Kisah Rakyat

Tak sangka suami pasang skndal sorg di ofis, sorg lg kt kg lps hntar bini brpantang di kg.

Assalamualaikum dan selamat hari raya pada semua readers. Tq min share cerita aku.

Aku seorang suami, dah kahwin 3 tahun, ada anak sepasang umur 2 dan setahun. Wife surirumah sepenuh masa, dulu sebelum kahwin dia kerja drafter.

Tapi lepas kahwin dia terpaksa ikut aku pindah kl, dia berhenti kerja, nak cari kerja kat kl tiba tiba dah pregnant jadi aku suruh tangguh dulu. Lepas bersalin yang sulung 4 bulan, dia mengandung yang kedua pulak.

Kesian wife aku, tapi rezeki aku terima. Rumah tangga kami ok je walaupun aku keje uniform bukan pegawai, ok je tapi tidaklah mewah. Cukup cukup je.

Masa wife aku dah tunggu hari nak bersalin anak yang kedua pula kawan perempuan sepejabat start contact aku balik. Si A ni memang rapat dengan aku dari sebelum aku kahwin, aku dulu memang sukakan A ni tapi tak rasa nak kahwin pun dengan dia.

Wife aku pernah jumpa A beberapa kali masa pejabat aku buat family day. Wife aku tak tahu pasal aku dan A, A pun buat biasa je dengan wife aku.

Masa wife aku tengah pantang di rumah mertua, si A lah yang hari hari text call aku ambil berat makan minum aku. Aku tak sedar aku dah mula syg kan A semula dan simpan perasaan kat dia.

Semuanya macam biasa sebab aku tak pernah text A bila dengan wife aku. Masa wife baru habis pantang anak kedua, aku bawa dia balik kg aku kebetulan aku ambil cuti panjang.

Kawan baik aku ada kenalkan aku dengan bdk umur 10 tahun muda dari aku. Si B. Mulanya aku memang nak kawan saja.

Tapi aku nampak dia cantik, sebijik macam wife aku masa aku mula mula kenal dulu. Cara bercakap cara pakai semua lebih kurang macam wife aku dulu dulu.

Terus aku add fb dia, follow ig dia. Hari hari text, videocall. Aku rasa betul betul macam baru bercinta dulu. Sentiasa excited bila nampak nama si B naik kat notification.

Dalam masa yang sama aku masih layan si A bila kat pejabat. Aku makin serious dengan B sampai dia tanya aku sampai bila kami nak begini saja tak nak bagi tahu wife aku ke pasal dia.

Aku bukan beria pun aku suka suka je dengan dia. Sampai hari hari tiap kali text B akan tanya pasal wife aku, semalam wife masak apa di rumah, wife layan aku baik tak.

Aku malas nak layan sebab aku tak nak rasa bersalah bila aku dengan dia. Tiap kali dia sebut pasal wife aku nanti aku rasa serba salah pula.

Aku memang suka suka je layan si A dan B tak ada niat untuk lebih dari tu. tapi lama lama mungkin aku yang bagi harapan pada diorang, hari hari aku bertukar selfies dgn si A dan B.

Si B dah betul betul syg kan aku sampai ajak aku berkahwin. Salah aku jugak sebab aku pernah cakap, KALAULAH SAYA JUMPA AWAK DULU SEBELUM WIFE SAYA, MESTI SAYA PILIH AWAK DARI DIA.

Aku tak rasa apa apa pun masa cakap macam tu sebab aku memang tengah gilakan si B. Si A pula hari2 hantar gambar yg tk sepatutnya pada aku, tp aku tak pernah larang.

Aku lagi galakkan dia, aku puji tuboh dia yg cantik tak mcm wife aku. Kulitnya yang putih gebu, rupanya yang ayu.

Sampai rasa rindu kalau dalam sehari dia tak hantar selfienya dgn curvy b0dy dia pada aku. Aku tak fikir d0sa pahala dah masa tu, yg aku tahu aku selesa aku suka apa yg aku tengah buat.

Setiap hari dia pejabat aku melayan si A. Tiap kali balik kg juga aku akan layan si B keluar makan tengok wayang macam orang bercinta.

Wife aku tinggalkan je kat rumah mak aku langsung aku tak ambil tahu dia dan ank ank makan ke tak ok ke tidak. Wife aku sangat baik, tak banyak complain, apa aku suruh dia akan turut saja.

Wife aku sangat peramah, baik, banyak cakap, ceria, tak ada apa yang kurang sebenarnya. Cuma aku dah rasa boring dengan dia sebab tu aku suka bila ada perempuan lain yang melayan aku lebih lebih.

Padahal wife aku dah banyak susah masa hidup dengan aku, dia asal dari family senang, masa belajar bapanya dah hadiahkan kereta, masa kahwin ibunya hadiahkan kami rumah di kl ni.

Wife aku buat online business dan cod lunch box area rumah kami sebab nak topup duit belanja rumah. Lepas dapat ank kedua aku dapat rezeki naik pangkat lagi aku mula lupakan tuhan dan wife aku.

Aku tahu dia penat, tapi aku ego tak pernah ambil kisah bagi aku dia isteri dan ibu memang keje rumah dia yang perlu buat aku tak pernah sekali pun bangun malam untuk buat susu ank.

Tak pernah aku ambil tahu barang rumah apa yang tak cukup, aku bagi dia duit tiap bulan aku tahu dia bayar semua bil barang dapur dan keperluan ank ank.

Wife aku memang bukan jenis mengungkit walaupun aku selalu dengar dia nangis sedu sedu dalam toilet, masa sembahyang. Aku tak peduli pun, memang aku anggap dia suka melebih lebih, mengada, suka besarkan benda yang kecil.

Dia bersalin 2 kali aku tak ada sekali dengan dia, wife aku baik urusan bersalinnya terlalu mudah, aku sentiasa tak sempat teman sebab dia pergi hospital terus bersalin tak ada tunggu tunggu.

Dia berpantang pun aku cuti sekejap dia uruskan semua sendiri. Masa bersalin ank kedua pun dia pantang sebulan tepat dia rumah mertua dah nak balik kl sebab kesian aku duduk sendiri.

Tahun lepas hujung tahun, entah kenapa si B tiba tiba text aku masa aku pegi solat jumaat, aku tinggalkan phone di rumah masa tu kami di kg aku,

semalamnya aku baru je jumpa si B aku selalu kata jangan text waktu aku di rumah aku tak nak kant0i. Wife aku tak pernah sekali pun check phone aku dari baru kahwin dulu.

Aku sampai rumah dari masjid masa tu aku tengok wife tengah duduk dengan anak aku dua dua tengah menangis langsung dia tak pujuk dah lah kat rumah mak aku masa tu.

aku terus pegi kat dia nak marah sebab biar bdak bdak bising, tapi aku tengok dia tgh scroll whatsapp aku.

Aku rampas phone aku dari dia terus aku delete semua conversation aku dgn A dan B. Rupanya wife dah sempat copy dan sent ke email dia. Dia bangun diam ambil susukan ank aku tak bercakap sepatah pun.

Lepas makan tengah hari aku masuk bilik tengok dia tengah kemas bag pakaian dia sambil menangis. Dia kata, tolong hantar dia balik rumah ibunya.

Saya serba salah saya minta maaf padanya, dia tak respon apa apa senyap menangis je. Berulang kali saya minta maaf pada dia, saya pegang tangannya yang dah bertahun tak saya sentoh.

Dia cuma kata, sampai hati abg, saya tahu saya tak cantik macam dia, kalau abg dah tak suka lepaskan baik baik.

Dia sambung nangis, masa tu baru aku rasa serba salah dan kesian pada wife. Aku tahu hati ya hancur, aku puji puja orang lain belakang dia.

Aku berjanji takkan ulang lagi aku cuma suka suka. Wife text si A dan B cakap baik baik jangan ganggu aku lagi, dia minta maaf sebab aku yang mulakan.

Semua kembali ok wife bagi aku peluang kedua dia baik macam dulu, tiba tiba mac lalu, si A tiba tiba text kata rindukan aku. Esoknya di pejabat aku bincang dengan A minta maaf aku kata yang sudah tu sudahlah.

Aku ingat dia ok settle di situ, balik malam tu A masih text aku, wife dulu yang nampak notification tu kami gaduh semula.

Wife menangis semahunya tanpa cakap apa apa. Sejak haritu wife aku seorang yang ceria banyak cakap terus jadi pendiam sampai hari ini.

Aku serba salah sebab wife aku dah jadi lain, dia banyak diam semua benda buat sendiri.

Pegi klinik bawak ank ank, betulkan lampu kipas semua sendiri. Tak pernah cakap dengan aku atau minta tolong. Aku tahu dia jadi macam ni sebab salah aku juga.

Tapi dia masih layan aku, sediakan makan minum aku cuma dia tak bercakap. Aku tak tahu apa dia nak atau perlukan apa apa sebab dia langsung tak bercakap dengan aku.

Rumah dulu yang ceria bising dengan suara dia yang jerritkan nama ank ank dan nama aku, langsung tak dengar sekarang ni.

Nasib aku masih perlu kerja macam biasa masa pkp ni kalau tak duduk rumah lagi tak tahu nak sembang apa dengan dia.

Aku buat macam macam dah nak ambil hatinya semula, tapi masih belum berjaya. Dia cuma cakap terima kasih je. Kadang aku saja ajak dia bersembang tanya pasal dia atau anak, dia cuma angguk atau geleng saja.

Aku betul betul rindukan wife yang dulu yang suka bising bising kejut aku bangun pagi, bebelkan aku benda yang sama setiap hari.

Dia mungkin tak secantik masa aku kenal dulu, tapi sekarang baru aku sedar hatinya tetap ikhlas bersama aku sampai sekarang.

Pesan aku pada suami yg lain, jagalah hati isteri kita selagi diorang ada, mungkin dia tak sama macam masa kita bercinta dulu,

tapi dia je yang sanggup terima susah senang dengan kita, terima buruk baik kita. Jangan sampai bila hati isteri dah tawar apa kita buat pun dia tak kisah dah.

Aku masih bersyukur sebab wife aku tak minta cerrai, sebab aku tak tahu macam mana hidup aku tanpa ank ank dan dia. Doakan rumahtngga aku, aku juga doakan kalian semua sentiasa dlm rahmat Allah.

Komen komen warganet.

Amm Zie Nie – Sekali dah kena..smpai mti wife tak kan percaya pada suami..sekali hati dah hncur..jangan berangan kau nak dapat bahagia macam sebelum nyaaaa.

Indangkesumawati Asiabu – Kau beruntung beristerikan dia… Kalau saya… Saya dah tinggalkan awak dari awal lagi.

Bersyukurlah walau isteri tak minta cerrai… Tapi tahniah sbb awak dah kehilangan hati dia.

Ramjila Wajil – Perangai ko ni kalau dah macam ni.. takkan berubah sampai kau boleh tunduk sujud balik.. kalau berubah setakat dimulut.

Aku rase wife kau tunggu masa gunung berapi nak meletup je tu. . Maklumlah anak anak masih kecil.. Dia diam dan bertahan.. Kau tunggu rentak dia bila anak kau dah makin besar.

“Sorry sis wife saya jenis tak macam tu”

Ingat setiap perbuatan ada balasan bosku.. tiada yg mustahil.. takut takut je sekali wife kau buat perangai sampai surat fsak pulak.

So dari kau luah dekat krt ni baik kau solat doa dekat allah semoga istri kau dilembutkan hati berbaik dgn kau.. tapi perempuan ni susah bila dia punya kepercayaan sudah hilang.

Nabila N Fadhlur – Jaga la amanah ko tu brader….tu isteri ko kot…yang p layan prempuan layan buat ape…abes duit jaa…layan la bini ko tu dngn anak2 dapat pahala n murah rezeki lagi.

Hayati Haayim – part last tu siap pesan kat para suami jgalah hati istri… ni nk habaq kat ang suami2 kat luaq tu pun kebanyakkanya macam ang jugak.

dah terhantuk baru nak terngadah.. tak payah nak nasihat @ pesan .. pakat2 tunggu la istri2 hampa esok berjumpa dengan lelaki yang lebih baik dari hampa. memang dia akan angkat kaki..selamat menduda.

Sumber: krt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *