Kisah Rakyat

Mngam0k suami bila ak bg pilihan, aku atau ank dia. Sbb lama pndam, aku nekad b0ngkar sapa sbnrnya ibu tiri nie.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Saya Y, umur awal 40an. Kahwin awal 20an, anak sendiri 3 dan anak tiri 3. Suami bercerrai dengan bekas isterinya atas pelbagai sebab.

Bekas isterinya kemudian kahwin lain dan tak lama selepas itu kami pula disatukan. Sekarang anak saya dua di sekolah menengah, satu di sekolah rendah.

Semua dah besar dan syukur sangat mereka menyenangkan hati.Saya sudah mengalaminya, dan akhirnya saya memilih memberi kata dua pada suami.

Pilih saya atau anaknya. Melampau tak? Ada sebab, nanti saya ceritakan. Selepas berkahwin dengan suami, ketiga2nya saya pelihara.

Pakaian, makan, buku, tuisyen semua saya yang urus. Cuma kadang2 sahaja suami bantu hantar sebab suami bekerja sendiri, selalu outstation.

Kerja saya pula alhamdulillah fleksibel. Hari PIBG, ambil result peperiksaan, jumpa cikgu pun semua saya.

Mungkin saya asal dari keluarga yang sangat pentingkan pelajaran, jadi saya memang tak pernah missed perkara tu semua. Anak-anak tiri saya waktu tu di sekolah rendah.

Dan mereka jenis yang susah nak membantu apa-apa hal berkaitan dengan kerja rumah. Ada juga saya suruh, tapi bila mereka buat tak dengar, saya malas nak bising so saya buat semua.

Itu silap saya yang pertama. Sepatutnya bila mereka buat tak dengar, saya kena tegas dengan anak tiri.

Tapi masa tu tak kisah sangat sebab anak belum ada, saya tak penat. Bila saya bersalin kan anak pertama perkara ni berterusan.

Anak tiri bangun lewat expect makanan terhidang atas meja makan. Expect baju dicuci dan macam2 lagi lah. Penat nak tulis.

Masa tu cukup terasa dengan suami. Saya goreng ikan dengan dukung baby tengah fussy, dia cakap ikan goreng saja ke lauknya? Saya diam.

Masa tu anak tiri dah besar, dah remaja tapi kerja mereka main game tengok tv. Bapak mereka pun dengan rasa tak bersalah join sekali. Btw, anak tiri saya ni satu lelaki dua perempuan.

Pendek kata lepas makan memang bawa angkat badan basuh pinggan sendiri je. Lain2 semua saya yang buat.

Berlarutan keadaan tu bertahun 2 tapi saya masih boleh sabar bila 2 anak2 tiri saya sambung belajar, so mereka jarang balik. Time mereka balik saja str3ss semula sebab memang pemalas.

Tinggal sorang saja yang lelaki tu saya mampu handle. Tapi saya still senyum cakap pun baik saja walaupun dalam hati geram dengan perangai.

Saya pujuk saja diri sendiri buat baik dengan orang akan dapat balasan baik. Itu silap saya yang kedua. Terlalu baik, saya tak menjawab apatah lagi nak membebel.

Btw umur saya dan suami berbeza jauh, dia layan saya baik, nafkah sentiasa cukup, cuma bila pasal anak dia takleh terima bila saya cuba slow talk.

Masalah besar bila timbul bila bekas isterinya bercerrai, dan seolah-olah ingin rujuk semula dengan suami. Di situlah mula kakak dua tu macam tunjuk muka dengan saya.

Tak nak tegur saya bila mereka pulang bercuti semester. Bila saya buat nak borak, mereka buat tak dengar.

Tapi herannya bila saya masak, reti pula mereka makan hehe. Bila mention nak pergi bercuti, pandai pula mereka kata ala masa tu study week. Hehe lagi.

Masa tu anak sulung saya umur 11 tahun camtu. Dah besar so dia cam heran. Selalu tanya kenapa Kak Long buat Mommy camtu?

Saya bagi alasan kak long dia str3ss dengan belajar. Pandai pula anak saya jawab, dia pun str3ss dah nak UPKK elok saja layan Mommy.

Nak tergelak juga la dengan jawapan anak sulung saya ni. Saya masih boleh bertahan dengan segala macam yang mereka buat.

Sehinggalah satu hari tu, yang nombor dua tu menjawab saya depan anak-anak saya, depan bapak mereka dengan kata-kata yang sangat tidak menyenangkan. Anak saya bulat mata terkejut kakak dia tu c4rut kan saya.

Kata saya punca hidup dia tak ada mak, ayah dia taknak kahwin semula dengan mak dia, punca masalah blabla. Kak Long menyampuk sama marahkan saya.

Yang paling kecewa, suami saya cuma kata Kak, tak baik kata Mommy camtu dengan lembut g1ler. Bukan marah.

Peristiwa tu buat saya terbuka mata. Benda buruk berlaku depan anak2 dan dibuat seolah tidak mengapa. Saya didik anak saya untuk hormati saya, dengar kata Mommy tapi hari tu maruah saya dipijak depan mereka.

Macam2 saya buat untuk mereka, weekend pergi hantar makanan kat asrama, celebrate bday mereka, treat mereka cam anak sendiri.

Akhirnya saya sedar mereka takkan berubah dan Suami saya memang takkan back up saya. Start on that day, saya dah tak layan mereka, saya bawa anak saya n anak tiri lelaki tu makan kat luar.

Baju mereka saya dah tak cuci, saya letak bakul lain pandailah mereka fikir sendiri. Memang masa tu mereka jeling saya macam nak terbalik mata.

Saya kata dengan suami next cuti semester suruh mereka balik rumah mak sendiri. Saya sudah tak mahu menerima mereka lagi, kecuali anak tiri saya yang lelaki sbb dia memang tak ada perangai.

Dia pun ok, mungkin tinggal dari kecil lagi dengan saya.

Suami meng4muk besar, saya diam tapi saya tak berganjak dengan kata2 saya. Saya kata kat suami, bercerrai pun bercerrai lah.

Dari saya sampai m4ti hadap perangai buruk anak dia sampai m4ti. Kalau mereka balik rumah ni juga, saya akan keluar bawa anak balik rumah keluarga saya.

Btw, keluarga saya tak pernah tahu masalah saya ni. N suami memang jaga hubungan dengan keluarga sebab ayah saya dulu memang tak berkenan dengan suami sebab dia duda anak tiga n ayah takut saya dipergunakan. So next cuti semester tu mereka balik rumah mak mereka.

Ada juga mereka datang ambil adik lelaki mereka keluar jalan, tapi saya tak layan, keluar pun tak.

Tapi saya tak larang anak saya jumpa kakak mereka walaupun mereka komplen Kak Long datang amik Aboi saja jalan, mereka tak kena bawak.

Saya jawab la mereka mesti nak jalan dengan mak mereka, nanti awak pula tak selesa kan.

Tak lama lepas tu, suami kata anak dia nak minta maaf. Saya diam saja, saya ada juga terdengar anak dia call kata rumah mak mereka tak ada aircond, makan tak sedap, Internet connection tak kuat blabla.

Saya dah tak nak terima. Saya kata dengan suami, saya terima mereka nak datang minta maaf, tapi lepas minta maaf pun mereka tetap kena tinggal dengan mak mereka.

Bukan lagi dengan saya. Lepas tu tak ada pun mereka datang minta maaf ke apa. Saya pun tak ada nak fikir lagi dah.

Saya rasa dah buat yang terbaik, pukl mereka pun tak pernah, tapi mereka layan saya camni.

Bohonglah kalau tak ada sweet memories tu, tapi saya tolak jauh2. Malas nak fikir lagi dah. – Ibu tiri jhat (Bukan nama sebenar).

Reaksi warganet

Puteri pelangi – Sangat wow….sebab berani bertegas untuk kebajikan diri sendiri. Lembut bukan tak de prinsip..

Ini lah contoh self-reward as appreciation, maruah kita bukan untuk dipijak2…

InsyaAllah….anak2 tiri kalau kene didikan ibu mereka, boleh berjaya dan lebih bersyukur di masa akan datang… Moga terus maju puan….dan Allah balas kebaikan2 puan…aamiin.

Ain fatihah – Kak asal terbaik sgt ni kakkkk… Bagus kak jgn mengalah ngan bdk2 xreti bersyukur gtu… Nk lagi padu elok ayah diorg yg mcm kurang berguna tu akak tggalkn skli bru dia thu langit tggi rendah.. Dasar b0dh.. Org duk jaga anak kau bertahun2 xreti bersyukur.

Alina said – sebaik mna pun mak tiri, tetap mak tiri jg… Hanya yg jd mak tiri akn merasai pngalaman mnjd mak tiri yg tetap nmpk ‘tak baik’ dr ibu kandung mereka sndiri….

Namun Allah itu Maha Mengetahui…. Smoga jasa mak tiri yg ‘baik’ akn dikenang hingga hujung nyaw4. Kredit layansudah.

Sumber iium.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *