Kisah Rakyat

Hancor hati bila suami kntoi, aku terus minta cerrai tp hati ni makin luluh bila suami buka cerita.

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku dah berkahwin hampir 7 tahun. Kahwin suka sama suka, mak ayah pun restu. Memang aku bahagia dan bersyukur punyai suami yang penyayang dan caring…

Allah uji kami. Lepas dah cuba setahun lebih, kami masih tak da anak. Bermulalah perjalanan untuk cuba mengandung. Makan ub4t subur, pergi buat test sana sini.

Sakit memang sakit… Dah sampi buat IVF dan habis banyak duit tapi Allah masih belum bagi rezeki pada kami. Kami berdua normal, cuma tak de rezeki. Family both sides tak de sebut apa apa pasal anak sebab dia orang pun paham itu rezeki daripada Allah.

Lagipun dua dua belah dah ade cucu dan kami dah ada anak buah… Aku pun banyak kali minta maaf pada suami sebab tak mampu beri anak walaupun macam macam kami dah cuba.. Tapi ayat dia cuma, “Allah beri kita banyak nikmat, hadiah anak je belum…”

Banyak kali suami suruh aku redha dan sabar. Ye aku redha dan sabar tapi aku bukan jenis berputus asa.

Aku menangis lepas tahu ivf aku gagal, sakit teramat Tapi suami aku hanya diam.. Aku tahu dia sedih tapi dia tak tunjukkan…

Lepas aku gagal ivf, aku pernah cakap slow talk dengan suami, “abang, kalau memang ditakdirkan kita tak da anak, abang ada terdetik ke untuk kahwin lagi?

Yela sorang laki mesti nak anak kan. Saya paham kalau abang terfikir macam tu”. Suami jawab, “jangan fikir benda tu lagi sekarang, banyak lagi cara lain. Kita boleh ambil anak angkat kan?

Tu benda last skli abang akan buat. Efa jangan risau dan jangan fikir bukan bukan”
“Tapi kalau abang, betul nak kahwin lagi, tolonglah cari yang boleh jadikan kita berdua lagi baik.

Ustazah ke, yang pakai tudung labuh pun tak pe. Yang faham agama baik baik (muka dah sedih masa ni)” “Eh kenapa ustazah pulak.. (sambil mengusik aku)” akhirnya perbualan tu terhenti sebagai satu jenaka sahaja.. kami berpelokan.

Tapi dalam tu hati aku tetap nk bagi warning pada dia, “tapi kalau saya tahu abang kahwin dengan siapa tah, abang kahwinlah 3, 4, u will get what u want but not me)” balasnya – “jangan dah fikir yang bukan bukan”

Jangan lah pelik kenapa aku yang offer macam tu, family aku dan dia banyak yang p0ligami termasuk both parents.

Memang ade ups and down. Aku kalau boleh memang tak nak sebab its not easy. Tapi dalam situasi aku ni sebab kami tak de anak, sebab tu aku try to talk with him.. Dan aku tak nak kalau berlaku benda tu dalam keadaan yang buruk… sebab dah tengok family go through benda ni…

Kalau orang lain tengok kami memang kami ni macam pasangan romantik dan bahagia. Dan sedara mara pun bila da lama tak de anak diorang pun dah biasa.

Tak de perli perli pasal anak. Sejujurnya aku wanita bahagia dan aku bersyukur sangat sangat. Suami jenis tak meluahkan semua, seringkali bila aku datang bulan (tak pregnant) aku akan mengadu dekat dia.

Muka dia akan nmpk sedih tapi dia tak kan cakap apa apa.. Dia jenis banyak pendam.. Walaupun aku selalu tanya adakah dia ok ?

Adakah aku ni isteri yang baik, adakah aku ni cukup sebagai isteri sahaja belum jadi ibu… Dia cakap tak da apa apa. Lepas solat mesti aku akan salam dan minta maaf dekat dia.. Sebab aku tak tahu jika ade apa apa yang aku salah. Jadi aku hanya minta maaf sebagai isteri dan cuba jadi yang baik untuk dia…

Tapi sebagai isteri, kita ni ade sixth sense kan? Kuat naluri isteri menyatakan suami ada sembunyikan sesuatu. Walaupun dia masih layan sperti biasa- balik rumah, bersama waktu malam- tapi aku perasan dia “kurang” beri perhatian pada aku.

Kurang mungkin dimata orang tak kan perasan tapi aku sebagai isteri merasakan nya.. “pandangan” dia pada aku tak sama. Dia akan selalu scroll fb dan main game sebelum tidur. Dulu kami akan berbual bual sampai mengantuk. Setiap kali nak bersama aku kena minta, baru ditunaikan.

Aku berdoa hari hari minta Allah beri petunjuk, aku terasa sunyi walaupun sudah ade suami. Aku terfikir sunyi aku ni kerana tak de anak atau kerana aku rasa suami jauh dari aku. Satu hari, aku terdetik nak buka satu apps dalam phone dia yang simpan gambar gambar kami (gambar yang tak tutup aurat, apps yang ada password) tah kenapa malam tu rasa nak buka kan. Memang password phone dia bagi pada aku.

Tapi aku pelik kenapa apps tu passwordnya telah ditukar. Malam yang sama juga aku sperti mendapat ilham untuk cari password itu dalam email dia.

Bila aku unlock, luruh hati hancor hati aku sbagai isteri bila aku terjumpa v1deo suami aku “brsama” dengan prempuan lain.

Aku tak dapat tahan emosi, aku menjerit dan meraung macam orang giila. Rasa macam dunia nak terbalik… mengigil tangan aku melihat dengan mata dan kepala aku sendiri suami aku dengan orang lain. Aku terus kejut suami dan minta suami cerraikan aku malam itu juga, sebab aku tak dapat terima.

Pada mulanya aku terfikir dia dah terlanjor. Tapi lepas tu dia jelaskan sebenarnya dia dah berkahwin dan tunjukkan surat nikah dia di Thailand.

Bila aku tengok tarikh, tahun lepas.Setahun diorang kahwin senyap senyap, dan aku tahu dalam keadaan dan cara yang sangat teruk… aku cakap kenapa? Dia hanya jawab “sebab anak”

Aku tak dapat terima, kenapa sebab anak? Dia cakap nak ambil anak angkat, dia beritahu aku nak buat ivf lagi, ikhtiar lagi… kenapa bagi alasan yang tak munasabah.

Dan kalau urgent sangat nak kahwin kerana anak kenapa rahsiakan, sampai kantoi? Tak da anak pun lagi, alasan nya sebab belum daftar kahwin.. Jadi dia orang “planning”….

Jadi yang selama ni hanya nak seronok dan bersama sahaja, itu hanya alasan nak justify kesalahan dia… Aku minta izin dia, aku nak keluar sebab aku takut benda tak elok jadi. Aku tak dapat tengok muka dia waktu tu… aku dah start jadi physical, sebelum benda buruk jadi aku cakap aku nak keluar.

Dia izinkan cuma dia suruh beritahu aku kemana. Aku cakap aku ditempat selamat… aku terus naik kereta, aku tak tahu nak pergi mana… aku flashback setahun lepas, segalanya seperti sebuah lakonan. Kami pergi umrah sebulan lepas dia kahwin di Thai, aku terbayang tangisan dia depan Kaabah, kami berdoa untuk kami dapat anak.

Aku rasa dikhianati dan tertipu. Aku rasa suami aku berpura pura.. Hari hari yang dia takde dia cakap pergi program masjid lah qiam lah, aku bagi dia pergi sebab fikir dia buat benda baik… rupanya ade hari mereka pergi honeymoon… masa tu aku sorang tapi aku fikir suami aku buat benda baik tak pelah… aku rasa sangat sangat dikhiianati.

Orang pertama yang aku khabarkan ialah mak mertua aku. Sebab kami rapat… Mak mertua aku menangis, dia call suami aku, dalam nada menangis dia cakap “tolong jangan cerraikan Efa” mak mertuaku juga dicerraikan awal tahun.. Mungkin dia paham situasi tu dan dia tak mahu aku dicerraikan.

Aku tak boleh beritahu parents aku lagi sebab aku fikir, nanti hubungan mereka tak kan baik kalau aku masih nak pertahankan rumah tangga ni.

Akhirnya kakak ipar aku yang ambil aku dekat RNR , dan aku rehat dirumah dia” Aku hanya menangis, aku berdoa, aku solat taubat.. Allah, besar dan berat ujian ni Ya Allah… aku doa dalam tangisan.

Aku doa Allah berikan aku jalan yang terbaik… Aku dapat rasa dulu aku terlalu cinta dan bergantung pada suami.

Ujian kami cuma tak da anak. Yang lain semua ok, alhamdulillah.. Allah uji aku dan aku rasa Allah nak aku kembailkan hati aku padanya… malam aku berteman dengan tangisan.
Seminggu aku tak jamah makanan, aku hanya minum air sebab asik menangis, aku rasa dahaga je.

Seminggu tu aku tak jumpa suami aku tapi dia akan whatapps sahaja. Kadang aku balas kadang aku biarkan sahaja… Aku tak pernah pisah dengan suami lama lama. 2-3 hari pun dah rindu. Ada hari aku shift malam, agaknya waktu tu lah mereka berjumpa.

Bila seminggu tak jumpa hari kelima aku menanti nanti dia telefon aku. Takde. Aku balik rumah, dia tak de. Rupanya dia dekat rumah bini no 2. Dia cakap perlu uruskan hal disana dengan adik beradik dan mak dia bila dah terbongkar.

Siap cakap mak dia tu sakit, tak boleh stress… aku sedih. Aku sampai tak makan seminggu dia seolah tak pedulikan aku… Aku cakap dia kena settlekan untuk beritahu dekat family aku sebab aku tak kan cakap sendiri, bukan aku yang buat hal… walaupun hati aku meronta ronta nak call mak aku sendiri tapi aku tahan sebab nak suruh dia bertanggungjawab dan beritahu sendiri.

Mak aku sedih… tapi dia cuba menahan diri sebab dia nak aku bahagia. Dia tahu aku sangat syangkan suami aku.. Dia minta kami bincang baik baik dan banyakkan berdoa… Adik beradik aku nak marah dan maki tapi diorang tak pernah tengok suami aku jhat dengan aku sebelum ni jadi dia orang cakap kami sokong apa terbaik dan apa yang Efa nak…

Hati aku masih berbolak balik 50-50. Kami jumpa kaunseling keluarga. Ustz tu minta suami keluar bila keadaan tegang, dia terus cakap pada aku, “wanita ini darjat nya diangkat bila menjadi seorang isteri.

olatnya pun pahala lebih, dan diakhir zaman bukan mudah nak cari suami… saya dah banyak pengalaman, memang mcm puan ni ada, akhirnya bila berkahwin semula jadi yang no 2, no 3… sebab suami tu tak jujur cakap dia dah ade isteri.

Dan tak kan bau syurga isteri yang minta cerrai dari suami tanpa sebab”… dalam kepala aku fikir yela kau lelaki. Samalah tu mesti lah sokong lelaki kan….Tapi aku decide bagi peluang pada dia 3 bulan.. “trial period” lepas suami aku dipanggil masuk balik dia pun dah kena se”das” dan kena pedas dengan ustaz tu sebab menipu.

Dia cakap suami aku kena all out la dalam trial period ni sebab aku dah kasi peluang… dia ajarkan kami doa “Ya Allah jika dia baik untuk ku, agamaku, masa sekarang dan hadapan kau satukanlah. Jika tidak beri jln terbaik” Jadi bermulah waktu bergilir. Aku rasa ralat!

Aku tak pernah rasa kena kongsi masa dan suami dengan orang dengan terpaksa.Aku banyak menangis. Bila dia balik aku rasa nak marah, nak buat muka. Tapi mak aku dan mak mertua ku pesan, kalau bersabar dapat pahala.

Dia pun pesan pada suami aku, kalau aku marah dan aku berubah lyanan kerana itu perbuatan dia dan dia pun kena sabar. Tiap kali dia balik aku layan dia elok elok walaupun hati aku ni meronta je nk mengamok… aku cakap dalam hati “sabar, buat kerana Allah, sabar, nak dapat syurrga”

Jadi aku masak dekat dia sedap sedap aku hias diri aku… aku make sure diri aku wangi sentiasa.. Aku belajar ilmu dan join group untuk improve hubungan suami isteri.. Masa dia tak de aku pergi spa, aku visit adik bradik aku, pergi shopping dan happykan diri.

Malam malam yang aku sorang kat rumah aku dekatkan diri dengan Allah… aku cuba baiki kekurangan aku sebagai isteri. Suami aku hari hari minta maaf, dia mengaku dia silap langkah. Dan wanita yang dia kahwini tu kurang sedikit ilmu agama, pakaian pun ketat, dia kena tegur selalu.

Dulu kami berkongsi bayar rumah sebab aku nak tolong dia sekarang dia bayarkan semua sebab nak buktikanlah dia tu mampu. Kalau tak mampu nanti aku ade bukti untuk minta fasakh kan. Dia cakap banyak benda dia tak sepatutnya buat pada aku.

Sejujurnya kalau tolak faktor dia kahwin lain, hubungan aku dan suami makin baik, dan dia lebih bertangungjawab dari segi urusan urusan bayar rumah, bil semua tu. Kalau dulu aku yang tolong dia sekarang semua dia yang buat. Sekarang aku sedang mencuba untuk dapatkan zuriat dan buat ivf lagi skli.

Alhamdulillah Allah beri rezeki kewangan kami untuk buat juga. Sekarang dia pula ada masalah dengan yang sana, pasal gaduh adik beradik ke ape, tak pela aku tak nak ambil tahu.

Wanita itu pula jenis yang bukan rasa bersalah atau nak meminta maaf pada aku walaupun dulu aku pernah call dia nak jumpa dan tahu hal sebenar.

Tak diceritakan dan dia hanya cakap “tengoklah” sampai sekarang aku belum jumpa dia… tiada penyesalan atau kata maaf dari dia. Aku tak kenal siapa dia. Tapi suami selalu mention dia orang kampung, orang susah.. Asyik rasa kesian dengan family tu… banyak soalan soalan aku tak dapat jawapan.

Aku geram sampai aku pun buatlah kerja kerja “CSI” mencari ahli kluarga diorang melalui media social, nak minta jawapan. Tapi diblock pula… lama lama aku malas sebab buang masa. Jadi buat masa sekarang, aku kena jaga emosi aku untuk dapatkan anak.. Tak boleh stress. I have to focus on my self.

Aku doa yang terbaik. Akhirnya bahagia yang dicari bukan pada suami, tapi Allah juga yang akan beri kebahagiaan dan ketenangan… aku tak tahu apa pengakhiran jodoh aku dan suami aku. Aku hanya cuba buat terbaik sebegai seorang isteri. Doakan aku berjaya dapat zuriat… doakan aku kuat dan sabar.. Doakan aku mendapat syurga dan redha Allah

Sumber – Anonymous (Bukan nama sebenar) via IIUMC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *