Kisah Rakyat

Bakal suami pak usttaz. Tp peIik tiba2 tanya, bdan aku ade parut ke tak.

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini pengalaman aku berdepan dengan lelaki yang kononnya so-called ustazz tapi haprak.
Aku seorang gadis single yang ingin mencari bakal suami. Sudah tentu aku mencari lelaki yang tampak soleh, berperwatakan menarik, nampak ada ilmu agmanya.

Lalu aku bertaaruf dengan seorang jejaka dari serambi mekah. Seorang yang digelar ustazz, pemuda baju hijau yang kopiah sentiasa di kepala. Jika dilihat luarannya, sudah tentu akan berfikir baik akhlaknya, budi bahasanya, menghormati wanita, terjaga imannya.

Sosok tubuhnya sangat dihormati dan digeruni masyarakat setempat. Aku sebagai calon isterinya sangat senang bakal bersuamikan beliau. Ramai memuji mngatakan aku bruntung. Beruntung kerana bakal bersuamikan seorang lelaki yang soleh.

Ya aku rasa amat bertuah. Apalah amalan baikku sehingga dikurniakan bakal suami baik sebegini. Lelaki dambaan para wanita.Tetapi, benarlah kata orang. Don’t judge a book by it’s cover. Semakin hampir kami ke alam prnikahan,semakin terserlah sisi ‘kenakalan’ pemuda ini.

Jika kebiasaannya chat di whatsapp itu hanya untuk perkara penting sahaja, lama kelamaan ianya sudah seperti diiringi rentak sya1tan. Syaiitan semakin kuat menghasut dirinya untuk menaip yang bukan bukan.

Ku kira dia lemah dengan wanita. Dia semakin berani untuk mula bercakap perkara perkara locah. Dia sudah berani bertanyakan tentang tubuh badanku.Pada awalnya text nye berbunyi “Maaf tanya.. badan anti tiada parut kan? Sekadar nak kepastian”.

Pada awalnya aku bersangka baik. Mungkinkah dia inginkan isteri sempurna yang tiada c4cat cela? Namun, semakin lama soalannya semakin liar dan liar sehingga aku tergamam. Dia sudah berani bertanya tentang warna dan bentuk tubuh badanku di bahagian private part dan seumpamanya.

Ditanya juga soalan soalan yang sangat tidak sesuai utk kami yg belum berkahwin. Sehingga aku tergamam dan stop membaca whatsappnya. Namun, apabila lama aku mendiamkan diri, dia memohon maaf kerana terlajak bicara.

Dia berkata, soalannya itu adalah tidak disengajakan kerana mesej itu berlaku pada waktu yang dia cenderung untuk berfikir yang bukan bukan.

Jadi aku konklusikan, selepas ini aku tidak akan whatsapp dengannya sehingga larut malam, demi menjaga imannya. Namun ternyata waktu malam tidak salah. Kerana waktu siang juga kenakalannya terserlah.

Suatu hari dia berkata dia mahukan anak yang sangat ramai, cukup untuk pasukan bola sepak. Aku menjawab, mudahnya kamu minta anak. Sedangkan nak melahirkan seorang khalifah pun sangat perit rasanya. Biarlah kualiti yang menjadi keutamaan.

Tapi dia memarahi aku lalu menjawab, apabila dia sudah bernikah denganku, aku wajib menuruti segala kehendaknya kerana katanya, isteri perlu taat suami selagi mana arahan suami tidak menyalahi agma. Katanya lagi, Jika suami mahu ‘bersama’ isteri setiap pagi, petang dan malam, maka isteri wajib memenuhi keinginan suaminya walaupun isteri keletihan.

Aku rasa takut melihat permintaan dan hujahnya. Memanglah benar katanya, tapi aku semakin seram pulak apabila sisi selfishnya semakin terserlah. Memanglah suami boleh mendatangi isteri sesuka hatinya, tetapi perikemanusiaan dan timbang rasa juga perlu ada.

Wanita bukanlah alat s3ks untuk didatangi sesuka hati tanpa ambil kira perasaan dan kondisi kami.

Namun topik itu tidak terhenti di situ. Katanya, jika istri tidak memenuhi keinginan suami, suami berhak mencari isteri lain untuk memenuhi keinginannya. Aku tersentak. Oh begini ya fikiranmu.

Aku bukanlah benci p0ligami, tapi jika belum brnikah sudah ada keinginan utk berp0ligami, aku khuatir untuk meneruskan hubungan kami.
Lagipun dia juga ada berkata, isu p0ligami juga bergantung kepada suami. Isteri tiada hak menghalang suami berp0ligami selagi mana suami mampu.

Lama aku berfikir. Berhari hari aku minta pada Allah, tunjukkan aku jalan. Selama ini, setiap kali rakan rakanku mengutok agmawan yang katanya alim haprak, aku selalu back up golongan agmawan.

Aku bidas kenyataan mereka.Itu semua fittnah untuk orang agama. Mereka terlalu mudah judge sesuatu perkara tanpa ketahui hal sebenar.

Tapi kini hal begini benar benar berlaku kepada diriku. Seorang yang so-called ustaz yg dihormati ini rupanya kolot pemikirannya.

Pernah juga dia berkata, jika dia mahu aku berhenti kerja selepas bernikah, aku wajib menuruti kehendaknya.

Tapi buat masa sekarang dia masih benarkan aku bekerja. Tapi melihatkan dirinya yang pendapatan pun cukup makan, aku khuatir jika dia bekerja seorang. Adakah cukup makan pakai kami? Jika diamati perwatakannya, semakin lama aku boleh simpulkan bahawa dia adalah lelaki si penunggang agma yang mementingkan kemahuan diri semata.

Kerana orang sepertinyalah agama difittnah dan agmawan lain turut dicerrca. Kasihan agamawan lain yang baik dan benar benar berakhlak mulia. Si dia ini tidak ubah seperti parasit dalam agma.

Hidup bertopengkan agama tapi kelak mungkin dialah yang akan turut sama menconteng arang untuk agma.

Aku memutuskan hubungan kami. Ibu bapaku menentang, tapi aku diam tidak menjawab mengapa aku bertindak sedemikian. Setelah dipaksa akhirnya aku beritahu, dia bukanlah lelaki baik yang kita sangkakan.

Tapi setakat itu sahaja yang boleh aku sampaikan. Aku juga tidak sampai hati untuk dedahkan segala perbualan kami selama ini demi menjaga aibnya. Dia masih lagi seorang ustaz yang dihormati di kampung kami. Namun, si dia masih mengangguku walaupun sudah terputus hubungan.

Dia seperti tidak move on, masih cuba berhubung dengan ku. Akhirnya aku block sahaja nombor dia.

Jika aku ingin mencari lelaki untuk dijadikan suami, aku mahu melihat akhlak, tutur katanya dan tahap pemikirannya dahulu.

Jika dia tahu menghormati aku sebagai wanita, mendahului aku dalam segenap hal, tinggi toleransinya dan penuh kasih sayang terhadap wanita, barulah aku akan terbuka untuk fikir soal kahwin semula.

Bukanlah lelaki yang tampak alim semata tapi haprak. Oh ya, jangan judge semua lelaki berkopiah seperti dia.

Masih ramai lelaki baik di luar sana. Cuma kebetulan aku berjumpa satu dalam seribu lelaki alim haprak. Aku doakan kalian yang membaca ini tidak pernah bertemu dengan lelaki alim haprak ini. Kredit edisimedia.

Reaksi Warganet

Ssarb Orxz – Bagus confessor.. good job!!.
Kalau saya jadi awak saya forward kan atau tunjuk msj locah si haprak tu dekat mak ayah supaya dia sedar. Semoga Allah kurniakan suami yang terbaik disisiNya untuk awak.

Jangan pernah berhenti berdoa mintak suami yang baik dan dekat kan diri pada Allah, bersedekah, dhuha jangan tinggal. Semoga dapat membantu menjemput jodoh yang baik.

Atikah Jamaluddin – Laki macamni kahwin semata mata sebab nak memenuhi tuntutan nfsu. Daripada mesejnya nampak kurang empati terhadap wanita yang akan jadi isteri nanti.

Islam tak ajar kahwin untuk penuhi tuntutan nfsu laki semata mata sedangkan isteri juga seorang insan yang ada hati dan perasaan.
Gini punya perangai kalau aku pun reject! Mujurlah confessor dah ambil langkah bijak!

Kalau dah kahwin nanti tak tahu la apa nasib. Rakus sangat dan kuat nfsu serakah gayanya laki tu.

Sara Farhana – Aku juga berpengalaman sebegitu. Diganggu oleh orang orang yang berwatakan alim tapi hauk.

Bagi mereka, apa kata mereka semua benar dan betul. Syurga ditangan. Belum apa apa da minta aku memakai purdah/ tidak berkerja/ dan menganggap pulang kerumah keluarga perempuan tidak penting. Berkumpul kumpulan mereka selalu berbicara pasal perempuan, isteri siapa yang lagi lawa/ putih/ gebu/ comel.

Kemenangan pada mereka kalau dapat perempuan yang lagi putih/ cantik/ comel dan kedambaan semua lelaki. Ganggu tengah malam konon nak ajak tahajud sama, padahal ajak sembang benda locah/ phone s3x.

Abu Zarim – Kalau boleh elakkan 5 jenis pasangan :

1. Golongan yang terlampau social (arak, ddah, pergaulan bebas)

2. Golongan Kaki Konspirashit ( Yang ni paling bahaya (alim ulama pun didajalkan, antivksin, flatearther pun membiak dari diorng)

3. Golongan penunggang agama ( yang spesis ni ramai. Sembang agama pungpang2x tapi rkok masih kepit di hisap)

4 dan 5 korang tambah la sendiri.

Sumber – Jenab (Bukan nama sebenar) via IIUMC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *