Kisah Rakyat

Sampai je di rumah tgk suami tgh usik kereta aku. Aku perati je. Mlm tu aku hamun, jgn memandai nak sentoh.

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku Mona. Alhamdulillah dah berkahwin, ada anak. Suami? Dia ok je. Yang tak OK, adik beradik dia, ha ipar duai aku la tu. Aku saja la nak bercerita pengalaman ada ipar duai yang perangai dia… Sesak dada oi. Kalau tak kuat, aku rasa dah lama aku angkat kaki blah.

Kisah ni berlaku beberapa tahun yang lalu…

Kisah 1.

Adik ipar perempuan kesayangan aku ni datang la bertandang dekat rumah kami laki bini. Oh ya, masa ni dia tak kahwin lagi. Sebelum ni ada jugak dia pernah datang, tapi tak selama yang kalini punya. Aku ingat datang kejap je, sekali duduk berminggu mingu. Yang paling best, duduk rumah kami macam Queen.

Breakfast aku sediakan, lunch aku masakkan, dinner aku hidangkan. Padahal bilik dia tepi dapur je. Pekak sangat ke tak dengar kak ipar dia dok masak? Kot ya nak datang jengah muka tanya aku kot kot ada apa nak kena tolong ke, haram.

Minggu pertama aku boleh ikhlas lagi la, tetamu kan. Ni tidak, pintu bilik dia pun laki aku kena ketuk nak ajak makan sekali.

Keluar bilik, tinggal cedok nasi je, dah habis makan, layan Netflix. Ewah, ewah,ewah. Lama lama memang aku tegur la perangai adik ipar aku tu dekat laki aku.

Aku ni ada anak kecik, mana nak masak, mana nk urus rumah. Aku pulak buat bisnes online, jem otak weh.

Laki aku boleh balas “biasa la tu.. tetamu”. Tetamu tok anjang dia, 3 hari je kot ya pun nak jadi tetamu kelas atasan.

Aku hamuk la weh. Aku kata aku bukan babu dalam rumah ni. Serba serbi nak dilayan bak permaisuri.

Aku tak cakap banyak, aku kata nak balik kampung secepat mungkin. Dengan cara tu je aku dapat courier adik ipar aku tu terus ke kampung halaman dia.

Kampung laki aku dengan aku tak jauh mana pun. Aku memang silent treatment dengan laki aku masa ni.

Sedih ada, terasa dibuli pun ada.. Memang la beras abang dia beli, tapi aku yang masak. Kes ni selesai lepas kami pulang ke kampung.
Dah hantar sampai depan pintu rumah, salam aku pun tidak, nak ucap terima kasih jauh sekali.

Protes la tuh. Lantakklah. Nak bennci aku sekalipun. Ingat aku kisah? Lepasni, nak malas, silakan bermalas malasan dekat rumah mak bapak sendiri.

Kisah 2.

Sejenis suka meminjam kereta orang. Dah la pinjam bukan kejap, ada kadang sampai sebulan. Memang la kereta tu abang kau yang bayar, tapi nama aku. Laki aku ni pulak Ya Allah Ya Rabbi baik hati tahap aku sendiri tak boleh hadam. Dah pinjam mulut tak reti nak bersyukur, kata kereta aku banyak calar la, kemek sana sini. Hamboi KakNon..

Part paling aku pnas dan memang aku meletop, dorang boleh pergi modified kereta aku. Modified part mana, aku tak mau cerita. Dahtu, boleh pulak claim duit laki aku. Sampai je rumah, laki aku check kereta aku, aku perati je dari dalam rumah.

Malam tu aku hamuk la. Aku sound jangan nak memandai mandai sentuh kereta aku. Buat itu ini. Laki aku boleh pulak kata aku tak suka adik beradik dia.

Benda ni memang buat kami laki bini gaduh. Cakap banyak tak guna, aku ambik simpan kunci kereta aku. Ha, gasak la korang nak balik rumah korang naik unta ke naik kuda ke. Puas hati aku. Lepas kes tu, dah tak ada sesi pinjam meminjam. Jual la air mata drah sekalipun, aku tak heran.

Kisah 3.

Aruwah orang tua aku ada tinggalkan rumah sebiji dekat kampung. Dorang ni pernah dtang la bertandang rumah tu. Alhamdulillah rumah tu besar, rumah sebiji atas tanah. Ada aircond setiap bilik, kira fully furnished la.

Ipar duai aku ni bleh suruh aku letak barang barang rumah tu kat rumah mak bapak dorang. Allah.. Jem kepala otak aku masa tu. Aku balas, nak ambik la sendiri. Urus sendiri lori ke apa ke. Aku tau dorang nak santak laki aku suruh handle semua. Banyak cantik?

Tu tak masuk cerita nak duduk rumah tu FREE. At last, aku sewakan rumah tu dekat orang lain. Kurang kurang hati aku tak sakit. Aku ni cuba nak berlapang dada. Aku bukan tak layan dorang baik-baik.

Tapi kadang kadang aku rasa dorang ni melampau sangat. Jenis kaki buli pun ada, nak ambik kesempatan pun ada.

Tu tak masuk pasal MULUT masing masing lagi, burukkan aku depan mertua aku, kaki sound orang, suka bergduh sana sini. Hadoi lah.
Korang kalau ada nak share pengalaman BURUK/ NGERI dengan ipar duai, share la sekali.

Moga dapat jadi pedoman untuk kita semua.
Kadang Tuhan hantar suami ok, tapi Tuhan uji dengan ipar duai yang aneh aneh. Betullah orang kata, hidup ni memang penuh dengan ujian.

Reaksi Warganet

Puan Zuera – Puas hati baca. Tak di buli. Buat baik berpada pada ,jangan sampai orang ambil kesempatan dekat kita. Banyak cantik duduk rumah kita, nak di layan macam puteri. Nak makan pun kena ketuk pintu ajak makan.

Mesti malas duduk rumah mak dia, takut malas macam tu mak bebel dan lempar penyapu kat dia. Biar diorang tahu apa yang kita tak suka.. Harta kita buat macam harta diorang pulak.

Ewah ewah.. Good job confessor, marah bukan tak sayang nak ajar biar hormat dan beradab.

Zaleha Abdul Razak – Saya kalau ada tetamu atau ipar duai yang menumpang macam ni.

Saya bagitahu sesiap, “buat macam rumah sendiri”. Sebab kalau suami turun kerja. Part sarapan tu selalu pandai pandai lah. Sebab saya sendiri pun cuma amik shake atau tak sarapan.

Direct tunggu lunch. Jadi pandai pandai laa masuk dapur kalau lapar. Masuk tengahari tu pulak, saya akan masak lebih. Tak kisah sangat orang tolong ke tak, sebab tugas memasak tu tetap sama. Walau ada atau tak dia di rumah. Cuma kita tambah portion je untuk dia.

Cuma satu je lah saya harap, Jgn tambahkan kerja saya. Haha. Cuci pinggan sendiri pun aku dah syukur. Lipat baju sendiri pun aku dah syukur. Kemas bilik sendiri pun aku dah syukur.

Tak tolong kerja lain pun takpe, sebab apa apa pun tu memang dah tugas aku. Huhu. Klu takde common sense, aku akan direct bagitahu elok elok. Moga harmoni semuanya.

Cik Adiera – Aku dengan biras perempuan ok. Sebab kitaorang masing masing bekerjaya kot. Haha yang tak kot kak ipar aku sorang tu.

Dia suka sangat update status whatssap tanggungjawab anak lelaki pada emak ayah takkan terhenti walaupun dah kahwin.Kisahnya sebab PKP. Dia duduk sebelah kampung je dengan emak ayah laki aku. Yang lain semua merantau.

Adik lelaki dia ada 5. Bila dah boleh rentas negeri, pantas dia whatssap tanya bila nak balik pada adik beradik lelaki..Tapi dia lupa kot, adikberadik lelaki dia ada mentua. Kena la adjust, mana lalu dulu singgah. Takkan dari Johor terus balik Kelantan pastu ke Perak.

Masing masing ada ambik yang dekat dulu sbab cuti tak lama. Dapat singgah sehari dua pun jadilah. Jauh nak pusing pun ye. Sebab emak ayah laki aku tinggal belah timur.

Start dah dia update status, jadi isteri jangan halang suami berbakti pada emak ayah. Apooooo.

Laki aku jenis tk suka baca status whatssap. Aku tunjuk pada laki aku, laki aku gelak.Dia kata akak dia sendiri tak nak jaga ayah dia, lagi nak sound dia.

Aku terdiam sambil terkedu gak dgn jawapan laki aku. Padu baii. Hahaha. Kakak dia memang power la bab update.

Itu belum dia berkira ye bab hantar pergi klinik semua. Belum dia pm tepi laki aku tanya laki aku bila nak ada anak. Bila adik perempuan dia tak masak, malas amboiii takpe.

Bila adik ipar dia berkurung sekejap dalam bilik amboiii cepat cepat update status. Jenis aku simple, aku perhati je. Dia lupa kot dia ada anak. Pusing pusing nanti balik pada dia juga.

Tak kisah kau anak lelaki ke kau anak perempuan, dua dua sama kena bakti dekat emak ayah

Isya Surya –Ipar duai ni bukan semuanya baik baik. Lagi lagi adik beradik suami. Bukan semua murah rezeki dapat ipar duai yang ikhlas. Berpuluh tahun ko kawen tabur segala kebaikan, sekali ko salah, dorang pandang ko mcm pecacai angkat n4jis je. Lupa segala kebaikan yang ko pernah buat.

Sumber – Adik Iparmu (Bukan nama sebenar) via IIUMC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *