Kisah Rakyat

Kami diuji takde rezki ank, suami nak h4milkan gadis lain tp tiba2 gadis kg dtg, terus aku start enjin ambik MC.

Aku tak tahu macamana nak mula, memang aku tak reti berkongsi, walau dengan keluarga terdekat atau kawan rapat. Mungkin malu, lebih kepada takut di adili. Inilah cerita hidup aku. Aku dan suami masuk tahun ke 8 berkahwin. Aku namakan dia Zain.

Kami mula brcinta dari Tingkatan 3. Gelenyor orang tua kata. Kecik2 dah pandai i lap u, u lap me. Hiks. Lama. Bila habis sekolah putus, jumpa semula bila sama2 melanjutkan pelajaran di institusi yang sama, nampak dia hati berbunga—sambung balik, bila dia start sambung Degree, kitorang putus balik, jumpa semula sambung balik.

Macamtu lah berulang kali. Kenal la lelaki baik, kelakar, berduit, layan aku elok macamana pun, tapi bila nampak Zain, mesti hati aku berbunga semula. Dia handsome? Tak… tapi manis pada pandangan mata aku. Dia setia ? Pun Tak…. Masih gatal-gatal kacau perempuan sana sini walaupun masa kitorang dah sambung balik.

Kenapa aku masih nak dia? entahlah. Mungkin betul orang kata, perempuan memang suka lelaki yang nakal.

Lepastu sendiri makan hati. Tambah pulak sebab perangai sengal kami sama, makanan kegemaran sama, hobi sama, buat aku senang dengan dia. Kadang dia buat lawak bdoh pun aku boleh terhibur.

Oh lupa nak bagitahu, kami sepupu. Sebabtu senang nak jumpa semula bila dh putus tu. To cut a long story short, tahun ke 8 bersama, kitaorang kahwin. Time tu dia pun baru kerja, aku pun tak habis belajar lagi. Bukan senang.

Tapi cukup. Allah pun mudahkan jalan nak kahwin tu. Dengan tahap gaji fresh grad tu dia ikat perut nak menghalalkan aku, nk bagi aku hantaran. Aku pun ada elaun belajar sikit jugak. Jadi cukup la untuk topup apa yang kurang. Alhamdulillah selesai semua.

Zain, suami yang sempurna walaupun dulu masa bujang nakal. Orang kata once a cheater always a cheater kan, tapi tak bagi suami aku. Aku sangat yakin dengan firasat aku dia dah berubah 360 lepas kahwin.

Lepas kahwin, hidup aku adalah dia. Zain akan buat apa saja untuk aku, sangat manjakan aku, sabar layan kerenah annoying aku. Dia lah orang paling aku sayang, sanjung, hormat.

Segala apa keputusan dalam hidup yang aku buat, memang dia lah orang pertama aku rujuk. Pada aku, Zain suami yang bijak, dia memang pandai bagi pandangan, pandai cakap, tinggi skill problem solving. Betapa aku kagum dan sanjung suami aku.

Awal tahun pertama perkahwinan, memang diuji dengan dugaan kewangan, dari gaji dia yang cukup2 makan dulu, aku pun masih belajar, masih menumpang rumah keluarga tapi alhamdulillah semua tu tak lama….

Allah mudahkan rezeki duit, kerjaya, financial keluarga kecil kami. Career growth aku dan dia brjalan lancar, laju sehinggalah dari tak ada apa2, sampai kami ada hampir semuanya.

Setiap weekend nak pergi shopping? Tak ada masalah. Even lepas balik kerja nak release stress pun boleh pergi shopping. Tak payah tunggu event atau celebration apa2. Nak makan sedap? Bila2 saja. Aku cakap saja bila aku tak larat nak masak sebab penat kerja, mesti Zain akan ajak makan luar.

Bila masak kat rumah, memang Zain lah ringan tulang untuk tolong walau sekadar tukang kacau lauk atau tukang rasa saja. Comel kan.

Macamtu juga bila kemas rumah, aku lipat kain, dia susun pulangkan ke rak. Aku kemas tingkat atas, dia kemas tingkat bawah. Tersangatlah memahami. Pada Zain, semua kerja rumah bukan isteri patut buat seorang.

Sama2 kerja, sama2 penat. Sempurna kan semua nya. Sumpah aku bahagia dengan Zain….Sampai lah masa Allah uji kami dengan rezeki anak… Masuk tahun ke4 kahwin dah tak senang duduk, pergi berubat segala kaedah tradisional, moden, apa saja yang orang kata bagus kami pergi.

Jauh, dekat, kena beratur berjam2. Kos bukan penghalang. Selalu yang cari tempat tu ni, Dr mana bagus, baca review atau petua apa2 ke, memang aku lah yang baca dan share dengan Zain sebab Zain memang tak suka nak membaca panjang2.

Sebabtu aku berani luahkan di sini, sebab aku yakin Zain takkan baca. Lagi pulak kerja dia yang lebih sibuk dari aku, membataskan dia untuk ada effort macamtu. Untungnya, Zain sentiasa setuju bila aku ajak. Tak pernah sekali keluar tidak dari mulut Zain. Sempurna kan suami aku…

Akhirnya kami decide untuk buat IVF- that should be our last resort untuk akhiri penantian dapatkan zuriat ni. Dah decide kalau kena bedrest lama, aku kena berkorban untuk berhenti kerja.

Tapi Allah tu Maha Baik, dia mudahkan semuanya. Rezeki kami buat proses tu right after embrio transfer terus PKP 1 masatu. Syukur tak payah susah apply cuti dah. Aku dapat WFH. Kos proses tu memang mahal, tapi bila akhirnya nampak dua garis kat UPT kit tu, ya Allah gembiranya kami.

Akhirnya Allah makbulkan doa2 kami. Dari 3 embrio yang masuk, bila scan nampak 2 embrio survive. Mungkin kembar. Zain paling bahagia. Aku apatah lagi. Jalan tak jejak tanah rasanya.

Impian kami nak jadi ibu dan ayah hampir tercapai. Dah berangan nak anak panggil apa nanti. Bestnya masa tu. Teringat balik pun dah rasa happy. Zain kerja macam biasa walaupun PKP. Tapi sebelum pergi kerja dia mandikan aku, masakkan untuk aku, potongkan buah, Zain sentiasa pastikan aku dapat makanan yang bagus2 untuk aku & baby.

Satu kerja rumah pun aku tak buat. Betul2 rehat saja. Bila malam, kami solat bersama, solat taubat, solat hajat sama2 supaya baby sihat dan urusan kelahiran dimudahkan semuanya. Sempurna kan suami aku… Masuk beberapa minggu, Dr beritahu bacaan darah tak naik normal,

bila check heartbeat baby masih tak dengar, tak setara dengan perkembangan janin yang sepatutnya. Dr tak paksa tapi dia nasihatkan untuk buang sebelum ada nadi. Proses ni dah mahal, kalau simpan, anak tak sempurna lagi susah nak jaga nanti. Macam nak meletop dada aku dengar Dr cakap macamtu.

Macamana boleh jadi macamtu Dr? Kan embrio semua gred A. Susah Dr nak jawab. Dia hanya membantu. Allah yang bagi nywa. Sepanjang perjalanan balik dari rumah ke hospital tu rasa lama sangat, lama kami diam nak digest semula apa yang Dr beritahu. Semahunya kami berdua nangis dalam kereta sedih sangat ya Allah.

Ya, Tahu, faham qada qadar . Tapi kami sendiri masih mencari apalah hikmah semua ujian ni Terus buang? Mesti lah tak… aku masih tak boleh terima kot. Aku percaya anak ni ada lagi. Macam biasa lah aku dengan perangai aku yg suka baca review ni, aku google sana sini.

Ramai saja cakap awal2 memang tak dengar lagi. Aku decide kalau betul baby dah tak ada biar dia jatuh gugur sendiri. Baru puas hati aku. Zain? Dia paling risau. Takut2 aku tumpah darah bila gugur sendiri. Lagi pulak masatu aku dah habis WFH.

Tak nak susahkan kawan2 sekerja. Bila beberapa minggu kemudian, bloodtest dan apa bagai test semula di hospital memang baby dah kena buang. Sumpah sedih sangat2. Lepas aku keguguran, Zain masih jalankan peranan suami yang sempurna.

Pakej bertungku, urut, berpantang semua dia cari kan. Aku tinggal tadah badan saja. Beruntungnya aku dapat suami sesempurna Zain…..memang aku dimanjakan, Aku ditatang bagai minyak yang penuh. Zain memang habiskan masa dengan aku. Jarang la nak keluar lepak dengan kawan2.

Tambahan pula PKP datang lagi, memang lagi melekat kitorang. PKP mmg seribu rahmat untuk golongan TTC ni, suka betul kalau tak payah jumpa orang, tak payah pergi beraya. Tak ada jumpa makhluk2 yang tanya berdua lagi ke, bila nk ada anak.

Tak payah lepak dengan kawan2 dengar cerita progress anak masing2. Sedangkan kau krik krikk kat situ. Fast forward lepas beberapa bulan keguguran, hubungan kami semakin lama semakin hambar. Bila duduk bincang dengan Zain, dalam berat aku setuju kami sunyi.

Sunyi sebab lepas balik kerja tak ada riuh suara anak yang sambut, malam tidur tak terganggu dengar nangis ketawa anak. Tambah lagi bila makin lama kahwin, dah terlalu rapat macam kawan baik. Pendek kata “love spark” tu dah makin kurang.

Zain mengaku dia hampir tak percaya Allah kenapa dah selalu doa tapi Allah tak bagi lagi rezeki anak walaupun dah lama kahwin. Orang suruh doa ni, ikut. Makan supplement ni, ikut. Banyakkan sedekah, ikut. Segalanya dah. Mana kurang, apa salah.

Nauzubillah… betul2 kufur nikmat rezeki lain yang Allah dah bagi, amalan tak seberapa tapi masih tak malu tanya kenapa Allah tak makbulkan doa. Bukan Zain saja rasa macamtu, aku pun.

Maafkan aku Ya Allah. Untuk ambil anak angkat, tu bukan pilihan. Zain memang nak anak dari keturunan sendiri. Kami mula kerap bergaduh perkara2 kecil. Ada satu malam, Zain terus terang denganku. Tinggi betul perasaan dia nak mengandungkan perempuan lain.

Dia yakin dia boleh ada zuriat keturunan sendiri walaupun bukan dgn aku. Indirectly cuba beritahu aku lah yang bermasalah. Rasa nak pecah jantong, semalaman aku tak boleh tidur. Aku terlalu fikirkan kata-kata Zain.

Aku bennci diri sendiri badan aku tak berfungsi sebagai wanita normal. Aku meraung menangis bawah shower sebab tak nak tidur Zain terganggu. Tanpa sedar aku pukul badan aku berkali-kali berkali2 sampai lebam teruk macam kena belasah samseng esok nya.

Aku tak sedar bila Zain peluk, keringkan aku, tukar semua baju dan tidurkan aku. Berhari2 lama aku fikir dalam2 apa yang Zain luahkan. Aku terlalu sayangkan suami aku. Aku suarakan aku sanggup bermdu. Asalkan dia tak ceraikanku.

Sebab kami ada lagi simpanan beberapa frozen embrio. Kalau cerai, macamana nak masukkan semula embrio tu. Aku nekad biar aku buat sendiri semula proses dan keluarkan kos semua.

Sebab Zain kata dia dah penat nak pergi hospital, beribu kos habis tapi tak ada hasil. Aku nekad, Asalkan bukan cerai. Mungkin dia boleh dapat zuriat dengan perempuan lain. Nekad tapi sedih. Berhari hari aku meratap menangis macam orang bdoh. Teruk sangat keadaan aku.

Prestasi kerja pun makin teruk. Menangis meratap berdoa minta Allah bagi lah nyawa dalam rahimku. Makan tidur pun dah tak betul. Zain macam biasa terus pujuk aku tanpa jemu, jangan fikir2 kan sgt katanya. Dia tak sanggup tengok aku terseksa macamtu lagi.

Mula dari insiden gaduh besar tu buat aku makin muhasabah diri kekurangan layanan aku pada Zain, demi selamatkan hubungan kami. Aku mula ajak Zain solat jemaah hari-hari. Apa saja doa dan zikir yang aku nampak orang share bagus untuk amalkan, aku ajak Zain sama2 buat.

Aku makin rajin masak. Setiap kali balik kerja penat macamana sekalipun aku cuba untuk masak, siap sediakan bekal sarapan untuk Zain. Aku layan Zain sebaik mungkin . Bila weekend kami cuba spend masa bersama berdua semaksimum mungkin. Aku cuba whatever it takes untuk wujudkan semula “love sparks” dalam hubungan kami

Sumpah aku betul2 fikir aku dah berjaya buat Zain lupa niat dia nak mengandungkan orang lain macam dia cakap sebelum ni. Aku fikir dengan macam2 yang kami buat untuk dekatkan diri dengan Allah, Allah akan tolong aku, Allah pandang aku dengan belas ihsan. Allah akan bagi nywa dalam r4him aku.

Sampailah satu hari ada seseorang hamba Allah hubungi aku. Kawan sekerja Zain juga. Soalan dia, “sejujurnya kau bagi suami kau kawin lain ke?”. Aku tak fikir apa, kan aku cakap suami aku sempurna kan. Mana mungkin aku ragui kesetiaan dia. Maybe budak tu just nak tahu sebab tahu aku dan Zain dah lama kawin tapi tak ada anak.

Aku cakap ntah la. Tapi tak kot. Dia beritahu benda ni dah lama berlaku depan mata dia, dia betul2 kesiankan aku. Perkara yang aku paling takut selama ni. Ya, Zain ada perempuan lain. Saat aku dapat tahu tu menggigil tangan aku search profile FB perempuan tu, laju2 screenshot apa yang patut.

Gambar dia, family dia, apa2 detail. Terus aku buka kertas siasatan. Jangan main2 dengan tahap siasatan orang perempuan, Bukit Aman pun kalah. Dalam masa berapa minit saja aku dapat semua detail dia siap no telefon. Aku namakan dia Afiyah. Muda, bertudung, kurus, lagi cerah dari aku. Tapi sopan gaya2 kampung.

Nampak post dan gambar pun banyak likes mungkin jenis banyak peminat tp bukan jenis perempuan belanja lurah. Terus laju aku call dia. Tapi sumpah aku menggigil, dada aku macam nak pecah, tapi sempat aku tanya nama dia dan dia kat mana sekarang sebelum aku letak.

Aku terus beritahu Superior aku nak balik ambil MC, tak sihat. Berdesup aku start enjin pergi tempat kerja Zain. Dalam kereta, aku tanya Zain siapa Afiyah, sejauh mana hubungan diorang. Zain ceritakan semua satu persatu. Memang dia ada niat mengahwini Afiyah dan m4dukan aku.

Zain dah jatuh sayang dgn Afiyah. Pendengar setia masalah kerjanya, lembut, tak melawan turut segala arahan Zain. Dah lama hubungan tu. Hampir setahun. Every detail apa yang terjadi, macamana berlaku, satu2 Zain ceritakan.

Aku betul2 tak boleh nak terima lelaki yang depan mata aku saat tu, yang sangka sempurna dan akan setia hingga hujung nywa sanggup khianati aku macamni. Suami yang sepanjang masa dengan aku, tak pernah balik kerja lambat. Setiap weekend habiskan masa dengan aku.

Siap aku yang suruh pergi la keluar lepak dengan kawan2. Bergayut? Main mesej? Sumpah langsung tak ada. Track record bersih. Memang jenis pandai makan, pandai simpan. Paling best siapa sangka wujud perempuan yang tak kisah kawan dengan suami orang dan tak dapat perhatian sepenuhnya macam orang bercinta.

Redha tak dapat dating selalu. Memang sesuai karakter jadi perempuan simpanan. Macam seluruh langit ni menghempap aku, macam seluruh isi dunia ketawakan aku sebab bdoh betul tak perasan perubahan suami aku disaat ada insan lain yang mula berbahagi kasih dengan aku. Betul2 rasa kecewa macam nak m4ti.

Di saat aku mengamuk luar kawalan, hampir2 bnuh diri sebab aku yang drive kereta masatu. Zain lafazkan ayat yang paling menakutkan bagi semua perempuan, dengan niat untuk menenangkan aku. “Aku cerraikan kau dengan talak satu”. Masih segar difikiran aku saat tu.

Diam. Bergegar tiang arasy. Jelas dan nyata ayatnya. Zain tak senang duduk. Dia kata dah buat silap besar. Dia tak ada niat langsung nak ceraikan aku. Dia masih sayangkan aku lebih dari apa pun. Hari yang sama juga terus kami pergi jumpa Peguam Syarie sahkan lafaz talak tu.

Zain percaya apa yang dia buat tak salah. Malah Islam pun tak melarang poligami. Sungguh2 yakinkan dia betul mampu beristeri dua. Dia cuma inginkan zuriat dari keturunan dia. Aku? Sumpah betul2 koyak. Aku dpressed. Berhari hari aku tak makan minum. Kenyang dengan air mata.

Ajaibnya aku masih tak dapat membennci lelaki depan mata aku ni, yang mengkhiianati rumahtangga kami. Kalau lah aku boleh terus lari jauh dari semua ni – Marisa (Bukan nama sebenar).

Kredit : iiumc.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *