Kisah Rakyat

Lps aku kantoi, Istri trtekan. Aku pujuk kaunselor, tp sebagai lelaki aku xboleh terima, aku nekad.

Foto sekadar hiasan: Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum warga IIUM Confession. Terima kasih kepada admin kerana sudi post luahan hati aku ini.

Nama aku Farhan, tahun ni berumur 31 tahun. Tempoh perkahwinan aku dan isteri akan masuk tahun ke 6, September 2021.

Perjalanan perkahwinan aku dan isteri memang Alhamdulillah sangat diberkati pada pandangan aku sebab mudah.

Mudah in terms of family aku dan family mertua memang sangat memudahkan urusan dari majlis risik, tunang dan seterusnya majlis pernikahan.

Masuk tahun ni, tahun ke 6 perkahwinan, kami dikurniakan cahaya mata yang Alhamdulillah sihat dan takda isu besar apa-apa.

Macam mana pun, ada juga masalah yang muncul. Muncul masalah daripada aku sendiri. Masalah aku curangg dengan perempuan lain. Aku cerita sedikit pasal diri aku. Aku jujurnya memang orang biasa-biasa. Not good looking.

So peer pressure dari kawan-kawan yang ada gf dan sebagainya, memang buat aku terikut-ikut.

So mula lah pencarian gf sejak sekolah menengah, yang akhirnya tak pernah ada sampai lah zaman universiti.

Keseronokan aku join program universiti yang membuatkan aku jumpa isteri aku yang sekarang. Kami berkenalan dan terus ke jinjang pelamin.

So macam aku cakap tadi, sebab aku mencari-cari, aku terlalu banyak jumpa perempuan sana sini sampai aku rase benda tu biasa, bertukar-tukar.

Maksud aku tukar kenalan rapat la ye.Sebelum aku nikah, memang aku simpan niat akan tinggalkan benda-benda lagha tu untuk aku focus pada isteri. Namun, hanya bertahan beberapa tahun sehingga la aku jumpa seseorang yang buat aku curangg pada isteri.

Bertapa teruknya aku smpai aku bawa balik perempuan itu tidur bersama tanpa pengetahuan isteri.

Rasa menyesal, rasa bersalah sangat banyak, rasa sangat teruk, tapi aku lalai, teruskan juga sehingga lebih kurang 6 bulan. To cut things short, kantoi. Kantoi dengan isteri.

Sehingga sekarang isteri dah dapatkan bantuan psychiatrist sebab dia depress ketika dapat tahu hal sebenar.

Aku bukanlah medical person, tapi aku ada jumpa jugak bersama isteri, doctor tu bagi tahu bukan full blown depression, hanya kearah depression, tak pasti apa sebenarnya,
Tapi sehingga sekarang, nampak wife makin beransur pulih, sekarang ni dah dekat setahun kantoi dengan isteri tentang perkara hitam itu.

Pada salah satu sesi kaunseling, aku terkejut dengan apa isi hati isteri yang disampaikan oleh kaunselor tu, isteri nak buat tuntutan fasakh di mahkamah syariah.

Setelah aku pujuk depan kaunselor tu dengan alasan aku nak pertahankan perkahwinan aku, dia sekali lagi buat aku tersentak, dia akan pertahankan perkahwinan hanya disebabkan anak.

Aku tak salahkan dia, semua sebab masalah ini berlaku disebabkan aku sendiri. Sebagai lelaki, aku sangat terasa dengan apa kata isteri aku. Pertahankan perkahwinan hanya kerana anak.

Maksudnya dia tawar hati dengan aku lah kan, so aku pun redha, aku terima seadanya. Hubungan kami hambar, sehinggalah beberapa bulan. Aku pun mula untuk bersedia untuk kembali hidup single.

Jangan salah sangka, aku cuma tak dapat terima alasan dia pertahankan perkahwinan kerana anak.

Jadi nak ke tak nak aku perlu move on. Again, bukan salah dia pun, memang perkara ni jadi pun sebab aku buat hal kan.

Tak lama lepas hubungan kami yang hambar ini, wife seolah-olah lupa apa yang terjadi, hubungan kami kembali seperti dulu.

Jadi aku ada ambil initiatif untuk kami duduk berdua, setelah anak tidur, untuk bincang perkara ini.

Wife kata dia dah maafkan aku sepenuhnya, atas apa segala perkara yang aku buat selama ini.

Dia terima aku seadanya. Aku ulang ya, DIA TERIMA AKU SEADANYA. Walaupun dia beritahu macam tu, aku masih bagi tahu, aku tak boleh accept yang dia terima aku seadanya.

Aku sendiri yang rasa bersalah pada diri sendiri pun tak boleh nak maafkan diri sendiri. Tapi dia terima apa segala yang aku dah buat?

Disaat aku dah mula sedia untuk berpisah, dia tak boleh terima untuk kami berpisah.

Dia yang mulakan dengan berfikir tentang fasakh. Bukan aku nk divert kesalahan pada isteri, tapi perkara ini sangat memberi kesan kepada aku.

Aku dah mula redha dengan aku hidup sorang, aku kena sambung bagi nafkah dengan anak, berpisah dengan anak, dan mungkin ini cara Allah nak hukum aku dengan apa aku buat selama ni,

Mungkin dengan ini cara Allah nak aku kembali berbakti pada ibu ayah aku yang aku hanya sempat 1 tahun selepas aku kerja, sebab kejarkan sangat nak berkahwin.

Luahan aku ni nak mintak pendapat, aku sendiri buntu apa aku nak buat, teruskan, atau perlu fikir tentang perjalanan sendirian aku.

Adakah aku boleh kembalikan hubungan aku dan isteri macam dulu if aku teruskan. Terima kasih IIUM Confession… – Farhan (Bukan nama sebenar).

Komen warganet

Zamani: Shame on youu play vctim. Bini dah nak berbaik dan maafkan tu sepatutnya bersyukur la oi.

Ni dah bersedia nak hdup single pula. Kesian bini kau bertarung nyawa lahirkan zuriat kau. Kalau la bini kau baca confession ni

Johan: Play victim. Menyalahkan diri dengan harapan bini harus dipersalahkan. Reverse psychology. Bertanya kalau boleh teruskan hubungan at the same time dah prepare single.

Kenot brain. Bang, kau baya-baya aku jugak. Tapi aku betul-betul single, kau pula ada change lagi nak perbaiki kesilapan supaya tak kembali single. Kemon bang. Hargai kebesaran jiwa bini tu. Pikir anak yg perlukan bapa yg baik.

Minta ampun pada Allah dan isteri, lepas tu berubah ke arah yg lebih baik ye. Aku doakan. Aamiin

Fifi: Bini kau lah manusia paling bodoh klu dia nak lagi kat jantan tagune mcm kau
Dah buat d0sa besar, mcm takde apa2 je cara menulis. Siap menyalahkan bini lg kat bbrp benda

Eh jarang2 aku menulis komen dgn bahasa mengarut mcmni. Tapi tulah betapa sampahnya aku rasa confessor ni.

Beza sgt dgn lelaki2 yg penah confess kat sini. Kau pegi mereput jela alang2 muka pun tak hensem kan.

Rasiah: Ko ni xde hala tuju dlm perkahwinan. Org kawen ko kawen. Org curang ko curang. Org cerrai ko pun nak cerrai.

Nak bebas balik, boleh pasang awek bawak atas katil, xde sape nak marah sbb konon dah x terikat dgn sape2.

Anak gerenti ko suh bini jaga, bg nafkah anak sikit kira sette la tggjwb ko sbg bapak kan.

Good luck la, semoga tercapai impian nak jd duda. Semoga bini ko jumpa org lain yg betul2 sygkan dia dunia akhirat. Ciss tertaip pjg pulak.

Anisah: macam ni la.. fasakh2 ni leceh . Bagi aku ko memang xde perasaan belas ihsan pun kat bini apatah lg rasa sayang.

Kau patut mti kene lenyek lori sampah. manusia mcm kau xdperlukan atas muka bumi. sejenis tidak mempunyai otak apatah lagi akal fikiran.

selain itu.. jiwa pun kelihatan sangat bersisikk hinaaa.. penuh n0da d0sa. Bertaubatlah farhan.

Dan sila lepaskan isteri kau dengan baik. Permudahkan urusan dia. Bagitahu dia yang kau memang nak life single yg lebih aman.

Esok kau mereput sorang2 mti kering dalam longkang xde sape nampak padan muka kau. aku serius ni, kalau kau xpernah jadi baik untuk isteri kau.

Sila buat baik untuk kali pertama dan terakhir.. permudahkan urusan isteri kau . Lepaskan dia cara baik.

Sila pastikan kau setel amount nafkah eddah, nafkah anak,mutaah segala dan serahkan hak penjagaan anak kepada isteri kau. Sign semua siap2.

Then pergi mahkamah cerrai fast track dan pastikan kau cakap kat isteri kau perkata2an yang paling menyakitkan sebab aku percaya bini kau tu jiwa dia sejenis dh kebal dgn kejahatan yg kau buat.

Dan sesape lah jenis mudah sangat kesian kt orang dan memaafkan. Jadi lepaskan dia dalam keadaan dia betul2 benci kat kau dan tolong jangan cari, jumpa dan ganggu dia seminittt pun lepas kau cerrai sampai dia betul2 boleh moveon.

lepas tu xpayah nak buat perangai gila talak. Biar dia hidup aman berdua dengan anak. Dia pun mmg xingin pun ak rasa jumpa kau lg.

Aku percaya dia maafkan kau sebab kau yang merayu kan? minta maaf menangis bagai. Sedangkan kau? Saja suka2. Manusia jenis apa la. Hadam ye farhan. Dan pastikan nafkah eddah nafkah anak tu jangan culas.

kot2 itu boleh jdi punca hidayah Allah akn turunkan kat hati manusia mcm kau. Sebab apa farhan? Sebab kita ni manusia..

Hidup kita xhabis kat dunia. Kau xteringin ke mati dlm keadaan husnul khatimah? Xteringin tuhan ampunkn d0sa2 kau? Xteringin pengakhiran yg baik?

Aku doakan Allah murahkan rezeki isteri kau, beri dia jumpa bahagia. Beri dia kekuatan jaga anak. Beri dia kesihatan jiwa dan mental.

Bukan kecik2 farhan d0sa kau sampai jd punca isteri kau depression tp gaya kau cakap tu.. lahai.. mcm ” salah aku kecik je kot”.

kau.. sebesar zarah pun xlayak nk rasa kecik hati bila bini kau ckp stay sbb anak. sebab kau.. sampah! aku doakan kau xkan jumpa jodoh dgn sesiapa dh lepas tu.

sebab xde manusia lain yang patut terima nasib dpt suami mcm kau. patut ku dh mati masa kecik. sekian. Kredit: bacakami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *