Peristiwa berlaku dalam bulan puasa.. 29 ramdhan.. tahun ni

Suhaini Yusoff –Masa ank kecik kecik tahun 2010 penah jugak la pengalaman seram dalam keta. Husband yang bawak hala ke utara. Saya pangku baby umur baru 3 bulan lepas pantang.

Masa tu 11 malam, tengah rancak sembang tiba tiba husband diam serius. Dia kata jangan pandang kiri kanan, tengok depan, baca ayat kursi.

Saya kata apa hal?? Tiba tiba dia tengking sambil cakap, “abang kata jangan pandang, jangan pandang la!!”

Saya cuak tengok mulutnya kumat kamit, saya peluk baby pejam mata punya takut. Anak dua orang tido kat belakang. Sampai tol juru baru suami macam cool.

Masalah nya sampai sekarang saya tanya apa benda? Dia kata takda apa. Cissssss malas nak tanya boleh bikin moody bila orang taknak jawab. Sampai kesudah. Kredit bacakami.

Sumber – Dr Khairi (Bukan nama sebenar) via IIUMC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *