Kisah Rakyat

Smlm mak trkencinng ats katil. Rupanya ini helah mak mertua utk uji menantunya tp ini reaksi menantu.

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

MENANTU IBU.

Seorang Ibu tua menceritakan pengalamannya.

Saya ada 3 orang anak lelaki, semuanya sudah beristeri. Suatu hari saya menziarahi Along. Tujuan saya ialah ingin menginap di rumahnya bersama keluarganya.

Di awal pagi saya minta air dari menantu saya untuk berwudhu’. Saya wudhu’ dan solat. Air lebihan wudhu’ sengaja saya tumpahkan ke atas katil tempat tidur saya.

Ketika dia datang hantar sarapan pagi, saya kata, “Anakanda, beginilah masalah kalau sudah tua. Semalam mak terkencinng di atas katil.”

Dengan spontan dia emosi dan marah. Saya dengar kata kata kasar, pedas dan buruk keluar dari mulutnya.

Dia suruh saya cuci dan keringkan sendiri, tiada masalah sebab bukan air kencingg pun.Dia juga beri amaran, jangan kencinng lagi, kalau kencingg lagi, awas. Dia ingat, kalau orang tua seperti saya boleh tahan dari terkencinng, jika sudah memang begitu.

Saya tahan kemarahan kerana saya ada agenda tersendiri. Saya tukar cadar, bersihkan tempat tidur dan keringkan kembali. Hari berikutnya saya pergi ke rumah Angah. Di sana saya buat perkara yang sama.

Meledak marah isterinya dan dia mmperlakukan saya seperti yang dilakukan oleh isteri Along.

Bahkan dia mengadu dengan Angah.Angah diam saja, tidak marah isterinya dan tidak membela saya maknya. Hari seterusnya saya pergi ke rumah anak bongsu yang kami panggil Adik.

Di rumah Adik, saya juga lakukan perkara yang sama seperti yang saya lakukan di rumah 2 orang abang abangnya.

Ketika isterinya datang membawa sarapan pagi saya beritahu bahawa mak semalam terkencing di atas katil.

Sambil tersenyum ramah dia kata,

“Tak apa, mak. Memang biasalah orang tua. Dulu berapa kerap kami trkenncing dipangkuan mak ketika kami masih kecil.”

Kemudian dia bersihkan, keringkan dan mewangikan.

Siang hari itu saya kata.

“Mak ada seorang kawan. Dia minta tolong mak belikan cincin untuknya, tapi mak tidak tahu ukurannya. Orangnya sama seperti anakanda ini. Tolong berikan kepada mak ukuran jari.”

Setelah dapat ukuran, si ibu pergi ke kedai emas membeli cincin dan perhiasan emas yang lain (yang tidak perlu ukuran) kerana dia ada banyak wang.

Tidak lupa juga kasut, tas tangan dan lain lain buatan luar negara yang berharga ribuan ringgit.

Kemudian dia panggil semua anak anak dan menantunya datang ke rumahnya.

Dia keluarkan semua perhiasan emas dan aksesori yang sudah dibeli dan dia ceritakan perihal sebenarnya bahawa dia sengaja menumpahkan air di atas katil, dia bukan terkencingg.

Dia panggil isteri Adik menghampirinya dan menyarungkan cincin, pakaikan rantai leher dan gelang tangan yang kelihatan tebal dan gemerlapan, pakaikan kasut dan berkata,

“Inilah menantu mak, tempat mak bersandar nanti ketika mak sudah semakin tua.

Mak akan menghabiskan sisa sisa usia mak bersamanya. Kalian perlakukan mak begitu semasa mak masih sihat, bagaimana bila mak terlantar dah tak boleh berjalan. ”

Isteri Along dan Angah hampir pengsan menahan malu dan sesal.Si ibu itu meneruskan kata kata,

Seperti inilah nanti perlakuan anak anak kamu kepada kamu ketika kamu sudah tua. Bersiap siaplah untuk menyesal pada hari itu sebagaimana menyesalnya mak atas letihnya mak mengasuh kalian dari kecil. Adik kamu ini akan hidup bahagia dan akan menemui Tuhannya dalam keadaan gembira.

Kamu berdua tidak mendapatkan perkara seperti ini dari isteri isteri kamu kerana kamu tidak mendidik mereka tentang nilai harga seorang ibu.

Reaksi reaksi warganet.

Siti Noradila – Uji anak sendiri itu lagi bagus. Baru kita boleh tengok macam mane kita didik anak kita. Kalau didikan kita tu elok, elok lah nanti anak kita didik isteri dia.

Jangan duk pandang salah org luar je,pandang jugak diri kita tu macam mne.Menantu menantu pun tetap hakikat orang luar jugak. Kalau tak, tak kan jadi punye bila laki mati dusuk berebut harta dengan menantu nanti.

Lily Lily – Menantu perempuan kena urus mak mertua juga ker. Bukan tu tugas anak lelaki ke??. Kadang anak lelaki ni bawak balik mak dia dekat rumah mengharap sepenuhnya dekat isteri suruh jaga.

Dia kadang suap makan dan minum mak pun tak pernah apatah lagi nak tukar pampers mak kandung sendiri. Semua nak suruh isteri buat. Lepas tu claim dekatt orang luar dia yqng jaga.

Lagi menyakitkn hati bila mak ayah isteri sakit tak bagi isteri jaga. Katanya syurga isteri dekat suami, bukan mak ayah isteri.

Ini terjadi dekat kakak saya ye. Nasib baik mak ayah saya ada anak perempuan lain yang ada suami yang memahami. Taik kucing punya abang ipar.

Zaidi Moharis Addy – Perempuan bila diusia muda dia akan menuntut hak nya sebagai isteri. Bila sudah tua dia akan menuntut haknya sebagai ibu.

Begitulah kesudahannya. Lelaki jugak steady bila buat salah mengaku salah. Bila betul pun kena mengaku salah sampailah ksudahannya kikiki.

Shaharol Nizam – Ibu ni dia kenal anak dia. Jadi takde salah pun dia nak uji menantu dia. Kenapa ada yang terasa sangat. Sebab jadi menantu kategori 1 dan 2 ke.Tugas suami didik isteri.

Jadi sifat isteri tu cerminan suami dia. Tentang tanggungjawab siapa buat sama sama. Lagi satu, ibu mertua dgan menantu tarafnya sama macam anak sendiri ya. Jadi suka hati makcik ni nak uji siapa pun.

Persatuan menantu jangan terasa lebih. Jadilah anak yang betul betul ikhlas pada mertua kita. Jangan letak batas sangat kononnya sebab mertua tu bukan mak pak kandung kita. Tu yang jiwa sakit tu bila keluar cerita versi ni.

Kredit : Al Faqir ila ‘afwi rabbih. Via Oh Bulan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *