Kisah Rakyat

Lps kawin dgn duda semua detik2 manis berubah mnjadi hitam, tak sngka suami masih tnggal brsama bekas istri yg telah dicerraikn.

Salam semua.Hi.. Nama aku Linda. Terima kasih admin jika confession aku tersiar. Sedikit pengenalan tentang diri, umur aku pertengahan 30-an. Berpewatakkan menarik, dan berjawatan.

Aku sudah berkahwin dengan seorang duda yang sedikit berusia dari aku.

Untuk pengetahuan semua, perkahwinan pertama suami aku dengan bekas isterinya gagal bukan disbbkan aku. Biar aku memberikan singkatan S kepada suamiku dan X kpd bekas isterinya. S telah bercerrai dengan X selama 2 tahun sebelum aku dan S berkenalan.

Tetapi, mereka menyembunyikan percerraian mereka. S pada masa itu juga menyatakan yang dia masih mempunyai isteri yang sah. Aku hanya berkawan biasa-biasa sahaja dengan S pada waktu itu, kerana aku juga mempunyai ramai kawan lelaki yang lain.

Hubungan aku dengan S menjadi semakin rapat apabila S kerap outstation ke tempat aku. dalam diam, aku meminati S kerana susuk tubuhnya yang tinggi (kerana aku adalah perempuan yang tinggi). Selama bberapa bulan brkawan, hubungan kami mnjadi semakin akrab. Aku makin risau memandangkan S ketika itu, masih lagi ‘suami orang’.

S juga seperti tidak mahu kehilangan ku. Kami ‘bercinta dalam diam’ memandangkan status yang masih ‘dipegang’ oleh S. Suatu hari, aku berkata jujur padanya yang aku tak mahu berm4du. Biarkan aku berundur dari hubungan ini. S menahanku dari berbuat demikian.

Aku memberikan kata dua pada S, ternyata S memilihku. Tp aku masih ragu-ragu. Akhirnya, S berterus terang tentang status mereka. S menunjukkan aku surat percerraian mereka. Percerraian yang tidak boleh dirujuk atau dinikahi semula, melainkan c1na buta.

Aku seakan tidak percaya kerana S dan X masih lagi tinggal dirumah yang sama. S menerangkan, itu demi anak-anak mereka yang sedang membesar. Aku minta S memberikan aku masa untuk berfikir. Dalam masa yang sama, S tak henti-henti memujukku untuk menerimanya. Aku jadi keliru dengan perasaanku sendiri.

Aku tak sanggup bermadu, S sudah mengakui, tapi kenapa aku masih sangsi? S berjumpa dengan orang tuaku untuk merisik dan menceritakan hal yang sebenar.

Aku nampak kesungguhan S disitu. Dipendekkan cerita, kami pun bernikah di kampungku dan majlis sederhana dijalankan.

Selepas bernikah, S berterus terang kpadaku, bahawa X tidak mahu S bernikah lain, demi menjaga perasaan X dan anak-anak mereka. Aku terkedu. Masalah mulai timbul apabila S diuji dengan beban kewangan.

Masalah kemuncak, apabila S mula gagal menyediakan wang ringgit bgi tempat tinggal, makan dan pakaiku. Aku bertahan selama 2 tahun dgn menyediakan keperluanku sendiri. Bila kami bertengkar, S akan kembali ke rumah X.

Aku juga mengakui silapku, aku selalu mengungkit bila timbul perbalahan. Aku akan ungkit dari segi duiit terutamanya.

S pernah beberapa kali kantoi dengan aku tentang hubungan kel4minnya dengan X. Tapi S menidakkan. Hingga suatu hari, X didapati mngandungkan anak S.

Tapi mereka mengambil keputusan untuk mengguggurkan kandungan tersebut, kerana mereka tiada sijil perkahwinan yang sah untuk mendaftarkan kelahiran di kemudian hari.

Sepanjang perkahwinan kami, aku sering dimak1 dih1na dengan kata-kata kesat oleh S disebabkan perkara-perkara yang kecil. S menyatakan aku menyalahkannya, sedangkan aku hanya menjelaskan, tapi aku terus digelar b**i, s1al, anak hram dan sewaktu dengannya oleh S.

Aku juga pernah dipkul beberapa kali disebabkan perbalahan. Aku akui silapku yang seringkali ‘pr0vok’ S bila aku inginkan kepastian. Aku pernah meminta S untuk melepaskanku kerana aku rasa perkahwinan ini t0xic. Ada masa kami gembira, ada ketika aku berduka.

Aku perasan, setiap kali cuti panjang atau cuti persekolahan, aku dan S akan bergduh dan semestinya S akan kembali ke X dan anak-anak mereka. Aku rasa sedih bila berhari-hari S tidak disisiku, langsung tiada pertanyaan khabar dari S tentang diriku seakan aku tidak wujud baginya.

Bila aku ajukan pertanyaan tentang itu, S hanya jawab; dah bergduh, apa guna bertanya khabar? Sepertinya, S sengaja mencari jalan untuk kami berbalah agar S dapat bersama X dan anak-anak mereka.

Aku juga dif1tnah oleh X, bahawa aku adalah p3rampas suaminya. Aku dimalukan dimed1a sos1al nya sedangkan yang sebenarnya mereka telah pun lama bercerrai sebelum kehadiran aku. Bila aku minta simpati suamiku, S memarahiku kembali dengan mengatakan aku sengaja cari pasal mengintai med1a sos1al X.

S juga seringkali mengadu dan menceritakan perihal burukku kepada X. Untuk apa, aku tak pasti. Aku ada bertanya-tanya orang lain tentang X, mereka hanya memuji-muji X dengan kebaikkan dan kewarakkannya. Sedikit sebanyak, aku berasa kecewa.

S yang aku kenali dahulu terutamanya sebelum kami berkahwin, adalah seseorang yang sangat aku sayangi. S pndai ambil ht aku, romantik, dan membuat lawak. S juga terlalu ambil berat pasal diriku, hari-hari mengucapkan kalimat cintanya padaku. Membuatkan aku semakin sayang padanya.

Tapi segalanya berubah sedikit demi sedikit selepas kami berkahwin. Pastinya, aku sedih bila teringat kembali diri S diwaktu yang dulu. Bila keseorangan, aku rasa sunyi. Aku inginkan zuriatku sendiri agar aku tidak kesunyian bila S tiada disisi. Tapi, Allah lebih mengetahui.

Aku pernah berdoa agar Allah tunjukkan aku jalan penyelesaian bagi masalahku ini. Tapi aku masih lagi buntu untuk tindakkan ku yang seterusnya. Aku pernah menyesal kerana tergesa-gesa untuk berkahwin, dan aku juga tak mahu menyesal kerana tergesa-gesa untuk menuntut percerraian dari suamiku.

Adakah aku menyesal menikahi S? Sejujurnya, tidak. Kerana aku juga mencintai S. Yang aku sesali, aku memberikan ruang untuk S kembali ke X atas sikapku sendiri.

Aku akui, terdapat banyak kesilapanku sebagai seorang isteri kepada suamiku S. Aku ingin menebus silapku pada S, tapi aku tak tau bagaimana, kerana X akan sentiasa ada dihati S. Aku ingin S mencerraikanku secara baik, tapi S enggan dan tidak menyatakan sebabnya.

Aku buntu. Aku mohon para pembaca yg budiman dapat memberikan aku nasihat dan pandangan disebalik kec4man. Jika ada keperluan, aku akan sambung lagi confession ini. Terima kasih dan assalammualaikum.

Reaksi reaksi warganet.

Nadiya Amani – alasan anak mungkin wayang je sedangkan yang dirajakan itu adalah nfsu masing2. Letaklah Allah paling teratas dalam segala decision dik.

Bukan perasaan ingin memiliki. Bukan prasaan tamak. Bukan juga cinta. Awk rasa anak2 tu akan bangga ke kalau tahu apa yang mak ayah dia buat tu?

Sebelum kawen lagi Allah dah tunjuk kat awk kat mana level agma lelaki tu. Baiknya Allah tu Dia tunjuk kat awk, x sembunyikan, supaya awk boleh pilih dan buat keputusan yg betul.

Z1na bukan dosa kecik tau dik. Dan dia tak bertaubat pun sebelum kawen dgn awak dan masih teruskan dosa tu. Dan awk masih pilih utk kawen lelaki ni? Come on, you deserve better.

Allah dah jentik hati awk dari terus hanyut. Awk tak redha sebenarnya kan dgn melihat dosa tu depan mata. Toxic pulak perkahwinan awk. Awk cuma perlukan sedikit kekuatan utk buat keputusan je.

Solat tahajud banyak2 dan doa minta kekuatan dr Allah. Kt manusia lemah, dari Allah juga kekuatan tu kt dapat. Letak timeline berapa lama awk boleh tunggu utk bg peluang suami awak berubah.

Dalam masa menunggu doa banyak2. Habis je timeline kalau xde apa2 perubahan, awk plan lah langkah awk seterusnya. You know what to do. Moga dipermudahkan urusan.

Zee Ekyn II – Puan tak perlu menyesal dgn tindakan puan utk jauhkan suami dgn ex dia.. Puan dah berusaha utk tlg suami puan keluar dr kemksiatan.

Tp suami puan yg memilih utk hidup dlm dunia mcm tu.. Tu bkn slh puan.. Jd puan ade byk sebab utk bwk kes ni ke mhkamah.

Kite berkahwin untuk bina keluarga yg baik.. Puan nak ke suami yg hidup dlm kemksiatan mcm ni jd bapa kepada anak2 puan nnt? Puan je yg ade jwpn tu.

Sya Sallehudin – Berat dah ni sis..Suami sis bersekedudukan dengan bekas isteri..dah jatuh talak tiga masih lagi bersama.

Kalau harap rupa paras aje lebih tapi imam dan takwa ke laut, baik sis pilih orang biasa biasa saja tapi tahu akan pendiriannya pada agma.

Sis tanggung dosa sebab bersubahat..jangan letakkan cinta manusia di tempat teratas, letakkan rasa takwa dan takut kita pada Allah swt.

Wan Saliina Wan Mamat – Dia jadikan awak cina buta kot…yelah dh talak 3,x sanggup bekas isteri kawin lain,

dia kawin lain,cina buta jgk la tu kot bagi dia apa benda la pelik2 sngt ni..dia yg cerai talak 3 dia pulak gila lagi dekat janda sendiri alahai..penat lah nk fikir masalah org,slmt mlm!

Puteri Pelangi – Maaf cakap…lelaki tu tiada pendirian apatah lagi agama….buat solat taubat ..tahajud…hajat…mintak petunjuk dari Allah

dan niatkan yg keputusan yg dibuat kerana Allah dan agama islam dan tidak redha maksiat yg suami puan lakukan …..kalau dapat petunjuk melalui peristiwa2 negatif yg dilakukan suami,

tinggalkan sahaja dan jgn fikir pujuk rayu…yakin Allah dah bagi petunjuk…jalan terus ke depan walau akan tersungkur …tp tiap kali tersungkur,

ucap Alhamdulilah sb yakin Allah akan ganti yg lebih baik dalam semua perkara….jangan takut. insyaAllah.. dipermudahkn urusan…aamiin.

Jeera Jasmi – Tunggu ape lagi kak oii. Pergi pejabat agama buat aduan. Dia syg lagi bekas isteri dia, kalau tak tak kan sampai mcm tu. Sementara kau muda lg kak, baikla selesaikan cepat.

Kalau keadaan sekarang, dia berdosa, kau pun berdosa tau, dah subahat pulak biar diorang serumah.

Kumpul bukti, buat aduan pejabat agma. Hidup ni nak bahagia, kau murung sensorang buat apa tapi laki kau elok je merenyam. Haha. Geram aku baca.

Ahu Asusu – Maaf jika apa yg jelaskan ini mengguris hati tt. Bertaubat banyak² sis muhasabah diri. Sis dah melakukan dosa besaq kerana bersuhabat dengan suami yg dah terang dan jelas malakukan dosa z1na dan mksiat.

Sepatutnya sis bertegas dr awal bukannya biarkan ianya terlalu jauh sgt tersasarnya dari landasan agma.

Syukur Allah sayangkn sis kerana tk memiliki zuriat, secara peribadi sis pergi buat aduan di pejabat aama berkenaan msalah rumahtangga sis dan z1na yg suami sis lakukan demi kebaikkan semua.

Biar mata orang sis nampak seperti kej4m tapi hakikatnya dah melakukan perkara yg Allah restu dan redha. Jangan pernah takut berbuat kebaikkan tapi takutla pada azab dan seksaan Allah.

Fatin Mareams – Akak tahu perkhawinan yg akak sedang lalui itu toxic. Akak tahu suami akak buat benda terkutok, lantak p la bekas bini ke demi anak2 ke tapi kalau dh sampai ke hubungan kelamin tu apa jadahnya.

Dia tak hargai akak,bila gaduh dia lari tinggalkan akak,akak bahagia ke mcm tu.

Kalau saya la tak mampu dah nk hadap benda mcm tu,bab kelamin dgn bekas bini tu lagi la tak boleh blah wei. Tak boleh diterima langsung.

Sakina Abdullah – Gile!Suami berz1na sampai pregnant pun masih boleh bertahan. Boleh pulak bersubahat sekali dengan dosa suami.

Dah la nafkah duit tak bagi, kena maki kena pukul lagi. Bertahan sebab cinta? Ni bukan cinta monyet zaman remaja. tolonglah sedar wahai confessor.

– Lindaaaaa (Bukan nama sebenar) VIA IIUMC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *