Kisah Rakyat

Suami Balik Kerja Penat Tp Istri Tak Hidangkan Mkanan. Mlm Tu Lps Trbaca Mesej Lama Dari Istri Baru Suami Sedar.

Gambar Sekadar Hiasan. Assalamualaikum semua. Bila jam 2 lebih saja, mesti isteri WhatsApp saya tanya dah lunch ke belum. Dan jawapan saya biasanya sama.“Tak makan, abang sarapan saja,” so, daripada jawapan saya itu, dia tahu dia kena masak. Jam 7.00 malam, saya sampai rumah.

Tetapi yang musykilnya, nasi masih tak terhidang. Lauk masih dalam periuk. Air panas masih dalam cerek. Dulu tak adalah seperti ini. Tetapi sekarang? Hmm, entahlah. Nak cakap pun tak kena sebab tak mahu kecoh.
Saya senduk nasi sendiri, ambil lauk sendiri dan taruk sayur sendiri. Bila dah lama sangat begitu, sekali saya tegur dia.

“Awak, abang nak tanya ini. Boleh dikatakan setiap hari awak akan tanya abang dah makan tengah hari ke belum. Tetapi bila abang sampai rumah, awak tak hidangkan pun untuk abang.

“Sudahlah abang balik penat bekerja. Sepatutnya tolonglah sendukkan nasi, buatkan air siap-siap,” Dia hanya tunduk, selepas itu dia minta maaf sebab tidak dapat nak buat semua itu untuk saya selama ini.

Dia berjanji, mulai esok dia takkan buat lagi. Malam itu, dia tidur awal, penat katanya. Saya yang masih belum mengantuk masih membaca mesej-mesej di aplikasi WhatsApp.

Tiba-tiba tergerak hati nak tengok balik chat antara saya dan isteri.NLama saya meneliti. Selepas satu, satu saya scroll mesej-mesej lama saya dengannya. Dan mungkin Allah nak menyedarkan saya bahawa saya telah silap dalam ‘menghukum’ isteri.

Allah temukan balik mesej isteri saya sebelum jam 2, jam yang biasa dia akan bertanya sama ada saya sudah makan atau belum. “Abang, anak-anak melasak.

Seorang pun tak nak tidur ni ha. Kalau sempat nanti, saya masak untuk abang ye?” “Abang, lengan kanan saya sakit sangatlah. Nak angkat pun tak larat. Dari semalam lagi macam ni. Salah tidur kot?”

“Abang, kepala saya berdenyut. Mungkin sebab tak cukup tidur,”. “Abang, adik gigit kakak. Kakak pula tarik rambut adik. Dua-dua ni asyik bergduh saja,”. “Abang, selepas basuh dan jemur baju nanti, saya masak untuk abang ye,”. Abang, kalau abang senang, petang ni minta abang belikan susu Ideal. Nak buat kuah bread puding,”. “Abang, jam 3 inshaAllah saya masakkan kari untuk abang. Sekrang tengah melayan anak-anak mewarna,”

Allahurabbi, kenapalah saya begitu bta selama ini? Bukankah sebelum itu dia sudah maklumkan pada saya yang dia sibuk menguruskan rumah dan anak-anak?

Tetapi dalam sibuk-sibuk itu, dia masih boleh menyiapkan makanan untuk saya. “Ya Allah, maafkanlah saya dan rahmaatilah dia,”. Dalam hangat air mata itu, saya cium dahi dia dan hantarkan dia sebuah mesej. “Terima kasih sayang. Maafkan abang,”

Sebenarnya, tanggungjawab kita yang kena siapkan semua itu. Isteri cuma melayan kita saja. Tetapi bila dia dah buat, jangan banyak mengadu.

Ucapkanlah terima kasih dulu dan kalau nak tegur pun, tegurlah elok-elok. Peringatan untuk diri sendiri.

Pesan Ebit Lew, Peganglah Tangan Isteri Setiap Kali Sedih Kerana Isteri Adalah ‘Harta’ Suami

Dalam kehidupan suami isteri, pastinya suami akan mencari isteri untuk berkongsi cerita, tidak kisah yang pahit mahupun yang manis. Isteri adalah amanah yang dianugerahkan oleh Allah kepada seorang suami.

Maka sebab itulah seorang suami perlu menyantuni isterinya dengan baik. Susah, senang dikongsi bersama. Rumah tangga yang dibina dengan kasih sayang pastinya menzahirkan cinta dan kerinduan.

Indahnya sebuah perkahwinan tatkala dibungai dengan bunga-bunga bahagia.

Berikut perkongsian Ebit Lew tentang betapa berharganya seorang isteri kepada suami.

Best sangat rasanya bila dapat bergambar berdua dengan bidadari tercinta. Tengok semula gambar bila dalam kereta jalan jauh pergi ceramah. Terus mesej “Allah beri rasa rindu pada bidadari abang, semoga jadi asbab hidayah buat semua..kenapa makin hari makin jatuh cinta sayang? Makin rindu rasanya..

Sejuk hati. Bila dapat duduk dekat dengan isteri bestnya. Gosok-gosok tangan dan genggam masa masuk kereta atau penat. Terus segar. Tengok muka isteri pun rasa sejuk hati. Pegang tangan sentuh jari pun terasa cinta dan kesusahannya.

Berdoa ya Allah kaulah sebaik-baik membalas kebaikan bidadariku ini. Ini semua anugerahMu. Terima kaseh Allah…terima kaseh Allah..terima kaseh bidadari abang sudi berdua-duaan dengan abang.

On d way balik, seorang lelaki jumpa saya terlalu sedih sebab umurnya dah dekat 40 tahun. Tapi rezekinya terlalu sempit. Dia bekerja sendiri.

Orang kata jika dah 40 tahun masih belum berjaya susah nak berjaya betul ke ustaz? Saya dah cuba macam-macam dalam hidup tapi semuanya gagal. Keluarga pun jadi kelam kabut.

CUBA PEGANG Isteri – Abang ada mak ayah lagi tak? Dah takde ustaz. Saya anak yatim piatu dari kecil. Mak ayah abang tak tunggu duit kita. Mereka tunggu doa kita. Abang ada isteri kan?

Ada ustaz. Cuba pegang isteri. Lihat wajah isteri yang setia bersama kita. Setiap kali sedih pegang tangan isteri dan kata sayang terima kaseh masih bersama abang walau abang dalam keadaan susah.

Bagi saya isteri ialah harta paling berharga dalam hidup ini. Kata Saidina Ali ra nikmat atau kejayaan dalam dunia ini memiliki isteri solehah.

Dalam kehidupan suami isteri, pastinya suami akan mencari isteri untuk berkongsi cerita, tidak kisah yang pahit mahupun yang manis. Isteri adalah amanah yang dianugerahkan oleh Allah kepada seorang suami.

Maka sebab itulah seorang suami perlu menyantuni isterinya dengan baik.

Susah, senang dikongsi bersama. Rumah tangga yang dibina dengan kasih sayang pastinya menzahirkan cinta dan kerinduan. Indahnya sebuah perkahwinan tatkala dibungai dengan bunga-bunga bahagia. Artikel berkaitan.

Berikut perkongsian Ebit Lew tentang betapa berharganya seorang isteri kepada suami.

Best sangat rasanya bila dapat bergambar berdua dengan bidadari tercinta. Tengok semula gambar bila dalam kereta jalan jauh pergi ceramah. Terus mesej “Allah beri rasa rindu pada bidadari abang, semoga jadi asbab hidayah buat semua..kenapa makin hari makin jatuh cinta sayang? Makin rindu rasanya..

Sejuk hati. Bila dapat duduk dekat dengan isteri bestnya. Gosok-gosok tangan dan genggam masa masuk kereta atau penat. Terus segar.

Tengok muka isteri pun rasa sejuk hati. Pegang tangan sentuh jari pun terasa cinta dan kesusahannya.

Berdoa ya Allah kaulah sebaik-baik membalas kebaikan bidadariku ini. Ini semua anugerahMu. Terima kaseh Allah…terima kaseh Allah..terima kaseh bidadari abang sudi berdua-duaan dengan abang.

On d way balik, seorang lelaki jumpa saya terlalu sedih sebab umurnya dah dekat 40 tahun. Tapi rezekinya terlalu sempit. Dia bekerja sendiri.

Orang kata jika dah 40 tahun masih belum berjaya susah nak berjaya betul ke ustaz? Saya dah cuba macam-macam dalam hidup tapi semuanya gagal. Keluarga pun jadi kelam kabut.

Kata Saidina Ali ra nikmat atau kejayaan dalam dunia ini memiliki isteri solehah. Nabi Ayub as ketika diuji dalam hidup dia bertuah kerana memiliki isteri yang baik dan solehah. Isteri abang masih bersama abang ke? Alhamdulillah ustaz. Tapi selalu bergaduh juga. Dah tak mesra. Dah tak macam dulu mula-mula kahwin. Semuanya dah rasa lain.

BERTUAH SEBAB ADA ISTERI – Bersyukurlah abang. Bersyukur memiliki isteri. Takperlah tidak punyai harta yang banyak.

Kerana ramai orang yang tidak ada harta banyak tapi hati mereka bahagia. Mereka kaya dengan cinta dan kasih sayang.

Sebenarnya yang paling kurang dalam hidup ini ialah cinta dan kasih sayang dan kurang menghargai. Ramai orang kaya pun tak bahagia kerana tak hargai isteri.

Tak hargai mak ayah. Memiliki semuanya seisi dunia tapi tak memiliki walau secebis bahagia dalam hati.

Keduanya waktu malam perlahan-lahan senyap-senyap menangis seorang diri depan Allah. Ya Allah..ya Allah…masa susah peluang kita rapat dengan Allah. Sebelum Subuh kejut isteri dengan rasa sayang.

Cakap terima kaseh Allah beri aku wanita yang sanggup bersama diriku dalam keadaan susah ini. Terima kaseh Allah.

Pagi-pagi jangan tidur dan buatlah apa-apa kerja dan berusaha kuat. Saidina Abu Bakr ra hari pertama jadi Khalifah tapi masih berusaha cari rezeki.

Buatlah apa-apa pun yang penting usaha yang baik. Walau hasilnya sedikit. Solat 2 rakaat dhuha paling kurang.

Solat minta pada Allah. Jaga solat berjemaah di Masjid kerana Allah jamin rezeki orang jaga solat.

Allah janji jaga rezeki orang jaga solat berjemaah. Saya yakin jika abang buat ini pasti Allah mudahkan hidup abang. Allah beri bahagia dan ketenangan sebenarnya – ebit lew
Kredit rentasasia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *