Kisah Rakyat

Trjumpa akak cntik kurus putih gebu, tpi rupanya skit buah pnggang thap 4. Rupanya dia sibuk dgn amalan ini.

Salam semua.Hari ini aku jumpa lagi kes yang hampir sama. Sakit kepala, dada berdebar, hati radang selepas minum SC selama sebulan.

Beberapa hari lepas aku jumpa seorang adik lelaki umur masih 20-an.

Baru tahu ada kencing manis, buah pinggang rosak, hati radang juga selepas beberapa tahun amalkan ster0id n protein powder untuk bina badan.

Sebelum itu aku jumpa seorang abang bomba yang luaran nampak sihat, tapi hati radang selepas amalkan kapsul habatussauda yang aku tak tahu apa kandungan bahan kimia yang tersembunyi disebalik kebaikan habatussauda.

Beberapa minggu sebelum itu, aku jumpa makcik umur 60-an.

Sepanjang makan ubat kemcing manis dan drah tinggi dapat free dari hospital/ klinik krajaan, keputusan buah pinggaang setiap tahun normal.

Tapi aku terkejut bila buah pinggang dia tiba-tiba jadi tahap 4 selepas 2 bulan amalkan kapsul peria katak yang dijuaI saudara sendiri.

Kes lelaki berumur 40-an ni lagi aku pelik. Tiba-tiba aku dapat surat rujukan dari hospital untuk sambung rawatan di klinik. Abang ni dulu sihat walafiat. Tapi selalu sakit-sakit otot sebab kerja angkat barang berat.

Datang klinik tiba-tiba dah sakit buah pingganng tahap 5 dan perlu di4lysis setiap selang sehari dengan kos ratusan ringit untuk 1 sesi.

Puncanya sebab selalu beli ubt ‘urat’ yang dibeIi sendiri di farmasi atau klinik swasta. Ubt urat yang dibeIi itu sebenarnya adalah ubt tahan sakit V0ltaren/ dicl0fenac s0dium.

1 lagi kakak cantik kurus putih gebu, tapi rupanya skit buah pingganng tahap 4. Rupa-rupanya sibuk makan vtamin C lebih 500mg atau 1gram sehari. Belum campur yang cucuk-cucuk lagi.

Nampak tak apa yang aku cuba nak sampaikan? Macam-macam produk yang dah psakit-psakit aku hadap dapat masalah hati dan buah pinggang.

Dulu H, lepas tu produk-produk SC katanya tapi jenis makan n minum. Produk jus2 harga beratus pun gula psakit aku naik mencanak-canak. Mengarut gile. Aku tak kesah la kalau ada sesiapa nak kec4m sebab aku sebut je nama ubt/ br4nd pr0duk tu.

Sebab aku sakit hati bila orang-orang melayu kita masih ramai yang jadi penjuaI produk-produk yang tiada kajian kliinikal yang standard.

Janji poket sendiri penuh. Korang penjual-penjuaI ni jawab lah nanti kat akhirat. Jual sampah yang memudaratkan kesihatan dan nywa orang lain.

1 lagi, ada sebab kenapa dktor bertauliah yang bertanggungjawab tak bagi ubt kuat-kuat tanpa pengawasan yang rapi. Contoh ubt ster0id untuk kuIit. Ya, ster0id yang tinggi boleh bagi kuIit kau cantik. Tapi kena makan dengan d0se yang betul dan tempoh tertentu. Sebab kesan sampingan jangka masa panjang sangat banyak.

Kau boleh dapat kencing manis, bisul bisul besar di kulit, buah pinggaang kau boleh rosak, macam-macam lagi.

Mungkin kau suka ubat sapu yang kau beli kat luar tu hebat, sapu dua tiga kali je eczema anak kau terus baik. Tapi kau siap sedialah nak hadap komplikasi jangka masa panjang yang anak kecil kau akan hadap.

Tak kesian ke kat anak kau yang tahu apa-apa tapi rupa-rupanya mak dia lah yg merosakkan masa depan dia sebab pakaikan ubt merapu-rapu.

1 lagi, pesanan kepada farrmasi-farrmasi luar. Aku tahu mesti seronok bila pr0duk farrmasi kau laku. Tapi kau sedar ke tidak yang kau jual ubt tanpa monitor pon psakit kau.

Orang sakit badan kau bagi NS4IDs (ubat tahan sakit macam p0nstan/ v0ltaren dan macam-macam) Kau kata tu ubt urat. Lusa orang yang sama datang beli lagi. Kau tak kesah pon kan? Kau tak ambik rekod pon siapa yang beli ubt tu. Janji poket kau tebal.

Orang-orang macam ni la yang selalu datang dengan end stage renal failure kena cuci buah pingganng seumur hidup.

Ada yang berdarah usus sampai meragut nywa. Kau tak kesah sebab kau tak pernah ambik kesah rekod pelanggan kau beli apa.

Pesanan ni juga applicable untuk dktor di klinik swasta.

Ada doktor yang bagus dan memang aku respect. Tapi ada juga yang sama tak kesah komplikasi jangka masa panjang janji klinik kau laku keras.

Paling aku marah bila psakit demam kau bagi inj3ction NS4IDs. Fuh memang best la hilang semua sakit badan.

Tapi kau tak fikir pon yang pesakit kau demam sakit badan sebab dennggi. Habis psakit tu dapat pendarahan lagi teruk kau tak pernah kesah. Sebab staff hospital kerajaan ni la yang bagai nak gile bekerja untuk selamatkan nywa psakit kau inject tadi.

Inilah salah 1 punca kenapa doktor kerajaan kedekut/ susah sangat nak bagi ubt tahan skit/ ubt yang kuat.

Sebab kesan sampingannya pon boleh tahan ‘kuat’. Cuma tunggu masa je. Orang kita memang malas nak berusaha betul-betul. Nak jalan senang je contohnya macam ni lah. Nak kurus telan ubt. Nak cantik telan ubt. Nak luka baik telan ubt.

‘Ub4t’ dari founder/ agent tak bertauliah pula tu. Bukan nak ubah pemakanan, lifestyle dan bad habit kan?

Jomlah kita sama-sama jaga kesihatan diri bermula dari kita sendiri. Jgn mengharapkan ubt-ubt ajaib. Jangan mudah termakan pujuk rayu kawan saudara mara yang jua jamu tanpa bahan kimia.

Semua k4psul/ piI ada bahan kimia. Makanlah ub4t sepinggan pon, tapi kalau tabiat buruk masih tak ubah, sampai bila pon penyakit tak kan baik.

To ALL healthcare workers, ingat lagi ayat ‘DO NO HARM’? masa mula-mula belajar dulu Jadilah staff kesihatan bertauliah yang bertanggungjawab.

Aku doakan orang-orang kita akan penjual ke pembeli ke, jadilah orang yang lebih bertanggungjawab. Cakna pasal kesihatan diri sendiri dan cakna juga pasal keberkatan rezeki sendiri. Terima kasih.

Reaksi reaksi win warganet.

Rafiqa Zainal – Kapasiti badan utk vitamin C patutnya 400mg sehari. 500mg tu boleh diterima lg. Lebih dr tu akan jd t0ksik, nyah jadi bahan kumuh.

Knapa nak kena makan sampai 1000mg tu, nak suruh tumbuh sayap ke?

Melissa Nadeen – Saya tak halang orang nak meniaga. Tapi kalau berniaga cara salah ni yang menaikan drah saya. Konon nak sihatkan orang padahal tengah ligan rank dan untung semata-mata.

Tiap-tiap bulan upp jumlah bonus yang dapat bukan up jumlah custemor yang sihat, dah terang lagi bersuluh.

SN Yan – Aku lagi pelik pempuan2 yg obses injection drip whitening yg brsepah kt luar tuu.. Gluthax ape kejadah ntahh… Makan supplement kolagen lagi.

Pelik aku.. 10 20 tahun lg cek liver function urea creatinine ternganga nnt huhuhu.. Sihat tanpa supplement, sayangi organ dalaman anda lalalalala.

Zaida Ali – aku manusia paling takut nak mkn pil2 dan supplement2 ni semua…bukan apa…risau…kesian buah pinggang aku nant…merana…aku juga yg susah.

– Miz (Bukan nama sebenar) Via IIUMC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *