Kisah Rakyat

Sy keje petik buah di Austrlia, 2 thn xbalik Mlaysia. Balik jer, peIik sy tgk istri dh hamil 7 bln. Bila tnya, trkedu dgr jwpan istri.

Foto sekadar hiasan, Part1, Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca, maaf bertanya.

Saya kerja kat Austrlia. Musim pkp ni dok tersekat kat Austrlia lagi. Selama 2 tahun saya tak balik Mlaysia. Saya Berkahwin dah 5 tahun tapi tak da rezeki nak ada zuriat.

Baru ni dapat lah balik Mlaysia sebab kerja pun dah stop kat Austrlia. Tiba2 balik je wife dah pregnant 7 bulan. Pening juga la.
Tiba2 boleh pregnant kan. Macam mana ye bukan curiga dengan wife.

Tapi dalam masa 2 tahun tak bersama boleh pregnant tak ye. Ada tak pengalaman macam ini ye. Serba salah saya sekarang ni. Maaf ye saya serabut xtahu nak fikir mcmna..Mohon hide fb sy ye min.

Part 2, Salam sambung cerita saya yang wife mengandung 7 bulan. Yang saya kerja Austrlia tu. Ingat tak yang kata buah tu. Asal Austrlia je buah. Ye memang saya kerja kutip buah kat Austrlia.Gaji pun lumayan.Brbalik pd luahan sy hari tu.

Saya memang lah dh tau tu bukan anak sy. Tp nk sedapkan hati sy je dan nak luahkan sebab xtahu nak luahkan kt sapa family pun tkda. Dah megadu dh kt makhmh syariah tentang nasab anak tu nnt.. Sbb xkan saya nk bg nafkah kan.

Dan ada juga terbaca komen ni cerita f4ke la ape la. Nak bgthu ye puan dan encik2 kat dunia ni tkda yg mustahil.. Wife sy cur4ng. Dan pregnant anak org lain. Skrg wife sy xnak ngaku dan asyik kata tu anak sy kira nya dia tu istri yg baik la kata kan padahal benda sy dh boleh fikir dah mcm2 alasan dia sy minta jujur je pun xnk.

Dan lepas bersalin sy check dna budak.. Ada yg kata sy bdoh la lurus bendul laa. Kalau awak2 semua kt tmpt sy kan tkda bukti apa semua xkan awk nak tuduh meluluh je isteri awk tu lg2 dia pregnant.. Bukti just dia pregnant je tahu anak laki mana. Dan sebelum sy luahkan kt sini sy dh megadu kt pejabat agma dh.. Ada yg komen gelak dan hiina apa semua.

Korg xrasa ape yg sy rasa.. Moga 1 hari yg komen gelak dan hina ni rasa mcmna sy rasa, terutama isteri2 yg komen kata mcm2 tu. Berhati2 bila komen tkt terkena diri awok pulak kan. Jgn Marah ye. Sekian luahkan saya.

Kisah ke 2 lebih mndebarkan dan menyedihkan, baca perkongsian di bawah.

Assalamualaikum semua. Sorry cerita aku agak panjang. Tapi dah lama aku nak luahkan. Aku sebenarnya tak belajar pun kat UIA. Aku tengah belajar medik di sebuah negara bhgian Eropah. Cuma sebabnya aku confess kat page ni, sebab aku nak ceritakan kisah hidup aku bersama seorang perempuan ni.

Perempuan yang berjaya memikat hati aku buat pertama kali. Satu-satunya perempuan yang aku sangat selesa bila bersamanya. Perempuan yang dapat buat hati aku berdegup kencang setiap kali bercakap dgan dia. Dan prempuan tu tengah belajar kat UIA sekarang. So mungkin dia akan terbaca kisah ni, siapa tahu.

Aku ni boleh dikatakan sedikit pemalu depan perempuan. Boleh dikatakan seumur hidup setakat ni, aku tak ada seorang pun kawan perempuan yang rapat. Aku hanya akan bergaul dengan perempuan kalau ada urusan kerja sahaja. Aku tak akan tegur sapa perempuan tanpa sebab. Ok ceritanya start macam ni. Aku kenal dia pada tahun 2005.

Masa tu aku di penghujung sekolah rendah. Dia ni salah seorang classmate aku. Tapi dalam ramai2, aku paling tertarik dengan dia. Dia lemah lembut, senyuman manis. Boleh dikatakan aku pergi kelas sebab nak tengok dia je. Tapi kitorang tak pernah bertegur sapa. Hanya tahu nama sahaja.

Aku tengok dia dari jauh je. Lepas UPSR, aku nak tahu jgk dia nak masuk sekolah mana, sebab aku nk ikut sama. Tapi apakan daya, aku terpaksa pindah ke satu negeri jauh ke utara sebab ayah aku tukar tempat kerja. Sejak tu aku tak tahu apa2 berita pun pasal dia.

Kat tempat baru, aku masuk ke sekolah yg boleh dikatakan berprestij tinggi jgk la berbekalkan result UPSR aku 5A. Sekolah tu semuanya lelaki.

Memang sesuai sgt la dgn aku yg tak reti bergaul dengan perempuan. Aku suka sgt sekolah tu. Disebabkan aku ni agak pandai, semua cikgu suka aku. Ada pertandingan apa2 mesti hantar aku. Junior, senior semua kenal aku, sebab wakil sekolah la kan. PMR pun dapat straight A.

Sampailah aku form 4, masa tu internet baru tengah berkembang kan. Ayah aku pasang internet kat rumah. Aku pun try la fcebook. Tahu tak siapa aku cari dulu?

Dia. Aku mmg takkan dpt lupakan dia. Crush dari dulu. Aku still ingat nama penuh dia sampai sekarang. Aku type nama dia. Memang ada. Aku punyalah happy, terus addfriend dia. Tak lama lepas tu, dia approve.

Aku pun start mesej dia tanya khabar semua, sekolah mana sekarang etc. Lebih kurang seminggu chatting ikut fb, aku beranikan diri mintak no telefon dia. Dia bagi. Malam tu jugak, aku confess kat dia. Bagitahu dia yg aku dah lama simpan hati dgn dia. Dia terima cinta aku.

Dia cakap yg dia pun ada usha aku jugak dulu. Tapi takut nak tegur sebab aku ni pemalu, sopan. Rupanya macam ni lah rasanya jatuh cinta. Sejak dari tu, tiap2 hari aku mesej dia. Call dia kalau ada duit lebih. Memang bahagia sgt lah.

Walaupun tak dapat berjumpa lagi sbb tempat kami jauh, tapi aku tahu, if shes the one, no matter how far the distance, we will be together.

So, ni tahun pertama sebagai couple kan, birthday dia pun tak lama lagi. So why not aku bagi hadiah utk dia? Lebih kurang 2 minggu lagi harijadi dia. Hadiah pun aku dah beli. Tinggal nak balut dan post.

Tapi… dia hantar satu mesej. Dia kata, nak putuskan hubungan ni… Aku tanya dia apa sebabnya? Dia kata tak boleh bagitahu sebab.
Dia cuba lost contact dgn aku. Dia tukar no telefon, deactivate fb dia.

Memang aku total lost contact. Hati aku punya lah remuk retak seribu. Aku mana pernah bercinta sebelum ni. Aku tak reti macam mana nak deal dgn putus cinta.

Aku menangis, banyak duduk sorang diri. Nasib baik masa tu cuti sekolah, so aku boleh menangis semahunya kat rumah.

Parents aku tak tahu pun pasal hubungan aku dengan dia. Aku malu nk cerita pasal perempuan kat parent aku. Yes, putus cinta sgt perit. Walaupun baru 5 bulan bercinta dengan dia, walaupun tak pernah face to face dgn dia, tp aku sangat kecewa.

Aku berazam tak akan jatuh cinta lagi, dan akan focus pada pelajaran demi masa depan aku. Buka sekolah, aku form 5. Memang bertekad gile. Untuk lupakan perempuan tu, dengan focus dalam pembelajaran. Semua jawatan, semua aku tibai. Presiden kelab ni, setiausaha kelab tu.

Semua aku cadang diri sendiri, yelah sebab nak markah penuh kokurikulum sebab nak masuk Universti nanti. Aku semakin lupa pada dia. At the end, Aku berjaya dapat straight A SPM. Korang boleh agak betapa bangganya parent aku bila aku berdiri atas pentas nak amek result SPM lgpun aku ni anak sulung.

Dengan result tu, aku try apply untuk uni dalam dan luar negara. Aku nak jadi seorang doktor.

Alhamdulillah, aku dapat tawaran untuk degree medik ke luar negara dgn tajaan MARA.

Lebih kurang 3 bulan kat tempat baru, aku dapat satu friend request… Youre right. Its from the same girl whom i in love with long time ago.

Aku pun approve la sebab aku macam dah takde rasa apa dgn dia. Dia minta maaf kat aku, dan bgtahu aku sebab kenapa dia nak clash dulu. Rupa-rupanya dalam masa dia couple dgn aku, dia ada tersuka tanpa sengaja dengan classmate dia.

Tpi satu hari classmate dia luahkan perasaan kat dia, so dia buat keputusan nak putus terus dgn aku. Aku ni bukan jenis pendndam, so aku maafkan dia.

Kitorang keep on messaging tnya khbar, until aku rasa aku dah jatuh hati balik kat dia. Tapi dia yang bgtahu aku yg dia nak balik kat aku. And yes, were couple again. But this time, aku lebih serius.

Aku janji, bila aku dpt balik Mlaysia sekali setahun, aku akan pergi jumpa parent dia terus. We are quite happy as a ‘new’ couple. Walaupun masa berlainan dan jarak yg jauh, aku akan text dia setiap hari, Long distance relationship antara benua ni susah sgt. But aku tak kisah asalkan shes the one.

Aku akan spare every free time yg aku ada just for her (and family aku of course). Trust adalah perkara paling penting. Aku? Jangan risaulah.

Aku still sama macam dulu. Segan bila dengan perempuan. Nak cuurang? Aku datang sini sebab nak jadi doktor, bukan nak main2.Lebih kurang 10 bulan aku kat sana, akhirnya aku dapat balik Mlaysia.

Mahal ooo tiket bukan boleh balik bulan2. Sekali setahun tu bersyukur la. Yes, aku tunaikan janji aku. Aku pergi jumpa dia buat pertama kali. Dari negeri aku, aku naik bas ke tempat dia. Aku dah bagitahu family aku pasal dia sebab aku mmg ikhlas dgn dia nak jadikan dia isteri.

Aku still tak boleh lupa betapa menawan nya dia masa dia ambik aku bersama ayah dia. Aku tak expect pun dia akan jd soo much better in real life, daripada skype. Aku jumpa family dia. Aku suka family dia.

Dorang pun suka kat aku. Kitorang spend the whole day borak pasal pelajaran aku, family, and our future. Its been a lovely 3 years with her now. And dah jumpa dengan dia 3 kali. Dalam masa yg lama ni, kita akan dapat kenal sikap seseorg tu, macam mana karakter dia. Shes a happy go lucky person. Agak peramah.

Kadang-kadang aku trfikir karakter dia sgt brtentangan dgn aku yg pemalu, sopan. Tapi apa org kata, itulah yg melengkapkan sesebuah hubungan. Memang akan ada bergduh sana-sini. Sikap dia yang peramah tu kadang2 buat aku susah hati.Yela dia tu cantik rupa, ramai yg suka dia.

Pernah sekali classmate dia kat UIA confess kat dia. Dia bgitahu aku dia tak tahu nk pilih sapa. Dia sayang classmate dia, but dia cinta aku. Aku rasa aku sgt penyabar. Aku tak pernah marah dia. Aku suruh dia fikir dalam2 takkan dia nak hncurkan hubungan yg kita dah bina ni sebabkan benda macam tu?

Bukan sekali benda ni jadi. Banyak kali. Dia tersangat peramah. Puas aku nasihatkan dia. Dan setiap kali itulah aku akan maafkan dia. Aku takkan marah dia. Aku dalam penghujung bulan terakhir tahun 3 medik. Aku agak sibuk.

Setiap hari dalam otak aku hanya study dan study. Kebetulan masa tu UIA cuti sem. So, dia kat rumah holiday. Aku pulak bertungkus lumus study medik. Dia kata, aku tak ada masa untuk dia. Sebab aku jarang text dia, jarang call dia. Aku tengah study week… Aku minta dia faham.

Dia minta maaf. Dia kata tak apa. Susah payah, akhirnya aku habis exam dan start cuti. Tapi aku tak balik Mlaysia, sebab tiket mahal dengan duit Mlaysia tgh turun skrg. So, first thing to do lepas habis exam, aku contact dia. Masa tu dia dah habis cuti. Dia dah start sem baru. Dia kata dia busy.

Aku dengan serba salah, kurangkan text dia sebab takut ganggu dia study. Lagipun dia mmg dah jarang balas text aku. Ada sekali aku text, 3 hari baru dia balas. Aku ni jenis yg suka text.

Macam2 aku text dia, kata rindu lah, nak oncall lah. Skype? Mmg jarang sgt… sebab bila dia kat UIA, dia kata internet lembab.

Walaupun dia tak balas, tapi aku tak ambik hati sebab aku faham dia tgh study…Sampailah satu hari, masa tu aku baru pasal 4th year medic, dia text aku yg dia nak putuskan hubungan. Aku tanya sebab apa.

Dia cakap sebab nak focus study. Sebab dia serabut aku text banyak sgt. Dia serabut sebab setiap kali dia nak keluar, aku akan tanya nk keluar dengan sapa, naik apa, pergi mana etc. Aku cuma ambil berat. Aku cuma risau. Tpi dia cakap aku terlalu mengongkong dan dia nak bebas. Aku paatah hati. Walaupun tersangatlah sedih, tapi aku memahami.

Dia nak focus study. Ni kali kedua aku break-up dengan org yg sama. Padahal dia lah first love aku. Mimpi nak kawin lepas habis study lebur macam tu je. Dia kata, kalau ada jodoh takkan kemana…dia nak jadi kawan dengan aku.

Aku sedih sgt. Aku menangis seorang diri. Kali ni di negara org, seorang diri. Aku tak bgtahu kawan2 aku yg aku dah break. I am very lonely. Lagipun that day, lebih kurang 3 minggu nk harijadi dia. Kitaorang still contact biasa2 as a ‘friend’.

Tapi aku tak anggap dia friend pun. Aku sangat cinta dia. Sampai lah pada tarikh hari jadi dia. Waktu tu pkul 2 pagi sini.
Mlaysia dah 7 pagi. Aku call dia sebab nak wish happy birthday. Tapi dia mamai lagi, suruh aku call lagi dua jam.

Aku tunggu sampai 4 pagi then aku call dia. Dia angkat, and cakap dia dalam kereta nak pergi sambut birthday dgn kawan2. Aku dapat dgr suara seorang lelaki tgh drive. Aku tanya siapa tu. Dia akhirnya jujur kat aku yang dia dah ada pasaangan baru… Sedangkan aku masih terkapai-kapai kat sini… Wah… Aku marah dia.

Aku kata kat dia dia penipu, kata nak putus sebab nak focus study. Alasan dia, dia kata memang nak focus study. Tapi lepas putus, baru dia couple baru. Lebih perit lg dia kata, saying aku…tapi tak cinta. Dia off kan call. Aku paatah hati. Memang berkubur lah hasrat aku nk jadikan dia isteri. Dia block semua contact dengan aku. Whtsapp, fcebook, twitter, instagram semua dia bl0ck.

And here I am, 2 month post-breakup, all alone. Sekurangnya, dah masuk 4th year ni sikit sebanyak byk tolong aku lupakan dia sebab aku byk spend time masa kat hspital.
Lagi dua tahun aku akan habis study dan balik Malaysia. Aku dah serik. Her loss, not mine.

Aku tanak jumpa dia lg, ever. UIA girl, if you read this, say hello to your mom for me. I really miss her. To my real future wife, who ever, where ever you are, please never break my heart, as I only have one.

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah prtama, apa reaksi warganet.

Nasrul Naim, sy simpati dgn nasib kamu bro.. lama tahan bil ayo tertunggak smpai 2 tahun. tiba2 balik dh penat petik buah kat sana, tetiba dh kembung plak perut bini.. sape je la yg boleh sabar.

Dh la tiap2 bulan kirim duit..test DNA je la bro.. klu tak match, tunjuk kat pejabat agma..kasi crai je la spesis mkn terung kat luar tu.. semoga bertemu jodoh dgn org baik2.. In sha Allah. Mohd Hidayat, fuhhh dasyat kau punya story bang . check betul2 boleh jadi ketmbuhan dlm perut bini kau tu. kalau betul la dia betul2 pregnant kau sendiri la kena pikir.

takkan benda simple mcm tu pon aku nk kena bgtau bang . jgn kau buat cite sudah lah . nti x pasal2 kepala kau yg pregnant kena bedal bang.

Eiza Mikael, cuba tt check betul ke isteri tt mengandung..hari tu ada jugak sy terbaca 1 viral jugak lah..perempuan tu x pernah bersama pun dgn mana2 lelaki tp doktar sah kan dia mengandung..

Sedangkan dia x pernah bt benda x elok tu..last family dia paksa kawen dgn sepupu dia..mcm pak sangguplah..last2 lepas kawen check doktr balik ada ketmbuhan kat r4him.. harap tt pi check n scan betul ke ada baby dlm perut isteri tu..harap isteri tt x mengandung. Kredit bacakami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *